16 Jun 2008

Ust. Norazli : Pemuda Pakatan Rakyat akan pertahankan Kerajaan Perak.

IPOH, 15 Jun :- Pemuda Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, DAP dan PKR akan mempertahankan Kerajaan Negeri yang ada sekarang, Demikian antara kenyataan akhbar yang diberikan oleh Ketua Pemuda Pas Perak, Ust. Nor Azli Musa selepas upucara peresmian Muktamar Pemuda Perak yang diadakan di Dewan Saidina Abu Bakar, INTIM, di sini hari ini.
Sidang akhbar selepas peresmian Muktamar.


Beliau menjelaskan kehadiran kaum Tionghua dan ADUN DAP termasuk dari Canning yang merupakan Ketua Pemuda DAP Perak telah menunjukkan berlaku kerjasama yang baik antara parti-parti dalam pakatan Rakyat sekaligus menafikan pandangan orang-orang Melayu yang belum memahaminya.

Jelasnya pemuda PAS Perak akan mengadakan sambutan jubli emas sempena 25 tahun keujudannya da tarikhnya dijangka selepas Muktamar PAS Pusat yang akan diadakan di Perak pada ogos nanti. Sesudah itu Pemuda Pakatan Rakyat Perak akan mengajurkan himpunannya.

Selain itu jelas Ust. Nor Azli, Pemuda PR akan turun mengadakan "roas show" bagi menjelaskan kepada rakyat bagi menangkis semua dakwaan yang tidak benar mengenai Kerajaan Negeri Perak.

YB. Baihaki : Berilah kritikan yang membina bukan meruntuhkan

IPOH, 15 Jun :-Pemuda PAS Perak mestilah membela 5000 orang miskin tegar yang terdapat di negeri Perak. Disamping itu usaha-usaha membantu Armalah(ibu tunggal) dan anak-anak yatim mestilah diberikan keutamaan sebagaimana yang dilakukan oleh Kerajaan Kelantan. demikian antara ucapan Exco DPP Pusat, YB. Ust. Ahmad Baihaki Atiqullah semasa meresmikan Muktamar Tahunan DPP Perak kali ke 25 dini hari ini.
Adun Pasir Tumbuh, Kelantan YB. Ust. Bahaiqi (tengah)
Hadir sama pada Muktamar tahunan pemuda itu ialah YB. Drs. Khalil Idham Lim, ADUN Titi Serong, YB. Encik Wong Kah Woh, ADUN Canning dan YB. Encik Sum Cheok Leng ADUN Bercham . Manakala Wakil Bandan Perhubungan PAS Perak diwakili oleh Timbalan Pesuruhjaya ,Ust. abu Bakar Hussin. Selain itu kehadiran dari kelan penyokong PAS kaum Tionghua sekitar 30 orang meramaikan lagi kehadiran.
YB. Drs. Lim Chuan Hing (PAS/Titi Serong),YB. Encik Wong Kah Woh (DAP/Canning)dan YB. Encik Sum Cheok Leng (DAP/Bercham) hadir pada muktamar DPP Perak hari ini.
ADUN Pasir Tumbuh itu juga mengucapkan tahniah kepada semua pemuda PAS yang bertungkus lumus memenangkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.
Setelah memegang pemerintahan kerajaan negeri pasti akan ada pelbagai ujian, kerana itu katanya pemerintah mestilah bijak dalam menengani masalah tersebut. Antaranya sebelum memerintah dan menang ramai yang takut untuk mengaku PAS tetapi mungkin sekarang ini dialah yang paling dekat dengan Menteri Besar, kata Ustaz Baihaki.
Beliau juga meneyeru semua pemuda perak hadir dalam demonstrasi pada bulan July nanti di Kuala Lumpur bagi membantah kenaikan harga minyak.
Menceritakan mengenai pemerintahan di Kelantan, YB. Baihaki menjelaskan kalau sesiapa hendak bertemu dengan Menteri besar amat mudah sekali, demikian juga dengan Exco . Harapan nya demikian juga berlaku di negeri Perak.
Diakhir ucapannya beliau berharap tidak akan ada perebutan menjadi calon dan ini bukan kerja pemuda. Katanya emas yang terdapat diperut bumi orang akan gali, demikianlah manusia kalau kita layak dan bernilai, InsyaAllah kita akan dipilih. Yang lebih penting nasihatnya, kita mestilah berkerja untuk membantu rakyat. "Berikanlah kritikan yang membina bukan kritikan yang meruntuhkan" katanya.

Peralihan kuasa : Pak Lah berdolak dalih.

Semasa memberikan kenyataannya di Kota Baharu, Kelantan kelmarin, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menegaskan, beliau dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak telah sepakat menentukan masa yang terbaik bagi peralihan kuasa.

Kada PM, “Saya dan Najib telah muafakat dan kita berdua telah sama-sama setuju bilakah masanya saya nak bersara dan bilakah masanya Najib akan ambil alih dan menjadi Perdana Menteri.

Presiden UMNO itu juga menjelaskan bahawa Najib akan tetap menjadi Perdana Menteri bila tiba masanya nanti.Isu peralihan kuasa itu dibangkitkan oleh Perdana Menteri dalam ucapannya berikutan masih ada pihak yang sangsi terhadap hubungan antara beliau dan timbalannya.

Baru sehari selepas kenyataan diatas lain pula kenyataan Pak lah di Terengganu dimana beliau berkata, tarikh tepat berhubung peralihan kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum ditetapkan lagi.

"Tarikh yang tepat belum ditentukan, bila masa tiba, peralihan itu akan dilakukan sebagaimana kami kedua-dua memahami," katanya.

Sekembalinya ke Putrajaya lain pula kenyataan Pak Lah dan nampak sangat beliau berdolak dalih. Abdulllah berkata beliau akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti yang dijadualkan Disember ini.

Beliau berkata, tiada alasan bagi beliau untuk tidak bertanding.Semasa ditanya mengenai tarikh peralihan kuasa kepimpinan, Abdullah berkata, ini akan dibincangkan dengan timbalan beliau, Datuk Seri Najib Tun Razak.“Kami masih belum bersetuju secara tepat tarikh peralihan kuasa itu. Bukan dalam masa satu, dua atau tiga bulan akan datang,” kata beliau pada dialog dengan kira-kira 30 ketua media Forum Ekonomi Dunia di sini.

Kesimpulannya tidak jelas adakah benar Pak Lah mahu menyerahkan kuasa kepada Najib atau sandiwara sahaja ? Yang penting siapapun akan meneruskan kerja sebagai PM, rakyat sudahpun berada dalam keadaan kesusahan yang amat sangat.

Pembangunan Iskandar Malaysia boleh sebabkan orang Melayu terpinggir - dakwa TDM

TELUK INTAN, 15 Jun:- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mendakwa bahawa rancangan untuk membangunkan Iskandar Malaysia, koridor pembangunan di selatan Johor yang berdekatan dengan Singapura, bukan sahaja akan menjadikan wilayah pertumbuhan seluas 2,217 kilometer persegi itu sebagai 'Utara Singapura/Singapore North' tetapi juga bakal menyebabkan orang Melayu di Johor terpinggir.

"Penduduknya akan terdiri daripada orang yang kaya belaka dan mereka akan datang daripada Singapura. Kawasan itu akhirnya tidak akan ada orang Melayu kerana mereka tidak berupaya nak beli tanah (disebabkan harganya yang mahal) dan apabila jumlah orang lain terlalu ramai, mereka akan desak meminta hak itu dan hak ini," katanya dalam satu majlis dialog di sini. Sehubungan itu beliau mengingatkan orang Melayu di sekitar koridor pembangunan tersebut agar tidak mudah melepaskan tanah yang mereka miliki apabila ditawarkan dengan harga yang cukup tinggi oleh pihak tertentu.

Koridor ini, yang juga dikenali sebagai Pembangunan Wilayah Ekonomi Selatan Johor (SJER), diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 30 Julai 2006. Namanya ditukar kepada Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) pada 4 Nov 2006 bersempena nama Sultan Johor, Sultan Iskandar sebelum sekali lagi ditukar namanya menjadi Iskandar Malaysia pada 11 April lepas.

Lebih RM47 bilion diperlukan bagi membangunkan kawasan itu sebagai sebuah pusat pertumbuhan yang terbesar di rantau ini yang akan memakan masa sehingga tahun 2025. Keseluruhan kawasan pembangunan itu dikatakan menyamai 2 setengah kali ganda keluasan Singapura apabila siap sepenuhnya dengan syarikat Khazanah Nasional Berhad sebagai peneraju utama dalam merealisasikan wawasan pembangunan tersebut.

Sebuah parti komponen akan keluar BN - Ku Li

KUALA TERENGGANU, 15 Jun -Meneruskan siri kempennya di Pantai Timur, Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah semalam mendakwa sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) akan meninggalkan parti itu sebelum hujung bulan ini.

Buletin online memetik bekas Menteri Kewangan itu berkata dalam jelajah kempennya selepas mengunjungi Terengganu sejak kelmarin, bagaimanapun tidak menamakan parti yang dikatakan akan keluar dari BN itu.

"Saya mendapat berita bahawa satu parti akan keluar daripada BN sebelum hujung bulan ini," dakwanya ketika menghadiri majlis Perhimpunan Cawangan-cawangan Umno Pahang di sini.
Turut hadir pada majlis itu ialah bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Sabaruddin Chik.

Sementara itu, dalam program anjuran NGO di Kuala Terengganu, beliau telah menyatakan kesedihannya kerana kesilapan kerajaan telah menyebabkan Pulau Batu Putih diserahkan kepada Singapura baru-baru ini.

Kelemahan persiapan kerajaan menghadapi perbicaraan mahkamah antarabangsa telah menyebabkan Pulau yang sah dari segi sejarah itu berpindah milik kepada Singapura.
Mwngulas isu berkaitan, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menyangkal dakwaan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang menyatakan sebuah parti Barisan Nasional (BN) dijangka keluar daripada BN tidaklama lagi.

Sambil menyifatkan berita tersebut hanya khabar angin, beliau berkata, ramalan-ramalan seumpama itu biasanya sering kedengaran di kalangan parti pembangkang dan bukannya di dalam BN sendiri.

“Saya tidak fikir ada (parti komponen) yang akan keluar, sebab semua parti komponen BN sebelum ini telah pun menyatakan kesetiaan masing-masing kepada BN dan saya anggap berita ini hanyalah satu khabar angin,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Tengku Razaleigh semalam yang mendakwa sebuah parti komponen BN akan meninggalkan BN sebelum hujung bulan ini.

Pasaran Pelancongan di Sichuan Dipulihkan Bermula 15 Jun

SICHUAN, 14 Jun:-Kerajaan Provinsi Sichuan memutuskan memulihkan sebahagian pasaran pelancongan di Sichuan bermula pada 15 Jun. Wartawan dimaklumkan demikian dalam sidang akhbar kerajaan provinsi Sichuan petang semalam.

Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Pelancongan Provinsi Sichuan, Encik Zhang Gu menyatakan di Chengdu, pasaran pelancongan akan dipulihkan di 13 buah bandar termasuk Leshan, Yibin, Meishan dan Liangshan. Selain itu, gunung Bifeng dan gunung Mengding di Yaan sedang membuat persiapan untuk menerima pelancong semula.


Encik Zhang Gu menyatakan, kawasan yang mengalami kerugian yang besar dalam bencana gempa masih tidak mampu menerima pelancong, tugas utama di kawasan tersebut adalah menjalankan pembangunan semula pascabencana dan penempatan mangsa bencana. Pihaknya akan mengumumkan pasaran pelancongan yang dipulihkan secara berperingkat.