04 Ogos 2009

Himpunan "1 Hitam Perak", lebih 2500 orang pemuda berkumpul di Bagan Serai


BAGAN SERAI, 2 Ogos :-Himpunan 1 Hitam perak yang dianjurkan oleh Dewan pemuda PAS Perak berjaya mengumpul lebih 2500 orang peserta dikalangan pemuda dan penyokong Pakatan Rakyat. Program tersebut diadakan di Markaz PAS Bagan Serai Mesjid Tinggi disini.Program yang mendapat sedikit gangguan dari pasukan keselamatan itu berakhir dengan lancar dan aman.

Matlamat program tersebut ialah suatu persediaan kearah penyusunan jentera pilihan raya pemuda adalah untuk memantapkan organisasi pemuda seluruh negeri. Tema himpunan adalah baju hitam oleh semua hadirin yang hadir. Sasaran utama peserta adalah pemuda PAS seluruh negeri yang cintakan demokrasi dan yang ingin menegakkan keadilan untuk rakyat seluruhnya.

Pimpinan yang hadir dikalangan PAS, PKR dan DAP iaitu Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Haji Abu Bakar Hussein,YAB Menteri Besar Rakyat Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Isteri , Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Haji Idris Ahmad, Ketua Pemuda PAS Pusat, Ust. nasharuddin Tantawi, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Sdr. Samsul Iskandar, ADUN Pakatan Rakyat, Drs. Khalil idham Lim (Titi Serong),Hj.Ramli Tusin(Gunung Semanggol), Hj. Hussin Din (Selingsing), Ab. Yunus Jamahri (Kuala Kurau), Sum Chiok Ling (Bercam), Ahli Parlimen Bagan Serai, Hj. Mohsin Fadli, dan pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

Program yang berakhir pada tepat waktu zohor itu menampilkan pemidato seperti berikut :

1. Ketua pemuda PAS Perak
2. Pengarah Jentera Piliharaya PAS Perak, Hj. Asmuni Awi
3. Pesuruhjaya PAS Perak, Ust.Abu Bakar Hussain
4. Pengerusi pakatan Rakyat Perak,DS. Mohammad Nizar jamaluddin
5. Ketua AMNK, Shamsul Iskandar
6. Ketua penerangan PAS Pusat, Ust. Idris Hj.Ahmad
7. Ketua Pemuda PAS Pusat, Ust. Nasharuddin Tantawi

Pada sebelah malamnya akan diadakan ceramah di empat zon yang telah ditetapkan iaitu Larut, Sungai Siput (U), Lumut dan Tanjung Malim. Penceramah-penceramahnya terdiri daripada pimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat dan juga negeri.








































3 ulasan:

Syawal Ipoh berkata...

Gerak Gempur UMNO pun baju hitam gak..hehehe

Tanpa Nama berkata...

bersama2 kita runtuhkan kekuasan rejim bn...

Tanpa Nama berkata...

beza dgn baju hitam umcino; umno foc, PR kena bayar takde free, hitam umcino cetak beribu, ye le nak cover kos rakan kroni dia, tapi yg diedar ciput jer, sebab takde yg nak pakai pun.. pemuda sekarang tak lagi kelapaq kat umcino.. walhal baju hitam PR cetak habis cetak habiss... pakmid:)