IPOH 26 Mac – Setelah melalui beberapa pertemuan dan kenyataan yang kontraversi akhirnya sebanyak 876 ketua kampung di seluruh Perak akan meletakkan jawatan beramai-ramai mulai 1 Mei ini kerana tidak sehaluan dengan Kerajaan Barisan Rakyat (BR) pimpinan DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).Menurut kenyataan itu juga, sebanyak 13,140 ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) akan turut berbuat demikian.
Presiden Pertubuhan Ketua Kampung Negeri Perak, Zukiman Jalil memberitahu satu sidang akhbar di sini hari ini, semua ketua kampung itu akan memberi notis peletakan jawatan kepada kerajaan Perak pada 1 Mei.
Dengan kenyataan resmi ini diharapkan dapat menjernihkan suasana yang berlaku dikampung-kampung yang tidak menerima layanan yang sepatutunya dari ketua kampung terutamanya setelah kemenangan BR pada 8 Mac yang lepas.
Cuba bayangkan jika ada seorang bapa yang datang cuma untuk mendapatkan tandatangan ketua kampung dengan berbasikal sesudah itu mereka dilayan macam "kucing kurap". Namun inilah realiti yang berlaku akhir-akhir ini termasuk dalam kawasan DUN yang saya menangi.
