Walaupun spekulasi bahawa Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud (gambar) akan bersara bukan lagi merupakan berita mengejutkan bagi mereka, namun rakyat Sarawak menunggu dengan penuh debar hasil mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), esok.
Mesyuarat itu akan dihadiri semua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Anggota Parlimen daripada PBB di ibu pejabatnya di Jalan Bako di Kuching.
