04 Ogos 2009

Sivarasa dibebas,makanan yang disediakan dalam lokap lebih teruk daripada makanan kucing.

Naib Presiden PKR yang juga ahli parlimen, R Sivarasa dibebaskan tengahari ini selepas ditahan selama dua hari selepas menyertai perhimpunan anti-ISA di ibunegara Sabtu lalu.Sivarasa dibebaskan tengahari ini dengan jaminan lisan.

Ketika ditemui pemberita, beliau yang juga seorang peguam berkata beliau tidak pasti sama ada akan didakwa tetapi telah diminta melaporkan diri semula di balai polis Dang Wangi pada 17 Ogos ini. Demikian seperti dilaporkan oleh malaysiakini.

Laporan itu juga memetik Sivarasa yang turut mengecam kerajaan dan tindakan polis menyuraikan perhimpunan tersebut yang menyaksikan gas pemedih dan meriam air digunakan, manakala beratus orang ditangkap.

Mengulas lanjut, pemimpin PKR itu berkata, beliau terperanjat apabila mendapat tahu 40 orang di bawah umur turut ditahan.

Katanya, mereka tidak sepatutnya digari atau ditahan dalam lokap biasa.

Makanan lokap

"Apa yang lebih memeranjatkan ialah mereka telah ditahan reman," katanya.

Sivarasa juga berkata beliau diberitahu seorang tahanan bahawa makanan yang disediakan kepada mereka lebih teruk daripada makanan kucing.

Sehubungan itu, Sivarasai yang juga wakil rakyat Subang berkata, beliau akan membangkitkan perkara itu dalam sidang parlimen yang akan datang.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hang dok gatai pi sua diri belarak untuk masuk lokap pasai pa.?Cuba dok diam-diam.Apalah daihh

Tanpa Nama berkata...

hang lupa sejarah ka? atau hang tak lulus ezam? hang tengok umno guna apa bangkang malayan union. bincang ka? dok diam2 ka. lu pikirlah sendiri.....

bapak badigol t.nama 1.58 berkata...

itula namanya pejuang! bagal betul tanpa nama 1.58 am. kalau xbejuang mcmni bn xkan tahu org tak suka. tengok ppsmi hasil kejayaan demontrasinila bodoh. kita xmahu anggukje apa yg bn buat. tengok huru hara perak. hanya yg bagal dan buat2 xtau undang2je akan buat mcm bn kat perak. bodoh punya otak tanpa nama 1.58 am. kautu memang penakut mcm si katak

Tanpa Nama berkata...

selalu dengar ajer.. sebab tu dia nak rasa dan baru dia tahu bertapanya perit bila ditangkap dan dilokap tanpa bicara... tu belum ISA lagi tu... ISA lagi terok kot...

Tanpa Nama berkata...

Hang ni jadi lembu lagi baik. Tak payah pikiaq hal orang lain. Pikiaq hang punya perut saja. Hang ingat sampai masa nanti hang kena sembelih dengan BN.

tokwan gajah berkata...

nak jadi pejuang negara kena la berani....zaman aku berjuang untuk kemerdekaan tahan melayu dulu kami makan ubi kayu saja...yg dok bangkang dan tak pi tu sebenaqnya tak dak teloq...pengecut dan bacul...

Tanpa Nama berkata...

dh th mknan cm tu sape soh g dok wat benda2 xberfaedah tu...n xkn nk lyn korang cm kt hotel lak... sndri mau igt la..