04 Ogos 2009

PJ Perak lawat PAS Kawasan Batu Gajah.

BATU GAJAH : "Saya melihat PAS kawasan Batu Gajah sangat tinggi komitmen mereka terhadap perjuangan Islam yang sedang kita junjung bersama ini. Bermula dari dewan ulama’, dewan pemuda, dewan muslimat, unit amal dan seluruh kekuatan sayap jemaah yang ada dalam jemaah kita sedang bergerak pantas di Batu Gajah, ini adalah petanda besar bahawa PAS sedang memimpin perubahan, dalam memastikan seluruh umat manusia terus mendapat keadilan dan keharmornian dalam kehidupan mereka" Demikian antara kenyataan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussein kepada Cina Islam sebentar tadi.

Jumaat lepas(31 July) Pesuruhjaya PAS Perak bersama rombongan AJK Harian PAS Perak telah mengadakan lawatan kerja meninjau PAS Kawasan Batu Gajah.

Dalam ucapannya, Pesuruhjaya PAS Perak yang baru dilantik itu menekankan supaya kualiti tarbiyah perlu diperkasakan, usrah, mukhayyam, rehlah, tamrin perlu diadakan selalu agar ruh perjuangan Islam yang ada dalam diri kita sentiasa bersinar, usaha-usaha untuk memperkasakan jemaah dalam wadah pilihanraya juga perlu ditingkatkan semaksima mungkin dari segi pengurusan yang strategik. seterusnya proses pengilmuan rakyat juga perlu diteruskan, banyakkan majlis-majlis ilmu yang dianjurkan oleh kita, mudah-mudahan dengan ini rakyat akan lebih memahami Islam serta menyokong bahkan turut mendokong perjuangan.

Dalam kesempatan itu juga beliau mewakili Badan Perhubungan PAS Perak mengucapkan jutaan terima kasih kepada PAS kawasan Batu Gajah atas kerjasama yang diberikan semasa lawatan kerja kami ke sana.

5 ulasan:

PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT ADUN PASIR PANJANG berkata...

http://pusatkhidmatadunpasirpanjang.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

Patutnya lawat bruas dulu...baru ada makna....

Tanpa Nama berkata...

mungkin pj ada jadual yang disusun untuknya, kita kena faham kekangan masa diperingkat pimpinan dan kawasan, sebagai ahli kita kena bersama membantu pj baru kita, TAKBIR

Tanpa Nama berkata...

Bangga kerana menjadi kawasan pertama yg dilawati oleh AF Ust Abu Bakar semenjak menjadi PJ Pas Perak. Kesungguhan semua jemaah dan ahli Pas Kawasan Batu Gajah dlm gerak kerja dan perjuangan menjadi titik tolak transformasi yg cukup hebat dlm memantapkan lagi pergerakan dan perjuangan kita. Takbir..

Tanpa Nama berkata...

Kepada kawasan Bruas jangan kecik hati, semua jadual lawatan sudah diatur.tanya pada YDP anta.Jadual dah disiapkan oleh Dewan Harian Negeri.Lawatan PJ meliputi semua kawasan PerakSampai nak RAYA nanti.