04 Ogos 2009

FOTO : Timun Cinta

Email Oleh : tok_busu

Kat Malaysia mana nak dapat sayur2 camni?
Puas caya cari tak jumpa. Kat Cameron Highland pun tak ader gak.

When a cucumber is still small

it's put into a heart-shaped container and allowed to grow.

"Heart stick." You can find it at a supermarket in Tokyo Midtown, Roppongi.

Lots of stars and hearts appear when you cut them!

Not only something for the kids to enjoy!

The price, 258 yen, is a little higher than regular cucumbers - but they are fresh and crisp, and the shapes are wonderful.

A yummy crab salad with star and heart-shaped cucumbers! How lovely!!






Protokol Yahudi Siri 10 (Bahagian Terakhir)

Oleh : AMEER ABDULLAH

12) Meletakkan kerajaan dan negara-negara di dunia ini di bawah kuasa orang yahudi.

Ini boleh dilakukan dengan cara paksa iaitu dengan menggunakan kekuatan tentera atau dengan tekanan kewangan atau ekonomi. Jadikan mereka rasa bahawa menentang kekuatan yahudi hanya akan merosakkan dan melemahkan negara mereka. Jika ada negara yang menentang yahudi ini, negara itu akan disibukkan dengan negara-negara jiran mereka.

Jika ini tidak berjaya mereka akan adakan perang secara besar-besaran dengan menggunakan kekuatan ketenteraan dari Amerika, Jepun dan Cina untuk menghancurkan negara tersebut. Dan jika ada lebih dari satu negara yang cuba menentang mereka, maka mereka akan adakan perang antarabangsa atau parang Dunia. Kita lihat bahawa perkara ini telahpun berlaku terhadap Iraq di mana perang besar-besaran dikenakan ke atas Iraq.

13) Menukar perlembagaan dan struktur negara.

Di mana hanya orang-orang yang tidak amanah atau jujur dan penuh dengan skandal sahaja yang boleh naik untuk menjadi pemimpin negara, dan kuasanya akan ditambah seperti kuasa untuk membubarkan parlimen, mengisytiharkan perang dan sebagainya, sehingga semua negara d dunia ini diperintah oleh diktator.

Mereka juga akan cuba menukar pemikiran masyarakat agar mereka percaya bahawa sistem pemerintahan bercorak diktator adalah yang paling baik dan paling cekap.

14) Menyebarkan kuman dan penyakit dengan sengaja.

Tidak banyak penjelasan diberikan mengenai perkara ini di dalam Protocols tetapi antara langkah-langkah mereka adalah dengan menyembunyikan angka sebenar orang yang mengidap sesuatu penyakit itu contohnya AIDS, mengurangkan rasa waspada masyarakat terhadap penyakit tersebut dengan memberikan angka yang jauh lebih rendah dari angka sebenar, mengatakan ia tidak mudah berjangkit dan Iain-lain perkara lagi yang akan membolehkan penyakit itu merebak lebih cepat lagi. Negara-negara yang menjadi mangsa teruk penyakit AIDS sekarang ini adalah negara-negara Islam seperti Nigeria, Indonesia dan Mesir, iaitu negara-negara yang mempunyai ramai orang Islam.

15) Menyebarkan bahan-bahan yang kotor dan hina di kalangan masvarakat.

Seperti majalah-majalah lucah dan sebagainya. Ini akan merosakkan pemikiran masyarakat, menguasai mereka dan membuatkan mereka hanyut dan tidak berfikir. Apabila yahudi itu telah mendapat kerajaan mereka, mereka akan mengharamkan perkara-perkara ini.

16) Mengintip pergerakan masyarakat melalui ahli-ahli Freemason mereka.

Mereka akan cuba menyusup masuk ke dalam segenap pergerakan atau kelab-kelab yang ada agar mereka dapat mengetahui semua pergerakan kumpulan-kumpulan lain.

Daripada perkara-perkara ini jelas menunjukkan kepada kita tentang perancangan jahat kaum yahudi ini, bagaimana mereka ingin menguasai dunia dan mereka langsung tidak menghormati manusia-manusia lain dan mereka akan menggunakan apa saja cara yang boleh untuk sampai kepada matlamat jahat mereka itu.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Protokol Yahudi Siri 9

Oleh : AMEER ABDULLAH

9) Mengawal atau menguasai rakyat dan pergerakan-pergerak an yang ada di dalam sesebuah negara.

Salah satu cara untuk menguasai rakyat adalah dengan mengharamkan senjata kepada mereka. Kita lihat sekarang dalam banyak negara-negara Islam di dunia ini, termasuklah negara kita sendiri, senjata api diharamkan kepada rakyat. Barangsiapa yang memiliki senjata akan dijatuhkan hukuman yang berat. Perkara seperti ini berlaku di negara-negara Islam sedangkan mengikut Islam membawa senjata itu adalah sunat.

Di US sekarang ini satu kempen yang kuat sedang dijalankan untuk menukar pemikiran masyarakat agar mereka bersetuju untuk mengharamkan senjata. Sebarang kejadian atau keganasan yang berlaku yang boleh menyokong pendapat untuk mengharamkan senjata itu akan dibesar-besarkan dalam televisyen dan akhbar.

10) Merosakkan kedudukan atau imej pemimpin-pemimpin agama dan mengurangkan pengaruh mereka.

Ini boleh dilakukan dengan mudah kerana kebanyakan pertubuhan-pertubah an agama adalah cukup terbuka. Pemimpin-pemimpin agama yang hendak dijatuhkan akan dihebohkan keburukan atau kelemahan mereka, melibatkan mereka dalam skandal dan Iain-lain lagi yang boleh merosakkan kedudukan mereka sebagai seorang pemimpin.

Di US ini misalnya cukup banyak keburukan-keburukan mengenai pemimpin-pemimpin agama kristian mereka yang dihebohkan dalam media massa seperti Jimmy Swaggart dan James Bakker. Perkara seperti ini akan membuatkan masyarakat hilang kepercayaan kepada pemimpin-pemimpin agama mereka, dan seterusnya hilang kepercayaan kepada agama mereka.

11) Elakkan orang ramai daripada mengetahui atau menyedari rancangan jahat master planner itu.

Dengan menipu mereka dan menyibukkan mereka dengan urusan dunia dan kerja-kerja mereka. Juga mereka akan cuba untuk halakan rasa marah, rasa tak puas hati dan tentangan orang ramai itu ke arah yang salah, bukan ke arah master planner itu tadi.

Kapal Malaysia yang Ditahan Lanun Dibebaskan

Sebuah kapal milik Malaysia yang dirampas lanun Somalia pada 16 Disember tahun lalu dibebaskan semalam.

Koordinator Program Bantuan Pelaut Afrika Timur (SAP) yang berpusat di Mombasa Kenya, Andrew Mwangura berkata, pemilik kapal itu telah membayar wang tebusan kepada penculik bagi membebaskan anak-anak kapalnya. Kini, kesemua 11 anak kapal warga Indonesia itu berada dalam keadaan yang sihat dan kapal tersebut belayar menuju ke Maldives.

PAS desak adakan sidang tergempar bincang wabak selesema babi

TUMPAT, 3 Ogos : - Mengambil kira jumlah korban akibat virus selesema babi atau influenza A (H1N1) meningkat kepada tujuh orang hari ini, kerajaan didesak memanggil persidangan tergempar Dewan Rakyat.

Persidangan khas itu dianggap penting bagi membolehkan rakyat mendapat gambaran lebih jelas mengenai penularan wabak tersebut.

Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar berkata, anggota parlimen Pakatan Rakyat memandang serius penularan wabak tersebut dengan begitu cepat sehingga mengakibatkan tujuh menjadi mangsa sehingga hari ini.

"Melihat kepada situasi itu kami berpendapat adalah perlu diadakan persidangan tergempar Dewan Rakyat bagi membincangkan langkah lebih kontrit untuk menangani penularan H1N1 yang begitu membimbangkan sekarang.

"Pada persidangan itu kerajaan perlu membentang kertas putih untuk diketengahkan apa yang telah dilakukan kerajaan dan cadangan baru menangani wabak tersebut," katanya pada persidangan media di sini petang ini.

Sebelum itu beliau menghadiri program pemimpin bersama rakyat peringkat Dun Pengkalan Kubur di Kampung Geting, dekat sini.

Hadir sama seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan anggota parlimen Tumpat, Dato' Kamaruddin Jaffar.

Hari ini seorang ibu yang baru bersalin dua minggu di Sarawak menjadi korban ketujuh akibat influenza A (H1N1).

Mangsa terbaru itu berusia 23 tahun meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Hospital Miri jam 4 pagi tadi. Beliau didapati mengidap pneumonia yang teruk.

Mahfuz yang juga anggota parlimen Pokok Sena berkata, melalui pembentangan kertas putih anggota-anggota parlimen dapat membincangkan sama ada perlu atau tidak kerajaan mengisytiharkan darurat ekoran penularan wabak H1N1.

Sementara itu dalam perkembangan lain katanya, himpunan membantah ISA Sabtu lalu mencapai kejayaan apabila puluhan ribu rakyat hadir sehingga menimbulkan suasana panik di kalangan pemimpin Barisan Nasional.

Harakahdaily/-

Anwar kata, PAS bertanding di Permatang Pasir

PERMATANG PAUH, 3 Ogos: Datuk Seri Anwar Ibrahim secara peribadi mahukan PAS meletakkan calonnya dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Permatang Pasir sekali lagi.

Menurut beliau kawasan Dun Permatang Pasir merupakan kubu kuat PAS semenjak ia diwakili oleh Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman setelah berjaya merampasnya dari tangan Barisan Nasional (BN) pada tahun 1999 yang lalu.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri majlis kenduri salah seorang penduduk dalam Parlimen Permatang Pauh.

Adun Permatang Pasir, Datuk Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia Jumaat lepas ketika menerima rawatan jantung di Intitut Jantung Negara (IJN).

Allahyarham Hamdan adalah Adun tunggal PAS di Pulau Pinang dan telah memenangi kawasan itu sejak tahun 1999 lagi.

Sehingga kini, dua nama disebut untuk gantikan Hamdan iaitu AJK PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu dan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man.

"Secara peribadinya laluan diberikan kepada PAS untuk bertanding dikawasan itu. Dun Permatang Pasir adalah kubu kuat PAS. Oleh itu saya menghormati kerjasama yang diberikan oleh ahli-ahlinya di Permatang Pasir sejak ia diwakili oleh Allahyarham selama ini," kata Anwar mengulas isu ini.

Anwar juga berkata, cadangan beberapa pemimpin PKR supaya parti itu diberi peluang untuk bertanding di Dun Permatang Pasir akan dibincangkan di peringkat tertinggi parti memandangkan cadangan sudah dikemukakan kepada parti sebelum dirujuk kepada Pakatan Rakyat untuk pertimbangan.

"Pandangan dan cadangan akar umbi itu akan dibincangkan dengan presiden parti dan kepimpinan Pakatan Rakyat sebagai menghormati permintaan mereka. Namun begitu kita memberi ruang kepada mereka untuk menyuarakan pandangan tetapi keputusannya adalah terletak pada persetujuan yang dicapai antara Pakatan Rakyat," katanya.

Menurut beliau lagi faktor calon adalah perkara penting dalam memastikan kejayaan dalam pilihan raya.

Oleh kerana itu maka semua pihak perlu menerima siapa sahaja yang akan diputuskan oleh kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat sebagai calon dalam pilihan raya kecil Dun Permatang Pasir yang akan datang.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, pengundi di Parlimen Permatang Pauh termasuklah kawasan Dun Permatang Pasir ini sudah bijak dan dapat menilai serta membezakan apa yang telah berlaku dalam negara setakat ini. Mereka dapat menentukan siapa calon yang boleh bekerja untuk rakyat dan sebaliknya.

SiasahDaily/-

A(H1N1): Ibu meninggal dunia, bayi 2 minggu sihat

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun meninggal dunia pada pukul 4 pagi tadi ekoran jangkitan influenza A(H1N1) - menjadikan kematian yang ketujuh di negara ini setakat ini.

Wanita berkenaan melahirkan bayi perempuan - anak sulungnya dua minggu yang lalu. Bayi tersebut sihat.

Ia disahkan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr. George Chan.

Kematian itu merupakan kes pertama di negeri Sarawak.

mStarOnline/-

Kerja meroboh rumah di Kampung Buah Pala ditangguh esok

PENDUDUK Kampung Buah Pala yang lebih dikenali sebagai High Chapparal membuat demonstrasi di kampung itu yang turut disertai pelbagai badan bukan kerajaan, Hindraf, Pemuda MIC dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Pulau Pinang hari ini. Demonstrasi itu diadakan sebagai menyokong penduduk Kampung Buah Pala untuk mempertahankan kampung itu daripada dirobohkan pemaju. --fotoBERNAMA

PULAU PINANG: Kerja meroboh rumah penduduk Kampung Buah Pala di Bukit Gelugor di sini yang sepatutnya dilakukan hari ini, ditunda sehingga esok berikutan pemilik tanah kampung berkenaan, Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang (KPKPP) memberi tempoh sehari lagi kepada penduduk untuk berpindah.

Pengerusi KPKPP, Abdul Razak Mansor berkata kawasan itu sepatutnya dirobohkan hari ini, bagaimanapun atas dasar simpati dan kemanusian, pihaknya memberi tempoh sehari lagi bagi penduduk kampung berkenaan memindahkan barang mereka.

Beliau berharap penduduk Kampung Buah Pala dapat memberi kerjasama untuk keluar dari kawasan berkenaan tanpa menimbulkan sebarang kekacauan.

Bagaimanapun, Penolong Setiausaha Pertubuhan Penduduk Kampung Buah Pala, C.Tharmaraj menegaskan bahawa penduduk tidak akan berganjak dari kampung itu.

"Kami akan tetap berada di sini. Kami mahukan Ketua Menteri, Lim Guan Eng supaya menggunakan kuasa eksekutifnya untuk mengambil balik tanah kampung berkenaan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada Lim di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini hari ini.

Memorandum tersebut yang menggesa agar tanah berkenaan dikembalikan semula kepada penduduk, diserahkan kepada Setiausaha Politik Lim, Ng Wei Aik.

Kira-kira 200 orang termasuk penduduk kampung berkenaan turut berhimpun di perkarangan Komtar.

Thamaraj berkata penduduk Kampung Buah Pala juga mahu Lim menunaikan janjinya termasuk menyerahkan semula tanah itu kepada mereka.

"Sebelum ini pelbagai janji yang beliau taburkan kepada kita dan sekarang ini penduduk hanya mahu Lim tunaikannya secepat mungkin kerana kami tidak mahu kehilangan tanah yang kami duduk sejak 200 tahun lepas," katanya.

KPKPP juga bertegas untuk tidak mahu berkongsi tanah milik mereka dengan penduduk kampung berkenaan.

Abdul Razak berkata semua anggota KPKPP yang bermesyuarat semalam telah mencapai kata sepakat untuk tidak berkongsi tanah berkenaan seperti cadangan Lim.

"Kenapa kami perlu berkongsi tanah berkenaan dengan penduduk kampung sedangkan tanah itu memang milik kami dan mahkamah sendiri telah putuskan ia sah milik KPKPP," katanya.

Abdul Razak berkata cadangan yang dikemukan oleh Lim untuk koperasi berkongsi kawasan berkenaan dengan penduduk Kampung Buah Pala dibuat tanpa berbincang dengan mereka.

"Kerajaan negeri tidak pernah berbincang dengan kita tentang perkara ini dan tiba-tiba sahaja beliau (Lim) cadangkan kami berkongsi tanah berkenaan.

"Itu semua janji politik mereka dan mengapa koperasi perlu akur dengan cadangan berkenaan," katanya sambil menambah bahawa KPKPP tetap berkeras untuk merobohkan kampung berkenaan esok. BERNAMA

mStarOnline/-


Rasuah: ADUN Terengganu, 2 rakan ditahan reman 5 hari

KEMAMAN: Seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, berhubung dakwaan meminta wang habuan daripada sebuah syarikat, hari ini ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Turut dikenakan perintah tahanan reman sehingga 7 Ogos itu ialah dua rakan ADUN terbabit yang dipercayai terlibat dalam meminta wang sogokan itu.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen di sini Rofiah Mohamad.

Ketiga-tiga mereka kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemanan untuk siasatan lanjut.

Semalam, ADUN tersebut bersama-sama dua rakannya itu ditahan SPRM kira-kira pukul 9.20 pagi di sebuah hotel di Kijal dekat sini, kerana dipercayai meminta habuan antara 10 hingga 13 peratus daripada nilai satu projek landskap bernilai RM2 juta daripada syarikat berkenaan.

Ketika ditahan, terdapat wang tunai RM5,000 pada Adun itu. BERNAMA

mStarOnline/-

Jentera pilihan raya PAS Permatang Pauh telah bersedia

PERMATANG PAUH, 3 Ogos (Hrkh) - Jentera pilihan raya PAS Permatang Pauh telah lama bersiap sedia menghadapi sebarang pilihan raya, kata Setiausaha PAS Permatang Pauh, Ahmad Kamal Ahmad.

Katanya, jentera PAS terutamanya di Unit Peti Undi (UPU) tidak pernah dibubarkan di keseluruhan Parlimen Permatang Pauh iaitu di Permatang Pasir, Penanti dan Seberang Jaya

Malahan sambungnya, ia sentiasa bergerak sebagai satu pasukan dengan jentera Parti Keadilan Rakyat Malaysia (KeADILan) Cabang Permatang Pauh sejak Pilihan raya Kecil Permatang Pauh dan Penanti.

"Semua jentera kita bersiap sedia untuk berhadapan dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) di N11 Permatang Pasir. Banyak isu sedang menanti untuk penceramah kita sebarkan," ujarnya ketika diminta pandangan mengenai persiapan terkini jentera PAS di situ.

Apapun kata beliau, malam ini PAS Kawasan akan berbincang mengenai nama-nama calon untuk dikemukakan kepada negeri bagi proses terakhir pemilihan sebelum diisytiharkan kemudianya.

Ketua Dewan Pemuda PAS Permatang Pauh, Ustaz Zakaria Hamzah bertekad mengerakkan semua jentera pemuda untuk memperkasakan Majlis Tindakan Dun (MTD) Permatang Pasir di samping memperbanyakan program kepemudaan di situ.

Tegasnya, bagaimanapun bukan sekarang pergerakan bermula bahkan sebelum ini lagi ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Penanti.

"Yakinlah kita pasti menang lagi di sini namun yang jelas ialah kerjasama dan pergerakan bersepadu dari segenap segi," tambahnya.

Ketua Dewan Muslimat PAS Permatang Pauh, Suraiya Mohd Saat berkata, berbagai program kemasyarakatan telah diatur sejak dulu dan disusun mengikut strategi.

Menurutnya lagi, maklumat mengenai Umno dan BN juga dapat di hidu dari masa ke masa dan memudahkan jentera bertindak menangkis tohmahan yang dilemparkan kepada Pakatan Rakyat.

"Menerusi bacaan Yasin di kampung-kampung banyak membantu jentera dekati masyarakat. Keaktifan Ahli Jawatankuasa juga dipuji kerana sanggup memberi masa untuk kepentingan jamaah," jelas beliau yang juga bekas Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang.

Sementara itu, Setiausaha Negeri KeADILan Pulau Pinang, Mustaffa Kamal Mohd Yusuf dalam kenyataanya pada Harakahdaily, yakin calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat akan menang namun tidak anggap mudah kali ini kerana setiap pilihan raya kecil pastinya terdapat umpan.

Dari segi kerjasama sambungnya, KeADILan akan memberikan kerjasama maksimum untuk memastikan Dun Permatang Pasir tidak jatuh pada BN setelah Adunnya, Allahyarham Dato' Haji Mohd Hamdan Abdul Rahman berjaya mengekal kemenangan tiga penggal berturut-turut.

HarakahDaily.Net/-

Warna warni Kehidupan Di Pejabat-renung2 kan

Email Oleh : Zamri Keciks

- Ada lelaki & ada wanita

- Ada yang pura2 rajin & ada yang bersantai

- Ada yang pengampu & ada yang pak turut

- Ada yang main games & yang tidur

- Ada yang suka marah2 & yang stress

- Ada yang suka gosip & yang suka jalan2

- Ada yang suka merosakkan harta pejabat & ada yang suka ulang alik ambil minum

- Ada pujian & makian

- Ada yang ceria & yang boring

-Tapi katanya "We're a team"

-So be fun , enjoy your time , your work & achieve the best

Apa2 pun keja tu satu ibadah kan kan kan!


SELAMAT BERTUGAS KAWAN2 !!!


Panas!! Gambar – Gambar Terbaru Dari Semenanjung Gaza Malaysia !













Sivarasa dibebas,makanan yang disediakan dalam lokap lebih teruk daripada makanan kucing.

Naib Presiden PKR yang juga ahli parlimen, R Sivarasa dibebaskan tengahari ini selepas ditahan selama dua hari selepas menyertai perhimpunan anti-ISA di ibunegara Sabtu lalu.Sivarasa dibebaskan tengahari ini dengan jaminan lisan.

Ketika ditemui pemberita, beliau yang juga seorang peguam berkata beliau tidak pasti sama ada akan didakwa tetapi telah diminta melaporkan diri semula di balai polis Dang Wangi pada 17 Ogos ini. Demikian seperti dilaporkan oleh malaysiakini.

Laporan itu juga memetik Sivarasa yang turut mengecam kerajaan dan tindakan polis menyuraikan perhimpunan tersebut yang menyaksikan gas pemedih dan meriam air digunakan, manakala beratus orang ditangkap.

Mengulas lanjut, pemimpin PKR itu berkata, beliau terperanjat apabila mendapat tahu 40 orang di bawah umur turut ditahan.

Katanya, mereka tidak sepatutnya digari atau ditahan dalam lokap biasa.

Makanan lokap

"Apa yang lebih memeranjatkan ialah mereka telah ditahan reman," katanya.

Sivarasa juga berkata beliau diberitahu seorang tahanan bahawa makanan yang disediakan kepada mereka lebih teruk daripada makanan kucing.

Sehubungan itu, Sivarasai yang juga wakil rakyat Subang berkata, beliau akan membangkitkan perkara itu dalam sidang parlimen yang akan datang.

PJ Perak lawat PAS Kawasan Batu Gajah.

BATU GAJAH : "Saya melihat PAS kawasan Batu Gajah sangat tinggi komitmen mereka terhadap perjuangan Islam yang sedang kita junjung bersama ini. Bermula dari dewan ulama’, dewan pemuda, dewan muslimat, unit amal dan seluruh kekuatan sayap jemaah yang ada dalam jemaah kita sedang bergerak pantas di Batu Gajah, ini adalah petanda besar bahawa PAS sedang memimpin perubahan, dalam memastikan seluruh umat manusia terus mendapat keadilan dan keharmornian dalam kehidupan mereka" Demikian antara kenyataan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussein kepada Cina Islam sebentar tadi.

Jumaat lepas(31 July) Pesuruhjaya PAS Perak bersama rombongan AJK Harian PAS Perak telah mengadakan lawatan kerja meninjau PAS Kawasan Batu Gajah.

Dalam ucapannya, Pesuruhjaya PAS Perak yang baru dilantik itu menekankan supaya kualiti tarbiyah perlu diperkasakan, usrah, mukhayyam, rehlah, tamrin perlu diadakan selalu agar ruh perjuangan Islam yang ada dalam diri kita sentiasa bersinar, usaha-usaha untuk memperkasakan jemaah dalam wadah pilihanraya juga perlu ditingkatkan semaksima mungkin dari segi pengurusan yang strategik. seterusnya proses pengilmuan rakyat juga perlu diteruskan, banyakkan majlis-majlis ilmu yang dianjurkan oleh kita, mudah-mudahan dengan ini rakyat akan lebih memahami Islam serta menyokong bahkan turut mendokong perjuangan.

Dalam kesempatan itu juga beliau mewakili Badan Perhubungan PAS Perak mengucapkan jutaan terima kasih kepada PAS kawasan Batu Gajah atas kerjasama yang diberikan semasa lawatan kerja kami ke sana.

Drs. Khalil :Semangat gotong royong bersih surau perlu dicontohi



PARIT BUNTAR, 2 Ogos :- Semangat gotong royong yang ditunjukkan oleh jemaah Surau Kampung Perak perlulah dicontohi oleh mesjid dan surau yang lain, demikian kenyataan ringkas ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim, Semasa singgah menyaksikan jemaah surau tersebut sedang bertungkus lumus membersihkan rumah ibadah yang terletak di pinggir jalan sebelah kanan dari Simpang Tiga ke Titi Serong.

Pada kesempatan itu ADUN titi Serong dimaklumkan tentang kegiatan rutin tersebut dilakukan seboleh-bolehnya setiap tahun sebelum bulan Ramadhan tiba.





HIMPUNAN PEMUDA NEGERI PERAK

Email Oleh : Naninu Sakun

ASSALAMUALAIKUM YB!

HARI INI HIMPUNAN PEMUDA NEGERI PERAK ( 1 BLACK PERAK ) TELAH DIADAKAN BERDEKATAN MASJID TINGGI BAGAN SERAI PERAK . HEBAT SUNGGUH DENGAN KEHADIRAN 2 TRAK FRU.
APABILA SAYA MENDAPAT TAHU, SAYA TELAH SEGERA PERGI KE SANA YANG PADA MULANYA PLAN ASAL SELEPAS ZOHOR. ALHAMDULILLAH DENGAN BANTUAN UNIT AMAL SAYA DAPAT MELETAKKAN KERETA BERDEKATAN DENGAN TEMPAT HIMPUNAN SETELAH MEREKA NAMPAK KERETA SAYA ASYIK BERPUSING2 BERDEKATAN DENGAN POLIS DAN FRU SAMBIL MEMEGANG KAMERA. NASIB DAPAT PARKING KALAU TIDAK JENUH NAK JALAN LEBIH 2 KM.

INI MENUNJUKKAN MELEBIHI 2 RIBU ORANG TELAH HADIR BERBANDING DENGAN HIMPUNAN TAJUKNYA SIAPA PENGKHIANAT BANGSA ANJURAN UMNO DI TAIPING PERAK BARU2 INI YANG KEHADIRANNYA BEGITU RAMAI IAITU 30 ORANG SAHAJA. RAMAI SUNGGUH HINGGA NAK PARKING KERETAPUN TERLAMPAU SENANG. BEGITULAH BEZANYA SAMBUTAN 1 MALAYSIA TERHADAP MAJLIS ANJURAN P.RAKYAT DAN UMNO. KALAU PENCACAI UMNO NAK KOMEN, PI KOMEN KAT BLOG HANGPA, BLOG YBNI UNTUK PENCINTA KEADILAN BUKAN UNTUK ORANG YANG CAKAP BERAPI MACAM SI KATAK TAPI DUDUK DALAM TEMPURUNGJE SEMALAM DI KUALA LUMPUR.


MENURUT PETUGAS UNIT AMAL FRU SUDAH MASUK KE TEMPAT PERHIMPUNAN NAMUN BERUNDUR BALIK KERANA TEMPAT HIMPUNAN ADALAH TEMPAT PERSENDIRIAN. JUSTERU, HIMPUNAN PEMUDA NEGERI PERAK TELAH DITERUSKAN DAN FRU SERTA POLIS DUDUKLAH BERHAMPIRAN DENGAN TEMPAT HIMPUNAN LINGKUNGAN 100 METER. MASUK SAHAJA KE TEMPAT HIMPUNAN, KELIHATAN ORANG RAMAI BERPUSU2 UNTUK MEMBELI BAJU T-SHIRT KEMPEN PEMBUBARAN DUN PERAK. LARIS MACAM JUAL GORENG PISANG. KELIHATAN JUGA PETUGAS2 UNIT AMAL MENGAGIH-AGIHKAN STIKER KEMPEN BUBAR DUN DAN ADA JUGA DIKALANGAN MEREKA TENGAH MENGANGKAT BUAH RAMBUTAN UNTUK SAMA2 DIRASA OLEH PARA JEMPUTAN. MERIAH SUNGGUH! SAYA MENUJU PULA KE KAWASAN CERAMAH NAMUN TIDAK DAPAT MASUK KE DALAMNYA. NAK AMBIL GAMBAR DI TEPIPUN XDPT MASUK. HANYA GAMBAR2 YANG SAYA SERTAKAN INI DAPAT MENCERITAKAN SITUASI INI. HIIMPUNAN INI TELAH MENGHIMPUNKAN SERAMAI 8 ORANG PENCERAMAH DAN SEWAKTU SAYA SAMPAI MB RAKYAT YB NIZAR BARU MEMULAKAN CERAMAHNYA. BELIAU TELAH MENCERITAKAN DETIK2 KETIKA HIMPUNAN I.S.A DI KUALA LUMPUR KERANA BELIAU JUGA MENYERTAINYA. PADA MAJLIS HIMPUNAN TERSEBUT TELAH DILANCARKAN TABUNG UNTUK MEMBANTU MEMBEBASKAN TAHANAN2 KETIKA HIMPUNAN MANSUHKAN ISA DAN JUGA BANTUAN UNTUK PETUGAS UNIT AMAL PAS YANG KEMALANGAN SEWAKTU HENDAK MENGHADIRI HIMPUNAN DI KL. YANG PASTI HIMPUNAN PADA 2 OGOS INI MENJADI WACANA UNTUK MENUNJUKKAN KEPADA UMNO DAN BN BETAPA RAKYAT 1 MALAYSIA SEMEMANGNYA MENOLAK MEREKA. TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA DEWAN PEMUDA PAS BAGAN SERAI ..........

ANAK KOMANDO REJIMEN 1


Keadilan untuk TBH, Jawapan untuk rakyat !

Drs. Khalil sedang menyampaikan ceramah isu berkaitan SPRM dan TBH, di Dewan
Kwangdong Taiping pada Jumaat lepas. penceramah lain ialan YB.Dato' Ngeh Khoo Ham dan TB. Nga Kor Ming.

Berjayakah perang jenayah guna tenaga sukarelawan?

Oleh : Zamri Keciks

Pelbagai usaha digunakan untuk memerangi jenayah dalam negara. Walaupun pelbagai senjata, peluru berpandu, gas beracun digunakan dalam peperangan ini tetapi kadar jenayah tetap mencacak naik. Inilah agaknya bahana apabila manusia lari dari formula yang telah ditetapkan oleh Allah swt terhadap mereka selaku hamba-hamba Nya.

Ragut, rogol, bunuh, samun, culik, cabul semuanya bagaikan sesuatu yang biasa hari ini, berlaku berulang-ulang kali saban hari bagaikan tiada hentinya.

Kini terbit pula inisiatif baru dari Perdana Menteri. Melalui inisiatif barunya ini kadar jenayah jalanan (street crimes) mahu diturunkan sehingga 20% dalam tempuh 14 bulan. Baguslah kalau berjaya. Soal membenteras jenayah ini soal bersama. Ia tidak seharusnya terbatas oleh perbezaan fahaman politik. Orang BN orang Pakatan Rakyat orang tak berparti semuanya mahu ia dibenteras.

Dan salah satu usaha yang akan diambil kerajaan ke arah itu adalah menggembeling tenaga RELA untuk membantu dalam tugas-tugas ini. Sesuaikah begitu?

Tanpa mahu merendahkan anggota RELA yang rata-rata merupakan sukarelawan, saya merasakan mengerah tenaga anggota sukarelawan untuk membenteras jenayah yang semakin menjadi-jadi ini mungkin tidak mampu mendatangkan hasil yang baik. Kaslau anggota polis yang terlatih itu pun kecundang, bagaimana pula dengan RELA yang khabarnya 142 orang akan menjalani latihan 2 minggu sebelum dihantar membantu misi ini. 2 minggu???

Menurut Ketua Pengarah RELA dalam tempuh dua minggu itulah anggota RELA berkenaan akan dilatih prosedur jenayah, menangkap dan menahan serta hal-hal berhubung hak asasi manusia.

Saya merasakan usaha melepaskan anggota sukarelawan yang hanya dilatih 2 minggu untuk berhadapan dengan dunia jenayah, adalah satu kesilapan besar malah akan mengundang seribu satu bencana yang lebih besar.

Kalau bagi tujuan pembenterasan jenayah jalanan ini kekuatan polis yang bertugas perlu dipertingkatkan maka mengapa kerah RELA? Mengapa tidak kerah unit-unit polis yang ramai tetapi tidak terlibat dalam urusan ini? Mengapa tidak dikerahkan FRU contohnya membantu, dari membuang masa menjaga stadium ketika perlawanan bolasepak, atau menyibuki mengawal himpunan aman itu untuk membantu? Gunakan keperkasaan mereka menyepak terajang orang awam itu ke atas penjenayah pula, biar kita saksikan bersama nanti.

Begitu juga contohnya unit pancaragam polis, mereka yang menjalankan tugas-tugas perkeranian di pejabat, kerahkan mereka ini semua ke tengah jalan. Mengapa pula nasib dan kebajikan rakyat harus diperjudikan dengan anggota sukarelawan yang tidak terlatih, sedangkan hasil cukai rakyat dibayar untuk membiayai ketumbukan polis yang saya sebutkan ini.

Kalau benar jujur mahu memerangi jenayah ini, biarlah kita juga serius dan kemukakan idea yang praktikal dan munasabah. Anda bagaimana?

Siapa yang sebenarnya lemah dan bersalah

Oleh : Zamri Keciks

Semasa merasmikan Mesyuarat Agung Umno bahagian Sg. Besar, Selangor (bahagian Khir Toyo) baru-baru ini, Naib Presiden Umno Zahid Umno telah seperti biasa melancarkan serangan ke atas kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor. Ternyata Umno termimpi-mimpi mahu menakluk kembali negeri ini setelah tiba-tiba terlepas kuasa dalam keadaan sedar tak sedar pada 8 Mac 2008 lalu. Mereka masih merawat diri dari mimpi ngeri yang samapi kini terus menghantui hidup mereka.

Banyaklah perkara yang menjadi sasaran Zahid tetapi antara yang saya masih ingat bahawa kerajaan baru ini tidak pandai mentadbir, contohnya isu perlantikkan ahli-ahli majli pun tidak selesai dan keduanya asyik sibuk mahu merampas dewan-dewan masyarakat.

Memandangkan Zahid sudah menjual maka perlulah kita membeli.

Rakyat melihat perbezaan besdar antara perlantikkan ahli-ahli majlis di zaman BN dan kini. Berikuit saya turunkan apa yang berlaku di zaman BN dan apa yang berlaku kini:

Dizaman BN ADUN-ADUN turut dilantik sebagai ahli-ahli majlis sehingga berlaku pertindihan kuasa dan percanggahan kepentingan. PBT sepatutnya merupakan kerajaan ketiga selepas kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan akan tetapi apabila ADUN dilantik bermakna sudah tiada lagi “check and balance” dan kecenderungan untuk berlaku penyalahgunaan kuasa itu besar. Kini ADUN tidak lagi dilantik sekaligus membebaskan PBT dari “dipergunakan” oleh mereka untuk kepentingan kedudukan masing-masing. Kini yang wujud adalah kerjasama harmonis yang menguntungkan semua pihak.

Dizaman BN ahli-ahli majlis dilantik bagi tempuh penggal 3 tahun dan biasanya tempuh ini dilanjutkan sesuka hati pihak berkuasa politik. Tiada tapisan tiada kajian prestasi. Rakyat terbelenggu dengan ahli-ahli majlis pilihan tanpa ada hak bersuara. Kini ahli-ahli majlis dilantik bagi penggal setahun ke setahun. Pihak PBT, ADUN dan kerajaan engeri terlibat dalam emantau prestasi mereka dan mana-mana yang tidak aktif akan digugurkan.

Dizaman BN lantikkan ahli-ahli majlis adalah berdasarkan kuota politik semata-mata, kini kerajaan negeri mewujudkan kuota NGO sehingga memberi laluan kepada masyarakat sivil memain peranan menurut kepentingan dan minat masing-masing.

Berlaku kelewatan sini-sana dalam perlantikklan ahli-ahli majlis ini bukan kerana Pakatan Rakyat tidak tahu mentadbir tetapi kerana prihatin dan serius dalam perananan PBT bukan seperti dizaman BN dahulu!

Kemudian isu dewan-dewan masyarakat. Maklumlah Umno/BN tidak pernah hilang kuasa di Selangor. Dewan-dewan masyarakat sebelum ini bagaikan milik mereka. Lalu apabila hilang kuasa, mereka menyangka dewan-dewan ini menjadi harta pusaka mereka sedangkan hakikatnya ia adalah hak kerajaan negeri, hak rakyat. Zahid patut memberi nasihat kepada orang-orang Umno/BN terimalah hakikat bahawa mereka di Selangor kini sebagai pembangkang bukan lagi kerajaan.

Hormatilah pilihan rakyat, kalau dewan-dewan ini kepunyaan kerajaan negeri walaupun bertatahkan simbol dan lambang Umno atau mana-mana komponan BN, serahkanlah kembali kepada kerajaan yang berkuasa, kan mudah. Akibat kedegilan dan keras kepala beberapa kerat anasir Umno, MCA dan lain-lain kini program-program rakyat yang mahu dianjurkan oleh kerajaan negeri tergendala.

Belilah bangunan sendiri, PAS dahulu begitulah semasa pembangkang.

Insyallah PR kekal berkuasa di Selangor.

Himpunan "1 Hitam Perak", lebih 2500 orang pemuda berkumpul di Bagan Serai


BAGAN SERAI, 2 Ogos :-Himpunan 1 Hitam perak yang dianjurkan oleh Dewan pemuda PAS Perak berjaya mengumpul lebih 2500 orang peserta dikalangan pemuda dan penyokong Pakatan Rakyat. Program tersebut diadakan di Markaz PAS Bagan Serai Mesjid Tinggi disini.Program yang mendapat sedikit gangguan dari pasukan keselamatan itu berakhir dengan lancar dan aman.

Matlamat program tersebut ialah suatu persediaan kearah penyusunan jentera pilihan raya pemuda adalah untuk memantapkan organisasi pemuda seluruh negeri. Tema himpunan adalah baju hitam oleh semua hadirin yang hadir. Sasaran utama peserta adalah pemuda PAS seluruh negeri yang cintakan demokrasi dan yang ingin menegakkan keadilan untuk rakyat seluruhnya.

Pimpinan yang hadir dikalangan PAS, PKR dan DAP iaitu Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Haji Abu Bakar Hussein,YAB Menteri Besar Rakyat Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Isteri , Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Haji Idris Ahmad, Ketua Pemuda PAS Pusat, Ust. nasharuddin Tantawi, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Sdr. Samsul Iskandar, ADUN Pakatan Rakyat, Drs. Khalil idham Lim (Titi Serong),Hj.Ramli Tusin(Gunung Semanggol), Hj. Hussin Din (Selingsing), Ab. Yunus Jamahri (Kuala Kurau), Sum Chiok Ling (Bercam), Ahli Parlimen Bagan Serai, Hj. Mohsin Fadli, dan pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

Program yang berakhir pada tepat waktu zohor itu menampilkan pemidato seperti berikut :

1. Ketua pemuda PAS Perak
2. Pengarah Jentera Piliharaya PAS Perak, Hj. Asmuni Awi
3. Pesuruhjaya PAS Perak, Ust.Abu Bakar Hussain
4. Pengerusi pakatan Rakyat Perak,DS. Mohammad Nizar jamaluddin
5. Ketua AMNK, Shamsul Iskandar
6. Ketua penerangan PAS Pusat, Ust. Idris Hj.Ahmad
7. Ketua Pemuda PAS Pusat, Ust. Nasharuddin Tantawi

Pada sebelah malamnya akan diadakan ceramah di empat zon yang telah ditetapkan iaitu Larut, Sungai Siput (U), Lumut dan Tanjung Malim. Penceramah-penceramahnya terdiri daripada pimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat dan juga negeri.