04 Ogos 2009

Anwar kata, PAS bertanding di Permatang Pasir

PERMATANG PAUH, 3 Ogos: Datuk Seri Anwar Ibrahim secara peribadi mahukan PAS meletakkan calonnya dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Permatang Pasir sekali lagi.

Menurut beliau kawasan Dun Permatang Pasir merupakan kubu kuat PAS semenjak ia diwakili oleh Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman setelah berjaya merampasnya dari tangan Barisan Nasional (BN) pada tahun 1999 yang lalu.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri majlis kenduri salah seorang penduduk dalam Parlimen Permatang Pauh.

Adun Permatang Pasir, Datuk Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia Jumaat lepas ketika menerima rawatan jantung di Intitut Jantung Negara (IJN).

Allahyarham Hamdan adalah Adun tunggal PAS di Pulau Pinang dan telah memenangi kawasan itu sejak tahun 1999 lagi.

Sehingga kini, dua nama disebut untuk gantikan Hamdan iaitu AJK PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu dan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man.

"Secara peribadinya laluan diberikan kepada PAS untuk bertanding dikawasan itu. Dun Permatang Pasir adalah kubu kuat PAS. Oleh itu saya menghormati kerjasama yang diberikan oleh ahli-ahlinya di Permatang Pasir sejak ia diwakili oleh Allahyarham selama ini," kata Anwar mengulas isu ini.

Anwar juga berkata, cadangan beberapa pemimpin PKR supaya parti itu diberi peluang untuk bertanding di Dun Permatang Pasir akan dibincangkan di peringkat tertinggi parti memandangkan cadangan sudah dikemukakan kepada parti sebelum dirujuk kepada Pakatan Rakyat untuk pertimbangan.

"Pandangan dan cadangan akar umbi itu akan dibincangkan dengan presiden parti dan kepimpinan Pakatan Rakyat sebagai menghormati permintaan mereka. Namun begitu kita memberi ruang kepada mereka untuk menyuarakan pandangan tetapi keputusannya adalah terletak pada persetujuan yang dicapai antara Pakatan Rakyat," katanya.

Menurut beliau lagi faktor calon adalah perkara penting dalam memastikan kejayaan dalam pilihan raya.

Oleh kerana itu maka semua pihak perlu menerima siapa sahaja yang akan diputuskan oleh kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat sebagai calon dalam pilihan raya kecil Dun Permatang Pasir yang akan datang.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, pengundi di Parlimen Permatang Pauh termasuklah kawasan Dun Permatang Pasir ini sudah bijak dan dapat menilai serta membezakan apa yang telah berlaku dalam negara setakat ini. Mereka dapat menentukan siapa calon yang boleh bekerja untuk rakyat dan sebaliknya.

SiasahDaily/-

6 ulasan:

ali.alor setaq berkata...

saya sokong abang MAT SABU jadi calun di PERMATANG PASIR.Takbir Allahhuakbar.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum yb
apa komen yb mengenai exco Ronnie Liu yang marah pasal MBSA angkut beer dr 7/11?
mm..ambo harap yb boleh bg sikit2 pendapat hang mengenai ini, sebab dalam website RPK, ramai yg tgh komen dlm web tu, kebanyakkannya marah n x puas hati tindakan MBSA, seolah Islam ni boleh diperlekehkan oleh mereka..
sedih, kecewa n frust ambo bila org bukan Islam bercakap pasal Islam tapi sebenarnya mereka xtau pasal Islam.Ambo rasa di Malaysia ni jarang kita dgr orang Islam bercakap pasal agama lain, tapi terlalu ramai yg bukan Islam cakap pasal Islam..

Hj Mat berkata...

Bagi la yang belum tunjut taring mereka didalam dewan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang pun ok

Tanpa Nama berkata...

ok la tu.. bila yg non muslim cakap banyak hal-hal islam.. makna kata depa berminat gak nak dekati islam.. menjadi tanggungjawab muslim terangkan kpd non muslim apa itu islam.. yg cukup dirisaukan umcino hadari yg jelas cuba hindari dari cakap-cakap hal islam.. pakmid:)

Tanpa Nama berkata...

kena bagi calun yang boleh tumpu d kawasan Permatang Pasir .Ingat abang Mat tak berapa sesuai kerana dia milik satu malaysia

Putra IJ80 berkata...

"kecewa n frust ambo bila org bukan Islam bercakap pasal Islam tapi sebenarnya mereka xtau pasal Islam.Ambo rasa di Malaysia ni jarang kita dgr orang Islam bercakap pasal agama lain, tapi terlalu ramai yg bukan Islam cakap pasal Islam.".

Mengapa harus frust bila org bukan Islam bercakap pasal Islam.,

Ini bererti mereka cuba untuk menerangkan apa yg.mereka faham mengenai nya.

Dan tentu mereka ada asas atau setidak tidak nya mereka terpaksa tahu intipati apa yg.akan mereka katakan.

Mungkin bersalahan dari apa yg.kita faham .,

Maka kita sebagai orang Islam,berkewajipan menjelaskan perkara sebenarnya.

Mudah mudahan mreka faham dan doakan agar Allah bukakan mata hati mereka menerima ISlam.

Dgn maksud bila mereka kenal Islam,mereka jatoh cinta dgn nya.

Jgn jadi orang Melayu mengaku Islam,tapi sembahyang pon di tinggal sewenanag wenagnya.,kemudian marah jika asing(Kafir)menghina Islam,atas sifat kejahilannya.