04 Ogos 2009

Siapa yang sebenarnya lemah dan bersalah

Oleh : Zamri Keciks

Semasa merasmikan Mesyuarat Agung Umno bahagian Sg. Besar, Selangor (bahagian Khir Toyo) baru-baru ini, Naib Presiden Umno Zahid Umno telah seperti biasa melancarkan serangan ke atas kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor. Ternyata Umno termimpi-mimpi mahu menakluk kembali negeri ini setelah tiba-tiba terlepas kuasa dalam keadaan sedar tak sedar pada 8 Mac 2008 lalu. Mereka masih merawat diri dari mimpi ngeri yang samapi kini terus menghantui hidup mereka.

Banyaklah perkara yang menjadi sasaran Zahid tetapi antara yang saya masih ingat bahawa kerajaan baru ini tidak pandai mentadbir, contohnya isu perlantikkan ahli-ahli majli pun tidak selesai dan keduanya asyik sibuk mahu merampas dewan-dewan masyarakat.

Memandangkan Zahid sudah menjual maka perlulah kita membeli.

Rakyat melihat perbezaan besdar antara perlantikkan ahli-ahli majlis di zaman BN dan kini. Berikuit saya turunkan apa yang berlaku di zaman BN dan apa yang berlaku kini:

Dizaman BN ADUN-ADUN turut dilantik sebagai ahli-ahli majlis sehingga berlaku pertindihan kuasa dan percanggahan kepentingan. PBT sepatutnya merupakan kerajaan ketiga selepas kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan akan tetapi apabila ADUN dilantik bermakna sudah tiada lagi “check and balance” dan kecenderungan untuk berlaku penyalahgunaan kuasa itu besar. Kini ADUN tidak lagi dilantik sekaligus membebaskan PBT dari “dipergunakan” oleh mereka untuk kepentingan kedudukan masing-masing. Kini yang wujud adalah kerjasama harmonis yang menguntungkan semua pihak.

Dizaman BN ahli-ahli majlis dilantik bagi tempuh penggal 3 tahun dan biasanya tempuh ini dilanjutkan sesuka hati pihak berkuasa politik. Tiada tapisan tiada kajian prestasi. Rakyat terbelenggu dengan ahli-ahli majlis pilihan tanpa ada hak bersuara. Kini ahli-ahli majlis dilantik bagi penggal setahun ke setahun. Pihak PBT, ADUN dan kerajaan engeri terlibat dalam emantau prestasi mereka dan mana-mana yang tidak aktif akan digugurkan.

Dizaman BN lantikkan ahli-ahli majlis adalah berdasarkan kuota politik semata-mata, kini kerajaan negeri mewujudkan kuota NGO sehingga memberi laluan kepada masyarakat sivil memain peranan menurut kepentingan dan minat masing-masing.

Berlaku kelewatan sini-sana dalam perlantikklan ahli-ahli majlis ini bukan kerana Pakatan Rakyat tidak tahu mentadbir tetapi kerana prihatin dan serius dalam perananan PBT bukan seperti dizaman BN dahulu!

Kemudian isu dewan-dewan masyarakat. Maklumlah Umno/BN tidak pernah hilang kuasa di Selangor. Dewan-dewan masyarakat sebelum ini bagaikan milik mereka. Lalu apabila hilang kuasa, mereka menyangka dewan-dewan ini menjadi harta pusaka mereka sedangkan hakikatnya ia adalah hak kerajaan negeri, hak rakyat. Zahid patut memberi nasihat kepada orang-orang Umno/BN terimalah hakikat bahawa mereka di Selangor kini sebagai pembangkang bukan lagi kerajaan.

Hormatilah pilihan rakyat, kalau dewan-dewan ini kepunyaan kerajaan negeri walaupun bertatahkan simbol dan lambang Umno atau mana-mana komponan BN, serahkanlah kembali kepada kerajaan yang berkuasa, kan mudah. Akibat kedegilan dan keras kepala beberapa kerat anasir Umno, MCA dan lain-lain kini program-program rakyat yang mahu dianjurkan oleh kerajaan negeri tergendala.

Belilah bangunan sendiri, PAS dahulu begitulah semasa pembangkang.

Insyallah PR kekal berkuasa di Selangor.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

amno perosak bangsa.melemahkan bangsa sendiri dengan memberi manja tak bertempat pada ahli2nya.last2 ahli amno tak boleh berdikari jiwa dan fikiran mereka lemah yg mereka tahu nak buat kianat, sabotaj,terhadap kerajaan pr yg telus dan menjiwai rakyat...perjuangan mereka hanya kebendaan dan wang ringgit..agama hanya perkara sampingan,bila perlu ambil kalau tidak ketepi sekejap...orang cina lebih percaya pada pas dan keadilan dari amno..pru 13 amno bungkus..ya Allah kau laknat dan musnahkan kerajaan zalim dan rasuah...adun bn trenganu kena tangkap rasuan,,amno busuk macam bangkai ..pergi jahanam dengan amno

Putra IJ80 berkata...

pergi jahanam dengan amno.........

Yg.pelik nya mreka masih merasakan diri mereka mempunyai kelebihan kekebalan,

Dalam keadaan tidak ada kuasa.,masih mau melaksanakan agenda mereka,mencuri merompak menzalimi rakyat .

Harta rakyat,tanah rakyat,kebebasan rakyat saolah olah milik Mak Bapak mereka tanpa batas.

Ini lah kesan tarbiyah Islam Hadari yang menjadi darah daging dulu kini dan selama lamanya.