19 Disember 2012

JKM akan selesaikan masalah dalam tempoh sebulan


5 Safar 1433H. [MOD] -


Semasa menjawab soalan wakil Tronoh mengenai bantuan kebajikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pihak kerajaan negeri mengatakan RM107 juta telah diagihkan kepada lebih 48,000 orang di negeri Perak.

Tronoh dalam soalan tambahan mendedahkan kes yang berlaku dalam Pejabat JKM Batu Gajah di mana teradapat beberapa orang pegawai JKM di sana yang sering berkata kepada pemohon kenapa pergi jumpa dengan ADUN pembangkang , terus sahaja datang ke pejabat JKM.

"Adakah ada arahan ?"" tanya beliau.

Semasa menjawab soalan tersebut, wakil Sungai Rapat mengatakan tidak arahan mengenai perkara tersebut.

Beliau juga mennyatakan bahawa JKM menetapkan tempoh sebulan untuk menyelesaikan semua permohonan yang diterima.

Tiada ulasan: