Semasa memberikan kenyataannya di Kota Baharu, Kelantan kelmarin, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menegaskan, beliau dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak telah sepakat menentukan masa yang terbaik bagi peralihan kuasa.
Kada PM, “Saya dan Najib telah muafakat dan kita berdua telah sama-sama setuju bilakah masanya saya nak bersara dan bilakah masanya Najib akan ambil alih dan menjadi Perdana Menteri.
Presiden UMNO itu juga menjelaskan bahawa Najib akan tetap menjadi Perdana Menteri bila tiba masanya nanti.Isu peralihan kuasa itu dibangkitkan oleh Perdana Menteri dalam ucapannya berikutan masih ada pihak yang sangsi terhadap hubungan antara beliau dan timbalannya.
Baru sehari selepas kenyataan diatas lain pula kenyataan Pak lah di Terengganu dimana beliau berkata, tarikh tepat berhubung peralihan kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum ditetapkan lagi.
"Tarikh yang tepat belum ditentukan, bila masa tiba, peralihan itu akan dilakukan sebagaimana kami kedua-dua memahami," katanya.
Sekembalinya ke Putrajaya lain pula kenyataan Pak Lah dan nampak sangat beliau berdolak dalih. Abdulllah berkata beliau akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti yang dijadualkan Disember ini.
Beliau berkata, tiada alasan bagi beliau untuk tidak bertanding.Semasa ditanya mengenai tarikh peralihan kuasa kepimpinan, Abdullah berkata, ini akan dibincangkan dengan timbalan beliau, Datuk Seri Najib Tun Razak.“Kami masih belum bersetuju secara tepat tarikh peralihan kuasa itu. Bukan dalam masa satu, dua atau tiga bulan akan datang,” kata beliau pada dialog dengan kira-kira 30 ketua media Forum Ekonomi Dunia di sini.
Kesimpulannya tidak jelas adakah benar Pak Lah mahu menyerahkan kuasa kepada Najib atau sandiwara sahaja ? Yang penting siapapun akan meneruskan kerja sebagai PM, rakyat sudahpun berada dalam keadaan kesusahan yang amat sangat.
2 ulasan:
"peralihan kuasa???"
Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang betujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah,bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
surah Al-Hadid:20
Catat Ulasan