04 Ogos 2009

ISA: 17 termasuk MP Pakatan ditahan reman

KUALA LUMPUR: Seramai 17 orang dipercayai mempunyai kaitan dengan perhimpunan aman mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara kelmarin dikenakan perintah reman selama dua hari yang akan berakhir hari ini.

Kesemua mereka yang direman itu terdiri daripada 12 lelaki dan lima wanita.

"Bagaimanapun remaja yang berumur 18 tahun ke bawah telah dibebaskan secara berperingkat bermula awal pagi ini," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah seperti dilapor oleh Bernama.

Antara yang direman ialah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)R. Sivarasa.Seramai 572 individu daripada 589 orang yang ditahan semalam turut dibebaskan hari ini.

"Kesemua 17 individu itu kini ditempatkan di Balai Polis Bukit Jalil untuk menunggu sama ada akan didakwa atau dibebaskan," katanya.

Kesemua mereka yang ditahan itu adalah antara sebahagian puluhan ribu penyokong Gerakan Mansuh ISA (GMI) yang berhimpun dan berarak secara aman seawal 7 pagi kelmarin untuk menghantar memorandum mansuhkan ISA kepada Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun, usaha GMI untuk menghantar memorandum itu menemui kegagalan ekoran ketegasan pasukan keselamatan mengekang rancangan mereka.

Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 43 Kanun Acara Jenayah dan Seksyen 27 (5) Akta Polis.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalo polis tak halang, boleh jalan2 ke istana negara...
Tapi polis dah halang, himpunan aman berjaya di adakan...

TAHNIAH kpd semua peserta yg merdeka.
NO to ISA.

Pemburu Syahid berkata...

Salam...

Lebih 300 gambar demo anti ISA di www.saynotomunafiqeen.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Merdeka bermula dari dalam diri kita...
Mari kita runtuhkan kerajaan BN/UMNO yg zalim kpd rakyat.

Dulu tak kisah nak protes...kita kena ISA.
Kini bila protes...kena gas, air gatal dan belantan FRU...

Lwn ttp lawan...supaya negara jadi telus, adil dan bebas.