01 Mac 2011

Khalil : Bangkit tolak sebarang bentuk kezaliman

26 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
Oleh : Hafizi Pauzi

KERDAU, 1 Mac :- Ketua Penerangan Pas Perak, YB Drs. Khalil Idham Lim berkata rakyat Malaysia di Dun Merlimau dan Kerdau disarankan supaya sama-sama menyingkir sebarang bentuk kezaliman seiring dengan momentum dunia yang sedang menuju ke arah sifar pemerintah tidak adil.

Tambahnya, kezaliman terhadap rakyat yang berlaku di serata dunia adalah hampir sama coraknya, jika di timur tengah, dua rejim telah dapat digulingkan, ciri rejim tersebut hampir sama dengan regim BN di Malaysia .

Menurutnya yang juga Adun Titi Serong, jika di timur tengah rakyat di sana menolak kerajaan yang disifat kuku besi kerana pemerintah menggunakan seluruh proksi kerajaan untuk kepentingan sesetengah individu parti pemerintah untuk mengekalkan kuasa.

"Demikanlah apa yang berlaku di Malaysia bila UMNO dan BM mempergunakan semaksima mungkin segala agensi dan jabatan bagi memastikan kuasanya terus kekal" Katanya.

“Identiti pemerintah yang zalim ini mudah dikenal pasti, contohnya harga minyak, di Malaysia terlalu mahal sedangkan kita adalah negara pengeluar minyak,” jelasnya.

Dalam pada itu Khalil menjelaskan kereta nasional yang dibeli di pasaran Malaysia adalah antara tertinggi direkodkan, begitu juga harga kereta import, vios misalnya, di Negara jiran kita boleh dapatkannya dengan harga RM50 ribu sahaja, sedangkan di Malaysia perlu dibeli dengan harga RM90 ribu dan lebih.

“Banyak lagi kezaliman terhadap rakyat, misalnya demokrasi yang palsu tetapi dilaungkan ianya dilaksana dengan penuh adil dan saksama, walhal banyak hak demokrasi itu sendiri telah di cabul dengan sesuka hari umno bn,” katanya.

Khalil yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat menyatakan di RTM, TV3 dan radio yang menafikan hak negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat sehingga sekarang dengan mereka tidak diberi peluang walaupun hanya sekadar untuk mengucapkan selamat hari raya,”

“Rakyat secara umumnya tidak sedar mereka sedang dizalimi, maka usaha untuk menyedarkan hal ini perlu digiatkan lagi bagi memastikan isu ini sampai ke pengetahuan setiap lapis masyarakat, dengan itu agenda menjatuhkan BN dalam PRK Kerdau dan merlimau serta PRU ke 13 pasti akan berhasil ,” katanya ketika mengakhiri sesi temu bual.

Saman ekor: Ketahui hak anda

26 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
Zulhazmi Shariff

Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.

Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan

Hak terhadap harta.

(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.

Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.

Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.

Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.

Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987atau dikenalai dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.

Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda... TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.

Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?

1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.

Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?

2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI

3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?

Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:

a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.

b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.

c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.

Zulhazmi Shariff ialah Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

BN Terus Ciplak Buku Jingga Pakatan Untuk Pilihan Raya Kecil

26 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

PETALING JAYA 1 MAC : Pengumuman terbaru pimpinan Barisan Nasional (BN) tentang insentif tawaran baru untuk guru dan pembayaran CESS untuk peneroka FELDA menunjukkan BN terus menciplak dasar-dasar daripada Buku Jingga Pakatan Rakyat, kata Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.

"Januari lalu ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka menyifatkan bahawa Buku Jingga Pakatan adalah populis dan tidak bertanggungjawab, kami dimaklumkan bahawa beliau mengarahkan Unit Perancang Ekonomi untuk meneliti secara halus cadangan Buku Jingga sama ada boleh dilaksanakan atau tidak.

Justeru kita melihat bagaimana BN melaksanakan satu demi satu dasar-dasar yang menyerupai cadangan Buku Jingga. Ini termasuklah pembekuan dan penurunan kadar tol, insentif untuk guru besar-guru besar dan dasar perumahan negara," katanya.

Menurut Nik Nazmi tawaran baru untuk guru yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Merlimau termasuk insentif untuk guru besar-guru besar dan juga insentif untuk guru-guru berjumlah RM18.4 juta.

Di dalam Buku Jingga, Pakatan Rakyat telah mengumumkan elaun khas RM500 sebulan untuk semua guru-guru menjelang 100 hari pentadbiran Kerajaan Persekutuan Pakatan bagi menghargai peranan guru dan memulakan proses penstrukturan sistem pendidikan negara.

"Di Kerdau pula Najib mengumumkan bayaran CESS yang selama ini disekat daripada dituntut oleh peneroka FELDA boleh dituntut menerusi tiga pilihan. Bayaran CESS adalah wang yang ditolak daripada penjualan getah untuk proses penanaman semula.

Bayaran ini telah disekat apabila peneroka bertukar ke kelapa sawit pada 2004. Bayaran sebanyak RM5,000 dibuat pada Pilihan Raya Umum 2008 tetapi FELDA masih lagi berhutang sebanyak RM13,000 termasuk faedah kepada setiap peneroka terbabit," katanya.

Tambah Nik Nazmi Pakatan Rakyat mengumumkan bahawa FELDA Plantations akan dibubarkan dalam 100 hari pertama dan estet-estetnya akan dibahagikan kepada peneroka generasi kedua dan pertama FELDA.

Malang sekali ketika Najib menciplak Buku Jingga Pakatan secara senyap-senyap, beliau tidak berani untuk menerima cabaran Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membahaskan dakwaannya bahawa dasar-dasar Buku Jingga adalah populis dan tidak bertanggungjawab.

"Kami yakin perbahasan tersebut sekiranya diadakan di Kuala Lumpur, Kerdau ataupun Merlimau merupakan peluang terbaik untuk rakyat Malaysia menilai sendiri Buku Jingga." ujarnya.

Tv Selangor/-

Ulasan Cina Islam:

UMNO/BN terus melakonkan sesuatu yang boleh menarik sokongan rakyat kepada mereka dengan cara sekalipun. Setiap kali musim PRK dan PRU mereka terus menerus menabur mee segera dan janji manis demi kemenangan calon mereka.

Namun saya kira rakyat sudah faham dengan lakonan ini dan BN dan UMNO akan tetap disungkurkan dalam piliharaya Kerdau dan Merlimau serta PRU ke 13 nanti

Umno terdesak, ganggu ceramah PAS

26 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

TEMERLOH, 1 Mac: Umno disifatkan makin terdesak dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau apabila bertindak mengganggu ceramah PAS setelah ceramah dianjurkan parti itu tidak mendapat sambutan.

Ketua Pemuda PAS Pahang, Suhaimi Saad, berkata sudah dua malam berturut-turut ceramah anjuran PAS di Jengka 23 telah diganggu oleh pihak parti tersebut.

“Malam kelmarin semasa ceramah Mohammad Sabu, markas Umno yang berada tidak berapa jauh dari kawasan PAS telah memasang lagu dan berkaraoke sekuat-kuatnya sehingga mengganggu kira-kira seribu pendengar yang hadir.

“Malam tadi ceramah Bob Lokman yang dihadiri kira-kira seribu orang pula diganggu oleh tidak kurang 10 orang pemuda yang bermotosikal dengan membuat bising di kawasan ceramah yang mendapat permit polis.

“Saya difahamkan di markas mereka juga ada satu ceramah oleh pemimpin Umno, tapi oleh kerana kurang mendapat sambutan berbanding program PAS, mereka arahkan anak muda datang mengganggu,” ujarnya.

Menurut Suhaimi, selepas beberapa pemuda PAS menghampiri penunggang motosikal berkenaan, mereka pun lari dan kemudian datang lagi mengganggu.

DUN Kerdau mempunyai 13 pusat mengundi termasuk tiga kawasan Felda. Pemuda PAS Pahang menjadikan Jengka 23 sebagai pusat operasinya.

Tambah Suhaimi, selama ini tema kempen oleh calon PAS ialah berkasih sayang dan menolak provokasi, tetapi diambil kesempatan oleh Umno untuk menimbulkan provokasi dan suasana yang tidak selesa kepada penyokong PAS.

“Kita masih punya beberapa hari lagi untuk berkempen dan saya harap pihak berkuasa tidak berdiam diri kerana kita tidak mahu berlaku suasana yang tidak harmoni atau kekecohan dalam kempen pilihan raya ini,” katanya kepada Harakahdaily.

Harakahdaily/-
Oleh : Khairil Abdul Rahim.

‘Suasana macam zon perang’

26 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

Jurutera Malaysia trauma lihat polis Libya belasah penunjuk perasaan

SEPANG: “Saya tidak dapat melupakan peristiwa ngeri melihat penunjuk perasaan dan warga asing dipukul polis dan tentera Libya sehingga ada yang cedera parah di kepala dan pengsan ketika beratur memasuki terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Tripoli," kata jurutera sebuah syarikat pembinaan Malaysia yang berpangkalan di Libya, Shahrizal Zulkifli, 33.

Beliau yang menceritakan detik cemas itu berkata kejadian itu pada Jumaat lalu ketika beliau bersama 130 rakyat Malaysia serta rakyat negara lain beratur untuk memasuki terminal kerana mahu keluar dari negara bergolak itu berikutan rusuhan semakin memuncak.

“Lapangan Terbang Antarabangsa Tripoli menjadi seperti zon perang apabila polis dan tentera Libya mula memukul penunjuk perasaan dan warga asing yang tidak mempunyai tiket penerbangan tetapi mahu meninggalkan negara berkenaan sehingga ada di kalangan mereka berdarah di kepala, pengsan dan terpaksa dibawa ke hospital dengan ambulans,” katanya ketika ditemui sejurus tiba dengan pesawat sewa khas Penerbangan Malaysia (MAS) MH0015, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, jam 6.22 pagi semalam.

Shahrizal berkata, walaupun beliau bekerja di kawasan jauh dari lokasi rusuhan dan bandar, dia dapat dengar dengan jelas bunyi tembakan senapang dan letupan ketika rusuhan memuncak di ibu negara Libya.

Kakitangan Ranhill Berhad, P Maveen, 36, berkata walaupun menetap di luar ibu kota Libya, beliau dapat lihat banyak bangunan runtuh dan kelongsong peluru bertaburan di atas jalan ketika mereka mahu meninggalkan Tripoli Jumaat lalu.

“Saya nampak bangunan ditembak bertalu-talu dan kelongsong peluru bertaburan serta penunjuk perasaan dipukul ketika keluar ke bandar. Ia adalah satu pengalaman yang menakutkan kerana sebelum ini saya hanya mengetahui keadaan rusuhan melalui radio atau televisyen.

“Saya berada di Libya hampir empat tahun kerana bekerja dan berharap keamanan dapat dicapai kerana Libya adalah negara sangat baik untuk bekerja dan melancong. Sebaik saja pesawat tiba di KLIA, hati saya kian tenteram kerana tiada lagi bunyi tembakan,” katanya.

Penuntut Universiti Dakwah Islamiah Libya, Julisah Jamahat, 26, dari Sabah, berkata pihak universiti juga menasihati pelajar supaya memastikan bekalan makanan mencukupi kerana bimbang peniaga menaikkan harga ketika rusuhan berlaku.

“Saya tidak sempat membeli bekalan makanan di kolej kerana penuntut lain sudah berebut-rebut membeli barang keperluan,” katanya.

Sinar Harian/-
Oleh Haika Khazi

Pas yakin kebangkitan teknologi

26 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

PARIT BUNTAR - Pergolakan yang berlaku di Tunisia, Mesir, Libya dan beberapa negara Timur Tengah telah membuka mata dunia mengenai peranan suara rakyat, tidak terkecuali Malaysia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim berkata, bersandaran kekuatan suara itu, Barisan Nasional (BN) tidak perlu gentar sekiranya Pas sering menyampaikan informasi kepada rakyat Malaysia berhubung protes rakyat di timur tengah.

Menurutnya, Pas hanya menyampaikan berita berkaitan situasi terkini rakyat di Mesir, yang dianggap sekadar bersifat percambahan maklumat dan berita dunia.

“Pas hanya menggambarkan betapa pemimpin di Mesir ditolak rakyat kerana telah berlaku ketidakadilan.

“Berdasarkan pergolakan itu, kita ada juga menyatakan ciri pemerintah yang patut ditolak rakyat, hal ini perlu diketahui umum dan ia sama sekali tidak mempunyai maksud lain,” katanya kepada Sinar Harian.

Khalil Idham yang juga Ketua Penerangan Pas Perak berkata, BN sepatutnya lebih terbuka dengan penyataan yang dikeluarkan Pas mengenai pergolakan itu.

Menurutnya, tidak mustahil, pilihan raya yang bakal tiba akan mencipta gelombang baru kebangkitan rakyat era teknologi moden.

“Pilihan raya adalah medan terbaik membuktikan kuasa dan suara rakyat, saya yakin dunia teknologi moden kini mampu membuat perubahan untuk memilih pemimpin yang benar-benar mampu memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat,” katanya.

Sebagai Ketua Penerangan Pas Perak, Khalil turut membidas kenyataan bahawa Malaysia, sebuah negara selamat dan paling kurang jenayah.

Menurutnya, berdasarkan fakta yang diterima, Malaysia merupakan sebuah negara yang berdepan dengan ancaman nilai keamanan dan keselamatan.

“Kita masih belum lupa kes pembunuhan jutawan kosmetik serta beberapa kes berprofil tinggi yang lain, masyarakat kini mahukan maklumat yang tepat,” katanya.

Kenapa Zambry takut isytihar harta

26 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

IPOH, 1 Mac: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) kesal komen yang telah diberikan oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di atas saranan mengisytiharkan harta semua Exco Kerajaan Negeri Perak.

Naib ketuanya, Salman Saleh berkata, ini sepertimana langkah Kerajaan Negeri Selangor bagi memberikan peluang kepada seluruh rakyat untuk menilai sendiri kedudukan sebenar harta setiap Exco Kerajaan Negeri tersebut.

Sepatutnya, kata beliau Zambry sebagai orang nombor satu menunjukkan contoh yang baik dikalangan semua Exco Kerajaan Negeri serta sebagai bukti bersihnya setiap Exco sedia ada.

“Siapakah yang mentadbir kerajaan negeri sekarang?

“Kenapa cuba memburukkan orang lain sedangkan perkara tersebut adalah untuk menunjukkan ketelusan kerajaan negeri,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini.

Katanya, DPPN Pk kesal sikap berdalih Zambry di dalam perkara itu.

Justeru, DPPN Pk mendesak agar Zambry dan semua exco mengisytiharkan harta mereka dengan segera.

Menurutnya, berdasarkan maklumat terkini dikatakan seorang Exco Kerajaan Negeri sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sepatutnya Zambry berusaha membersihkan imej mereka dengan mengisytiharkan harta.

“Tetapi Datuk Seri Zambry bersikap angkuh dan tidak mengambil ikhtibar langsung,” ujarnya lagi.

DPPN Pk, tegasnya memberikan tempoh seminggu kepada Zambry untuk mengisytiharkan harta beliau dan seluruh Exco Kerajaan Negeri.

Tambahnya, jika Zambry dan Exco Kerajaan Negeri gagal mengemukakan atau mengisytihar harta untuk dinilai oleh rakyat, maka memang benarlah persepsi yang berlegar di kalangan rakyat ketika ini bahawa kepimpinan Barisan Nasional (BN) adalah di kalangan mereka yang tidak bersih.

Harakahdaily/-

Chegubard : Rosmah Lebih Teruk Dari Leila, Suzanne

26 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 1 MAC : Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, yakin bahawa terdapat persamaan yang jelas di atara Malaysia dengan negara Timur Tengah, Tunisia dan Mesir.

Menurut beliau, karektor isteri perdana menteri Malaysia, Rosmah Mansor yang mahu berperanan dalam tampuk pemerintahan, tidak ada bezanya dengan isteri Ben Ali dan Hosni Mubarak.

" Mereka ada Leila, kita ada Rosmah yang saling tak tumpah, sama dari segi pembaziran dan kesombongannya. Mereka juga menghina ulama di Tunisia, Ben Ali menyebut dengan jelas, dalam bulan puasa, siapa yang berpuasa akan mengganggu produktiviti negara.

" Sama juga di Malaysia, perdana menteri pernah menyebut untuk memotong peruntukan sekolah agama rakyat kerana kononnya tidak melahirkan anak Malaysia yang berdaya saing dari segi sains dan teknologi. Kononnya belajar agama ini ketinggalan zaman,"kata Chegurbard kepada Tv Selangor.

Malah menurut Chegubard, jika dibandingkan dengan Leila Trabelsi dengan Rosmah, isteri perdana menteri Malaysia itu katanya jauh lebih teruk.

"Kalau nak dibezakan Rosmah dan Leila, Rosmah jauh lebih teruk daripada Leila.

"Saya rasa (Rosmah) lebih daripada itu, sebab Leila tak ada pejabat di dalam pejabat presiden. Tetapi Rosmah Mansor ada pejabat di Jabatan Perdana Menteri dan ada bajet khusus kepada beliau untuk dibazirkan bagi memenuhi kehendak dia. Pergi ke luar negara, membazir dan duduk di sebuah hotel satu malam RM100 ribu, dia tak boleh jawab. Balik baik guna nama tuhan, biar Allah tentukan. Ini salah guna agama,"katanya.

Chegubard menambah, melalui Solidariti Anak Muda Malaysia atau SAMM, beliau akan terus menyuntik kesedaran rakyat Malaysia terhadap perkara ini.

"Rakyat wajib membuka mata tentang perkara ini. Ini kerana Rosmah sudah melampau sehingga boleh wakil negara bincang bagi pihak negara, Rosmah terlibat dalam pembelian senjata, Rosmah segala-galanya. Ini bukan setakat merisikokan ekonomi negara tetapi keselamatan dan keadaan hubungan dua hala Malaysia dan negara luar.

"Kita dari dulu pernah ada, Tun Rahah, Tun Siti Hasmah, mereka juga isteri PM, berada di sisi PM, tetapi rakyat, pembangkang tidak menyerang mereka kerana mereka menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. Tetapi Rosmah sudah melampau sangat dengan membazirkan wang negara dan meletakkan negara dalam keadaan risiko,"tambahnya lagi.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia mempunyai persamaan dengan negara Tunisia mahupun Mesir sehingga menyumbang kepada kebangkitan rakyat di negara itu.

Persamaan yang dimaksudkan beliau ialah pentadbiran negara yang dikuasai oleh isteri-isteri pemerintah.

Keadaan yang sama kata Anwar turut berlaku di Mesir apabila isteri Hosni Mubarak, Suzanne juga turut mempunyai tabiat seperti Leila.

Suzanne katanya hanyalah seorang juru solek, namun apabila dia berkahwin dengan Hosni Mubarak, dia mengumpul harta dan kekayaan untuk anak-anak dan keluarganya.

Kekayaan yang dimiliki adalah hasil 'rompakan' wang rakyat.

Selepas kedua-dua pemerintah negara tersebut digulingkan, mereka kemudiannya bersama isteri dan anak-anak membawa keluar wang puluhan bilion US Dolar hasil
'rompakan' mereka.

Lantaran tidak tahan dengan pemerintahan diktator kedua-dua pemimpin yang sewenangnya memenuhkan kantung sendiri, akhirnya rakyat bangkit menentang pemimpin zalim itu.

Tv Selangor/-

Sultan saran segerakan jalan Kota Bharu-Kuala Krai

26 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU, 1 Mac: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, menyarankan kerajaan Pusat melaksanakan segera projek jalan baru yang menghubungkan Kota Bharu ke Kuala Krai.

Titah baginda, projek yang disenaraikan dalam RMK-10 termasuk jalan pesisir pantai yang disenaraikan itu demi keselesaan rakyat di negeri ini.

Baginda bertitah demikian sempena majlis pembukaan rasmi penggal keempat Dun Kelantan ke-12 tahun 2011, di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Pada masa yang sama baginda turut menyarankan jaringan lebuh raya yang cekap menghubungi negeri ini ke negeri lain perlu juga mendapat perhatian dari kerajaan Pusat.

Menurut baginda, Kelantan berpotensi untuk maju seiring dengan negara jiran dari segi kos modal serta sara hidup negeri ini yang masih rendah berbanding negeri lain di Negara ini.

“Kelantan juga mempunyai keluasan tanah yang boleh menampung keperluan sector perindustrian.

“Pada tahun 2012, Kelantan telah menerima pelaburan sebanyak RM2.54 billion iaitu lebih kurang 97 peratus pelabur swasta tempatan dan selebihnya pelaburan asing,” titah baginda lagi.

Menurut Sultan Muhammad lagi, kurangnya kemasukan pelaburan asing ke negeri ini juga disebabkan faktor logistik dan kekurangan system perhubungan khususnya lebuh raya yang cekap berbanding negeri-negeri lain.

Kerana itu, tambah baginda tumpuan pelaburan masih berlaku di Semenanjung Malaysia di bahagian pantai barat.

“Untuk itu beta menuyarankan perlu adanya jaringan lebuhraya yang cekap menghubungi negeri ini ke negeri-negeri lain,” ujarnya.

Pada masa yang sama Sultan Muhammad turut memberitahu baginda mendapat maklum reka bentuk terperinci dan pengambilan balik tanah bagi negeri Kelantan untuk projek ‘cenral spine road’ iaitu pembinaan jalan baru dan menaiktaraf jalan persekutuan laluan lapan dan sembilan bermula Kuala Krai, Kelantan ke Simpang Pelangi, Pahang akan dilaksanakan di bawah RMK-10.

“Kesemua projek yang dirancang amat perlu demi kepentingan rakyat serta kemajuan di negeri ini,” titah baginda.

Pada masa yang sama baginda turut melahirkan rasa gembira di atas usaha kerajaan negeri dalam membangun infrastruktur.

Tegas baginda, pada tahun 2012 sebanyak RM10juta telah diperuntukkan di bawah program kesejahteraan rakyat melalui JKR untuk pembangunan jalan dan jambatan baru.

Pada masa yang sama baginda turut mendedahkan beberapa projek yang akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri pada tahun ini antaranya pembinaan jalan raya bertingkat di Pasir Mas, projek jambatan merentasi Sungai Sat, Machang, projek menggantikan jambatan kayu di Pengkalan China, Bachok dan projek membina jambatan Kampung Tok Din, Pasir Putih bagi menggantikan jambatan lama.

Terdahulu Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasharuddin Daud, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya Datuk Ahmad Yaacob menyambut keberangkatan baginda untuk majlis perasmian pembukaan Dun.

Hadir sama, anggota-anggota exco kerajaan negeri Adun, anggota parlimen, pegawai kanan kerajaan negeri dan Persekutuan turut hadir pada majlis itu.

Salmah Mat Husain
Harakahdaily/-

Umno BN diminta hentikan politik samseng

26 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

JASIN, 1 Mac: PAS sekali lagi mengingatkan Umno BN agar menghentikan sebarang provokasi dan berkempen secara sihat di Merlimau.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad mengingatkan demikian ekoran penemuan beberapa kain rentang berunsur fitnah terhadap PAS di sekitar kawasan ini awal pagi tadi.

Kain rentang fitnah itu bertulis "PAS Melaka menyokong penuh fahaman pluralisme agama Datuk Seri Anwar Ibrahim" dengan gambar Anwar dan "Undi PAS masuk syurga" dengan gambar Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.

"Petugas kita jumpa banner ni pagi tadi berhampiran lampu isyarat Merlimau pasir dan depan Politeknik kononnya kita yang buat.

"Kita harapkan mereka hentikan kerja ini dan bertanding secara sihat. Kita bagi peringatan, bertanding dalam bentuk yang sihat," kata beliau pada sidang media di markas induk PAS, dekat sini hari ini.

Selain itu, Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka, Adly Zahari juga mengingatkan perkara yang sama berikutan tindakan cuba membakar pentas ceramah DAP dan cermin kereta yang diletakkan di hadapan bilik gerakan DAP dekat sini dipecahkan awal pagi tadi, dipercayai dilakuakn oleh Umno BN.

"Kita minta Umno BN hentikan politik samseng. Sebelum ini ada cubaan bakar pentas DAP, awal pagi tadi cermin kereta yang diletakkan di hadapan bilik gerakan DAP dipecahkan.

"Kita minta perbuatan ini dihentikan sebelum PAS sendiri mengambil tindakan kepada mereka yang buat perkara ini. Kita minta pihak polis tegas, SPR tegas, dan BN jangan buat provokasi," katanya.

Tambahnya, provokasi sedemikian hanyalah cubaan menakut-nakutkan pengundi agar tidak memilih Pakatan Rakyat.

"Politik samseng ini sudah mula digerakkan Umno untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-oleh akan berlaku perkara buruk. Kita tak mahu dalam sistem demokrasi rakyat ditakutkan begini," katanya.

Awal pagi tadi, petugas di bilik gerakan DAP dekat sini menyedari kereta penduduk setempat yang diletakkan di hadapan bilik gerakan dipecahkan cerminnya (kanan).

Sehubungan itu, ketua publisiti DAP yang juga Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong menasihatkan pemilik kenderaan berkenaan membuat laporan polis.

Khoo yang ditemui selepas itu menyatakan rasa kesal dengan tindakan jahat yang menakutkan pengundi itu.

"Kita amat kesal dengan perbuatan ini. Jika Umno BN benar-benar yakin mereka boleh menang besar di sini, kenapa guna taktik kotor? Bertandinglah dengan baik," katanya.

Hazayani Zakaria
Harakahdaily/-

Yuhaizad: Buktikan kuarters sekolah milik Umno

26 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

Calon PAS bagi DUN Merlimau, Yuhaizad Abdullah mencabar Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya membuktikan bahawa kuarters sekolah yang didiaminya bersama isterinya yang merupakan seorang guru, adalah milik Umno.
Yuhaizad membuat cabaran tersebut sebagai menjawab kenyataan Muhyiddin yang menyifatkan calon PAS itu sebagai tidak mengenang budi kerana tinggal di kuarters sekolah bersama isterinya itu, tetapi bertanding sebagai calon PAs.

"Saya mencabar Umno dan beliau (Muhyiddin) untuk buktikan kompleks (kuarters itu) dibina oleh Umno," katanya dalam satu sidang akhbar bersama di pusat operasi pilihan raya DAP, dekat pekan Merlimau.

Katanya, jika Umno dan Muhyiddin dapat membuktikan sedemikian, beliau akan berpindah malam ini.

Jika tidak, kata Yuhaizad berkata, beliau akan terus tinggal di situ bersama isterinya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas kenyataan Muhyiddin bahawa kerajaan akan mengambil tindakan terhadap keluarganya.

Semalam, Muhyiddin menyuarakan rasa kecewanya terhadap Yuhaizad dan keluarganya yang tinggal di kuarters sekolah tetapi bertanding sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil Merlimau.

Malaysiakini/-

Gempa Christchurch : Angka Korban Meningkat 240 orang

26 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

NEW ZEALAND 1 MAC : Perdana Menteri New Zealand, John Jey mengumumkan pakej bantuan kewangan pertama kepada mangsa gempa bumi Christchurch yang melibatkan subsidi berjumlah RM275 juta bagi membayar gaji hampir 50 ribu penduduk yang hilang pekerjaan kesan kerosakan gempa bumi.

Sementara angka kematian dijangkakan boleh mencecah hingga 240 orang.

Key membuat pengumuman itu selepas mesyuarat kabinet.

Antara langkah jangka panjang itu termasuk mengenakan cukai tambahan dibawah skim insurans wajib bencana.

Kerajaan menganggarkan gempa yang melanda Christchurch sebanyak dua kali dalam masa enam bulan mengakibatkan kerugian hampir RM46 juta.

Sebelum ini, pakar menganggarkan satu pertiga daripada Christchurch terpaksa dirobohkan dan dibina semula.

Bekas perdana menteri, Heland Clarck pula menyamakan kesan bencana ini dengan gempa bumi Haiti yang berlaku Januari 2009 lalu.

Angka kematian rasmi setakat ini disahkan 240 orang.

Tv Selangor/-

Aura Bob Lokman di Kerdau berikan tekanan kepada UMNO dan BN

26 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
Program bersama Bob Lokman dan calon PAS DUN Kerdau petang kelmarin sehingga malam.


Setelah berkempen membantu calun Pas di Merlimau, kini kelibat artis bernama Bob Lokman kelihatan dikerumuni warga Kerdau. Bob membantu calun Pas di Kerdau pula dengan berjumpa para pengundi dan berceramah kepada yang hadir.

Kemana jua pun Bob pergi, pasti disambut mesra orang ramai. Sehinggakan Cina Dap juga telah mula mengenali selebriti terbaru yang bersama Pas ini

Habis hati warga Kerdau dapat bergambar bersama Bob Lokman. Nak bergambar dengan YB Umno? Jenuh kena ikut 'protokol'. Banyak 'orang kanan' dan 'orang kiri' yang perlu diminta izin dan perkenan.

Bob Lokman menyampaikan ucapan bersahajanya dihadapan warga Kerdau yang berkumpul
"Pas adalah sebuah parti yang membawa wadah Islam...", kata Bob dihadapan khalayak ramai.

Ramai yang mendengar ucapan Bob Lokman

Calon Pas di N.28 Kerdau juga turut serta

Kelihatan photographer Minaq-jinggo sedang mengambil shot bakal YB Kerdau

Hassanuddin Salim, calon Pas di N.28 Kerdau sedang memberikan ucapannya

Aje bebeno

Bob Lokman sedang ditemuramah wartawan

Petugas Pas Dun Kerdau membawa Bob Lokman kelokasi-lokasi yang telah ditetapkan

Nassaruddin Salim berpelukan dengan Salahuddin Ayub

Membeli jualan sambil berkempen

Menghargai sambil beramah mesra bersama pengundi

Mencuba rasai kehidupan sebagai peniaga burger

Petugas bilik gerakan sedang menyusun jadual calun

Berehat sambil minum sebentar dibilik gerakan sebelum menyambung pergerakan berkempen keserata Kerdau

Banner yang menyesakkan nafas MIC dan sekutunya

Foto-foto ehsan: Imran Ahmad Baihaqi-krew Cina Islam@Kerdau

Premium Insurans Naik, Bebankan Pengguna

26 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 1 MAC : Susulan kenyataan yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia berhubung kenaikkan premium insurans kenderaan secara berperingkat dalam tempoh empat tahun mulai 2012 banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum ia dilaksanakannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia atau FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman menyifatkan cadangan itu akan menekan pengguna kenderaan terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah.

"Kalau insurans ini terlalu tinggi ia akan menimbulkan masalah, sebab kita tahu insurans ini terutama sekali insurans kenderaan pertama sekali ia perlu diambil pengguna jadi kalau pengguna ia merasakan bahawa ia terbeban dengan kos yang tinggi mungkin pada satu peringkat dia tidak berkemampuan untuk mengambil insurans dan ia menggunakan kenderaan tanpa insurans dan ini merupakan satu kesalahan tetapi masalahnya dia tidak mampu mengambil insurans sebab kadar insurans tinggi," katanya.

Sebelum ini, Bank Negara Malaysia memaklumkan akan menaikkan premium insurans kenderaan secara berperingkat pada kadar minimum yang tidak membebankan pengguna khususnya golongan berpendapatan rendah.

Penolong Gabenornya, Abu Hassan Alshari, berkata, ia antara langkah yang akan dilaksanakan menerusi cadangan Rangka Kerja Baru Perlindungan Pemotoran dengan matlamat memudahkan pengguna kenderaan mendapatkan perlindungan serta meningkatkan kecekapan proses tuntutan insurans.

"Kadar kenaikan premium itu masih belum dimuktamadkan, bagaimanapun ia tidak akan membebankan pengguna selepas mengambil kira maklum balas dan input pelbagai pemegang kepentingan," katanya.

Abu Hassan berkata, sebagai contoh, bagi perlindungan pihak ketiga motosikal 100cc dan ke bawah, cadangan kenaikan adalah antara RM1 hingga RM3.50 setahun dan RM1 hingga RM2 untuk perlindungan komprehensif.

Untuk perlindungan pihak ketiga kereta persendirian 1,400cc, kenaikan adalah antara RM6 hingga RM34 setahun untuk empat tahun dan RM7 hingga RM19 untuk perlindungan komprehensif.

Sementara itu, Pengerusi Biro Kepenggunaan PKR, Yahya Saari berpendapat, kerajaan perlu mengkaji secara terperinci cadangan itu tanpa perlu menaikkan premium insurans sewenang-wenangnya berikutan kualiti perkhidmatan yang tidak setimpal dengan kenaikan tersebut.

"Kerana dalam melibatkan insurans ini ia melibatkan semua , semua orang akan terlibat dalam keseluruhannya sedangkan dalam segi perkhidmatan itu sendiri yang diberikan kepada syarikat-syarikat insurans kepada penginsurans tidak seberapa yang diharapkan,bila menghadapi kemalangan isu tuntutan lambat, isu tak berpadanan. sepatutnya kualiti perkhidmatan kena setara dengan yang dibuat sebelum ini, " katanya.

Tv Selangor/-

Angkuh : "Ali Rustam Tidak Nampak Rakyat Di Bawah" Kata Jonah

26 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 1 MAC : Kenyataan sombong dan bongkak Ketua Menteri Melaka, DatuK Seri Mohd Ali Rustam disifatkan sebagai kata-kata dari pemimpin yang terlalu lama berada puncak kuasa dan selesa dengan tampuk pemerintahannya.

Demikian tegas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Khairul Anwar Ahmad Zainuddin ketika dihubungi TV Selangor hari ini.

Khairul Anwar turut menyifatkan, kenyataan Ali Rustam itu sebagai sesuatu yang sangat tipikal bagi pemerintah yang merasakan dirinya berkuasa.

“Kenyataan Ali Rustam adalah satu kenyataan tipikal. Orang yang memerintah terlalu lama dan dia rasa semua yang dia buat itu betul. Pemikirannya adalah rakyat
Merlimau tu adalah hak mutlak dia.

“Saya berasa kasihan dengan Ali Rustam sebab inilah dia bila sudah terlalu lama duduk di puncak kuasa,tak tengok lagi ke bawah. Dia sudah rasa semua yang
dia buat tu betul," kata Khairul atau lebih dikenali sebagai Jonah.

Dalam pada itu, beliau juga beranggapan, kenyataan yang dikeluarkan Ali Rustam itu adalah sebagai satu penghinaan kepada semua pihak khususnya rakyat Melaka.

“Satu penghinaan kepada keupayaan orang-orang muda dan pengundi Merlimau. Kenyataan itu menunjukkan seolah-olah menggambarkan penduduk Merlimau tak boleh berfikir, tak mampu nak buat perubahan, tak mampu membuat analisa dan tak boleh buat perbandingan," tambahnya lagi.

Justeru, beliau menasihatkan agar Ali Rustam segera mengambil ikhtibar ekoran daripada ‘tsunami’ pilihan raya yang berlangsung pada 2008.

Ini kerana, jelasnya rakyat semakin bijak memilih pemimpin mana yang dirasakan layak untuk menguruskan pentadbiran negara.

“Rakyat telah berjaya memecahkan mitos bahawa hanya BN dan Umno sahaja yang akan menang melalui pilihan raya itu. Rakyat telah pecahkan mitos itu,"katanya.

Ali Rustam sebelum ini dengan angkuh menasihati PAS supaya jangan bermimpi untuk merampas kerusi DUN Merlimau dalam keghairahannya berkempen untuk pilihan raya kecil itu.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon BN Roslan Ahmad dan calon PAS, Yuhaizat Abdullah.

Ini adalah pilihan raya kecil ke-15 sejak 8 Mac 2008 dan yang pertama di Melaka.

Tv Selangor/-

Tiga warga kita di Libya gagal dikesan

26 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

SEPANG: Kementerian Luar mengesahkan tiga rakyat Malaysia yang ke Libya untuk bekerja, masih gagal dikesan dan nasib mereka belum diketahui kerana tidak dapat dihubungi ahli keluarga masing-masing, sejak beberapa hari lalu.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot, berkata pihaknya hanya mengetahui mengenai kehilangan tiga rakyat Malaysia terbabit selepas ahli keluarga masing-masing menghubungi Wisma Putra untuk meminta bantuan bagi membawa mereka keluar dari Libya.

Bagaimanapun, katanya, pagi semalam Wisma Putra belum menerima sebarang maklumat mengenai kedudukan dan lokasi tiga rakyat Malaysia terbabit.
“Kita hanya mengetahui kehadiran tiga rakyat Malaysia itu di Libya selepas dimaklumkan ahli keluarga masing-masing yang bimbang mengenai keselamatan mereka.

“Setakat ini, kita tidak tahu di mana mereka berada. Bagaimanapun, jika tiga pekerja terbabit dapat menghubungi ahli keluarga masing-masing dalam tempoh terdekat, maka lebih mudah untuk kita arahkan pegawai Kedutaan Malaysia yang kini dipindahkan sementara waktu ke Malta membawa mereka keluar secepat mungkin,” katanya selepas menyambut kepulangan kumpulan pertama 98 rakyat Malaysia termasuk dua pelajar dari Sabah dan Pahang serta enam pegawai Kedutaan Malaysia yang berjaya dibawa keluar dari Libya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, semalam.

Kumpulan pertama rakyat Malaysia daripada 86 lelaki dan 12 wanita itu tiba di KLIA kira-kira jam 6.22 pagi, semalam dengan menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH0015, dari Lapangan Terbang Antarabangsa Rome, Itali, tengah hari kelmarin.

Kumpulan kedua seramai 32 rakyat Malaysia termasuk lima pelajar dijangka tiba di Malaysia, Rabu ini.

Berita Harian/-

14 maut dalam pertempuran di Iraq

26 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

BAGHDAD - Ribuan penunjuk perasaan antikerajaan terbesar yang berarak di hadapan bangunan kerajaan bertempur dengan pasukan keselamatan di beberapa bandar di Iraq, kelmarin.

Seramai 14 penunjuk perasaan di beberapa bandar di Iraq terkorban selepas pihak berkuasa bertindak melepaskan tembakan ke arah mereka.

Mereka melakukan demonstrasi yang digelar 'Hari Keberangan' itu kerana tidak berpuas hati dengan kegiatan rasuah, kadar pengangguran yang tinggi dan perkhidmatan awam yang kurang bermutu di negara itu.

Kira-kira 4,000 penduduk turut melakukan tunjuk perasaan di hadapan pejabat Gabenor Sheltagh Aboud al-Mayahi di pelabuhan bandar Basra.

Mereka menuntut Sheltagh meletak jawatan kerana mendakwa dia tidak melakukan sebarang perubahan terhadap bandar itu.

Sinar Harian/-

26 Buah Kereta Musnah Apabila Gudang Perodua Terbakar

26 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 1 MAC : Sebanyak 26 buah kereta Perodua Myvi dan Viva baru yang ditempatkan sebuah gudang Perodua di bandar Puchong Jaya musnah apabila gudang berkenaan terbakar semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang DSP Lam Chien Fei berkata 20 buah kereta bagaimanapun berjaya diselamatkan manakala empat lagi rosak teruk dalam kebakaran pada 1 tengah hari itu.

"Gudang itu menyimpan 50 buah kereta Perodua Myvi dan Viva yang kesemuanya menunggu untuk dihantar kepada pelanggan," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan api dipercayai bermula di bahagian tengah sebelum merebak ke bahagian lain gudang. Sementara itu Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Puchong Pramnath Hariskisna berkata empat jentera bomba, masing-masing sebuah dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong, Subang Jaya, Bukit Jalil dan Petaling Jaya bersama 50 anggota berjaya memadamkan kebakaran dalam tempoh 20 minit.Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Tv Selangor/-


MB Pahang diminta jawab

26 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

TEMERLOH - Pas mendesak Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob tampil memberi penjelasan berhubung laporan Ketua Audit Negara tahun lalu yang menyebut Kerajaan Negeri hilang sumber pendapatan sebanyak RM227.9 juta.

Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, laporan itu sekali gus menunjukkan kelemahan pentadbiran Kerajaan Negeri yang sangat nyata.

Menurutnya, isu ini juga menunjukkan terdapat banyak 'modal' yang boleh dibangkitkan oleh Pas pada kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau yang sedang berlangsung, sekali gus menepis tanggapan sesetengah pihak bahawa parti itu ketandusan isu.

"Kita hairan kerana dalam suasana anak-anak syarikat Kerajaan Negeri mengalami kerugian, menteri besarnya masih mengharapkan 50 peratus daripada keuntungan GLC disumbangkan kepada Kerajaan Negeri," katanya.

Tuan Ibrahim yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil Pas Kerdau berkata, apa yang berlaku juga seakan-akan mengiyakan telahan pakar ekonomi bahawa Kerajaan Negeri berpotensi bankrap.

"Ia berlaku kerana empat syarikat GLC itu gagal membayar pinjaman mengikut jadual," katanya.

Tuan Ibrahim berkata, laporan itu juga mendedahkan bahawa tidak wujud peruntukan dalam perjanjian yang membolehkan Kerajaan Negeri mengambil tindakan terhadap GLC apabila mereka gagal membuat bayaran balik.

“Rakyat Pahang harus ingat bahawa Kerajaan Negeri telah mengalami defisit belanjawan selama 13 tahun dan kini menanggung hutang RM2.17 bilion,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata, Pas menuntut Kerajaan Negeri mendedahkan prestasi semasa GLC sebagaimana dilakukan oleh negeri yang diterajui oleh Pakatan Rak�yat (PR).

Sinar Harian/-

Pengalaman ngeri sepanjang di Libya

26 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

SEPANG - Rakyat Malaysia di Libya mengalami suasana ngeri sebelum kerajaan Malaysia segera membawa mereka keluar dari negara yang sedang bergolak itu ekoran rusuhan rakyat terhadap pemimpin mereka.

“Saya tidak boleh lupa kejadian yang berlaku. Saya lihat mayat, pelbagai senjata di tangan orang awam dan berlaku kejadian tembak menembak.

“Ia menakutkan. Tidak pernah saya fikir Libya boleh bertukar macam ini,” kata P Naveen, 36, Kontroler Kanan Ranhill Berhad yang sudah empat tahun bekerja di Libya.

Dia antara 98 orang rakyat Malaysia di Libya yang tiba dengan pesawat komersial Malaysia Airlines (Mas) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini pagi tadi dari Rome, Itali.

Sebelum itu mereka diangkut ke Rome dari ibu negara Libya, Tripoli menerusi pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia.

Keseluruhan seramai 130 rakyat Malaysia dipindahkan ke Rome Jumaat lalu, sementara 32 lagi menunggu untuk dihantar pulang dan dijangka tiba Rabu ini.

Seorang lagi rakyat Malaysia, Shahrizal Zulkifli, 33, dapat menyaksikan suasana di Lapangan Terbang Tripoli sebagai zon perang.

“Saya terpaksa menunggu selama 12 jam dalam cuaca sejuk untuk memasuki terminal Lapa-ngan Terbang Tripoli. Kita beratur 12 jam untuk memasuki lapangan terbang. Lapangan terbang macam zon perang.

“Walaupun tiada kejadian tembak menembak, tetapi dengan kehadiran ribuan orang disertai kehadiran ramai pasukan tentera dan polis, ia menakutkan.

“Dalam keadaan itu, ada yang berdarah, pengsan dan lapangan terbang turut dipenuhi ambulans. Untuk masuk ke dalam lapangan terbang sahaja, kita kena berjalan sejauh satu kilometer.

“Kita tidak dapat masuk de-ngan mudah kerana berpuluh ribu orang berada di dalam kawasan lapangan terbang. Jadi kita kena tunggu 12 jam dengan cuaca sejuk dan angin kuat. Jam 3 pagi (waktu tempatan) baru kita dapat masuk terminal,” kata Shahrizal yang berkerja di Libya belum sampai setahun.

Shaiful Abdul Rahim Abdul Wahab, 40, turut menceritakan pengalamannya terkandas di Lapangan Terbang Tripoli sebelum mereka dipindahkan ke Rome.

“Kita terkandas di lapangan terbang hampir 12 jam. Masa kita keluar dari lapangan terbang turut berlaku kejadian tembak-menembak antara polis dengan mereka yang mahu menaiki kapal terbang.

“Saya takut bila kita dipindahkan dari satu tempat ke tempat lain. Bila kita diarahkan pegawai kedutaan untuk lari ke tempat lain bagi menyelamatkan diri,” katanya.

Seorang pekerja Ranhill, Helmi Saari, 33, berkata, dia dan rakan-rakannya tidak berani keluar dari kem tempat mereka bekerja apabila mengetahui rusuhan berlaku.

“Saya di sana baru dua bulan, bayangkan bila dengar berita rusuhan, kita tidak berani keluar. Kita dinasihat supaya jangan keluar.

“Nasib baik kita tinggal di dalam kem disediakan Ranhill, makanan pun tidak ada masalah,” katanya bertugas di Tajura, Tripoli.

Salwah Shamsudin, 26, berkata dia turut berkurung di dalam rumah sejak 18 Februari lalu atas nasihat pihak kudataan Malaysia.

“Saya dinasihatkan supaya jangan keluar rumah. Jadi saya tidak melihat sebarang kejadian di luar rumah. Saya hanya dapat mendengar jeritan orang ramai,” katanya.

Sinar Harian/-

Husam: Tiga dalil Dr M pengkhianat Melayu

26 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

Exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa mengemukakan tiga dalil bagi membuktikan dakwaannya bahawa mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad "pengkhianat Melayu".

Menurutnya, beliau sudah lama berpandangan sedemikian. Antara buktinya itu, termasuk pendaratan minyak dan gas ke Songkla dilakukan "secara sengaja dan terancang" bagi menafikan hak Kelantan yang majoriti penduduk Melayu mendapat apa sahaja peluang faedah berkenaan.

"Bila hak Kelantan ternafi sampai kini, hak rakyat Kelantan juga ternafi dan dikhianati. 95 peratus penduduk Kelantan adalah Melayu. Maknanya Tun M mengkhianati Melayu, Melayu Kelantan secara khusus," tulis Husam di blognya.

"Kawasan JDA (perdaratan minyak dan gas) hanyalah 150 km dari pantai Kelantan berbanding 270 km ke Songkla.

"Dari Songkla, terpaksa dibina saluran paip gas daratan sejauh 180 km lagi untuk gas tersebut dibawa semula ke Malaysia melalui Kedah untuk mengelakkan Kelantan tersentuh!" kata Husam.

Husam yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan berkata susulan itu, hak royalti Kelantan dan faedah industri hiliran turut dinafikan walaupun telaga itu paling hampir dengan Kelantan berbanding semua tempat lain sama ada di Malaysia atau Thailand.

"Namun sedikit pun faedahnya tidak dapat dikecapi oleh rakyat Kelantan, baik Melayu, Cina, India dan Orang Asli. Ia adalah program politik untuk memencilkan Kelantan.

"Secara automatik Melayu Kelantan juga terpencil. Sebagai anak Kelantan, saya merasai bagaimana hak kami dinafikan. Dan saya adalah Melayu," coretnya lagi.

Ahli jawatankuasa PAS pusat itu juga mendakwa "lebih jelas lagi pengkhianatan" Dr Mahathir apabila beliau membatalkan pemberian royalti kepada kerajaan Terengganu yang diberikan selama 22 tahun selepas negeri itu terlepas daripada BN.

"95 peratus rakyat Terengganu adalah Melayu. Sekali lagi Tun M lupa kepentingan Melayu demi kepentingan kepartian Umno semata-mata. Melayu Terengganu juga dikhianati.

"Tun M sanggup membatalkan apa yang telah menjadi amalan selama ini demi kerana politik.
"Orang seperti ini meletakkan politik parti mengatasi segala-galanya dan soal Melayu dengan sendirinya adalah lebih kecil dari kepentingan politik," katanya.

Dalam tulisan itu juga, Husam berkata pilihan raya 1999 menyaksikan perubahan sokongan pengundi Melayu terhadap Umno berikutan isu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri sehingga menyebabkan kuasa Umno tergugat.

"Pengundi bukan Melayu memilih untuk bersama BN pada waktu itu. Apa yang dilakukan oleh Tun M?

"(Beliau) mengubah sempadan pilihanraya dengan memasukkan kawasan pengundi bukan Melayu ke dalam DUN atau Parlimen majoriti pengundi Melayu di seluruh negara supaya peratusan pengundi Melayu mengecil untuk menjamin kemenangan Umno/BN," katanya.

Dengan nada sinis, Husam yang juga ADUN Salor mempersoal angkara siapa yang menyebabkan hari ini pemimpin Umno melaungkan 'ketuanan Melayu' terancam.

Sehubungan itu, beliau menyatakan kesediaannya untuk berdebat dalam diskusi ilmiah dengan bekas presiden Umno itu mengenai isu pengkhianatan Melayu oleh Umno

"Sementara itu, siapa sahaja yang mempunyai pandangan terhadap bagaimana Umno mengkhianati Melayu selama ini boleh berkongsi mengenainya dalam FB '54 tahun Umno Khianati Melayu'" katanya.

Malaysiakini/-
Oleh : Abdul Rahim Sabri.

PRK DUN Merlimau : PAS Ingatkan Ali Rustam Jangan Angkuh

26 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

JASIN 1 MAC : PAS mengingatkan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam agar tidak terlalu angkuh dengan kuasa sekiranya tidak mahu tewas dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau yang sedang berlangsung sekarang.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti Islam itu tidak bermimpi untuk merampas Merlimau daripada Barisan Nasional (BN) lapor The Malaysian Insider.

Sebaliknya, tegas beliau PAS benar-benar berhasrat untuk "menawan" Merlimau yang selama ini menjadi kubu kuat BN.

"PAS tidak sekadar bermimpi, tetapi kita memang secara sedar benar-benar hendak menawan bukan sekadar Merlimau, bahkan negeri Melaka dan juga Malaysia.

"Ini telah kita nyatakan berulang kali atas nama Pakatan Rakyat sedia ke Putrajaya bagi memperbetulkan kerosakan negara yang dilakukan oleh BN," katanya.

Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mohd Ali yang menasihatkan PAS agar tidak bermimpi yang ia boleh merampas kerusi DUN Merlimau.

Ini kerana, jelas Mohd Ali, PAS tidak mempunyai jasa besar di Melaka, sebaliknya hanya tahu melemparkan pelbagai tuduhan berunsur fitnah terhadap kerajaan negeri pimpinan beliau.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon BN Roslan Ahmad, ahli jawatankuasa Umno Jasin dan calon PAS Yuhaizat Abdullah, Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin.

Ini pilihan raya kecil ke-15 sejak 8 Mac 2008 dan yang pertama di Melaka.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang juga mengingatkan pemimpin Umno termasuk Mohd Ali agar tidak terlalu angkuh dengan kuasa yang ada.

"Keduanya, kita hendak ingatkan seluruh pemimpin Umno termasuk Ketua Menteri Melaka supaya tidak angkuh dengan kuasa yang ada.

"Parti Hosni Mubarak memenangi pilihan raya lebih 90 peratus, tetapi tumbang dengan kebangkitan rakyat.

"Begitu juga dengan kerajaan Firaun, Rom, Parsi yang pernah menjadi kuasa besar dunia juga runtuh dan Umno juga ada masa hayatnya akan berakhir," katanya.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS Jasme Tompang dengan majoriti undi 2,154.

Tv Selangor/-

Mubarak dilarang keluar negara

26 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

KAHERAH: Mesir semalam mengenakan larangan keluar negara terhadap Hosni Mubarak dan keluarganya, selain membekukan aset bekas presiden itu yang meletak jawatan berikutan bantahan rakyat 11 Februari lalu.

Selain Mubarak larangan itu turut dikenakan ke atas isterinya Suzanne, dua anak lelaki mereka Ala dan Gamal, dan isteri masing-masing, kata seorang sumber jabatan kehakiman semalam.

Mubarak yang meletak jawatan selepas memerintah secara kuku besi selama hampir tiga dekad, melepaskan kuasa kepada tentera dan kini menginap di pusat peranginan Mesir, Sharm el-Sheikh.

Pada 21 Februari lalu, pendakwa raya Mesir, Abdel Magid Mahmud memohon kerajaan asing membekukan aset luar negara bekas presiden itu dan keluarganya.

Pendakwa raya itu memberi arahan kepada menteri luar Ahmed Abul Gheit menghubungi kerajaan asing terbabit bagi melaksanakan pembekuan berkenaan.

Sumber kehakiman berkata ketika itu pejabat pendakwa raya menerima beberapa aduan berhubung kekayaan Mubarak dan keluarga di luar negara yang menyebabkannya melancarkan siasatan.

Mubarak didakwa menghimpun kekayaan yang besar ketika berkuasa tetapi penasihat undang-undangnya berkata dakwaan berkenaan hanyalah khabar angin.
Perancis berkata minggu lalu ia akan memenuhi permintaan Mesir itu.
“Kami sedang berbincang dengan negara Eropah lain bagaimana untuk memenuhi permintaan pihak berkuasa Mesir ini,” kata jurucakap kementerian luar Perancis, Bernard Valero.

Switzerland yang membekukan aset Mubarak beberapa jam selepas pemimpin itu digulingkan berkata bekas presiden itu memiliki ‘berpuluh juta francs’ disimpan dalam institusi kewangan Switzerland.

Sekolah agama Kerdau terbiar, penduduk miskin

26 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

TEMERLOH, 1 Mac: Selepas membawa media meninjau pekan Kerdau, stesen keretapi dan projek kuarters polis terbengkalai kelmarin, semalam wakil-wakil media dibawa ke dua lagi lokasi lain yang membuktikan kawasan dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau tidak lekang dengan isu kemiskinan dan kemunduran.

Sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Kerdau, pemimpin Umno mendakwa daerah itu tidak pernah diabaikan malah Presiden Umno sendiri bertegas tiada isu kemiskinan di Kerdau.

Wakil PAS membawa pihak media ke lokasi sebuah sekolah menengah agama di tepi jalan utama Temerloh-Jerantut berdekatan Simpang Empat Kerdau (gambar).

Sekolah Menengah Agama At-Tarbiah Kerdau merupakan satu-satunya sekolah aliran agama di sini dan telah beroperasi sejak tahun 60-an lagi.

Bermula dengan menumpang di sebuah surau, Sekolah Agama At-Tarbiah akhirnya mempunyai bangunan sendiri.

Bagaimanapun lebih 20 tahun lalu sekolah ini tidak beroperasi sebagai sekolah menengah lagi, dipercayai tiada usaha-usaha dari pihak kerajaan untuk menjadikan sekolah tersebut terus berkembang.

Kini bangunannya hanya digunakan untuk kelas agama dan fardu ain (Kafa) kepada anak-anak penduduk di situ dan dibuat pusat tahfiz Quran.

"Bagaimana kerajaan BN Pahang dakwa tidak pernah mengabaikan pembangunan di Kerdau, sekolah agama yang menjadi keperluan kepada penduduk untuk anak-anak mereka dibiarkan," kata Abdul Wahid Endut, Timbalan Pengarah PRK PAS Dun Kerdau yang mengetuai tinjauan besama media itu.

Kata beliau, BN tidak pernah mahu mengambil berat keperluan pendidikan agama.

"Kita boleh lihat bagaimana sebuah sekolah agama akhirnya terpaksa ditutup, kerana tiada usaha pihak kerajaan untuk memajukannya, sedangkan permintaan untuk sekolah aliran agama semakin meningkat" ujar beliau.

Menurut Abdul Wahid, beliau dimaklumkan sekolah ini berkembang dengan baik pada peringkat awal, malah satu ketika pernah menjadi antara sekolah yang mencatatkan keputusan peperiksaan cemerlang di seluruh Pahang.

"Daripada sebuah sekolah yang beroperasi kemudiannya ditutup, apakah ini tidak bermaksud kemunduran," ujarnya.

Menurut penduduk di situ, sekarang ini, penduduk Kerdau yang mahu memasukkan anak mereka ke Sekolah Agama terpaksa pergi ke sekolah Al-Khairiah, Temerloh.

"Kalau sekolah agama di Temerloh penuh terpaksalah memilih sekolah aliran biasa, atau bagi yang berkemampuan mereka hantar anak ke sekolah agama yang lebih jauh.

Tetapi kata beliau, biasanya terlalu sukar untuk mendapat tempat di Sekolah Agama Al-Khairiah kerana permintaan terlalu ramai dan tempat amat terhad.

"Pada saya tiada sebab sekolah ini ditutup, tetapi kerajaan tidak pernah ambil peduli," katanya.

Siri tinjauan bersama media yang dikelolakan oleh PAS akan diadakan setiap hari sepanjang kempen PRK Kerdau berlangsung.

Selain meninjau sekolah agama, pihak media juga dibawa melawat sebuah rumah penduduk miskin di Kampung Paya Taram (kiri) sekaligus untuk membuktikan dakwaan Perdana Menteri yang mengatakan tiada isu kemiskinan di Kerdau tidak benar sama sekali.

Di kampung tersebut, pihak media ditemukan dengan Jusoh Abdullah, 61, yang hidup dalam keadaan menyedihkan.

Jusoh mengidap penyakit lelah yang serius tinggal di sebuah rumah usang, sebahagian atap rumahnya bocor tetapi tidak mampu menukar bumbung baru dengan pendapatan RM200 sebulan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Anak saya berumur 14 tahun tidak pernah mendapat bantuan persekolahan walaupun berkali-kali saya mohon," kata Jusoh kepada rombongan wakil PAS dan media yang mengunjunginya.

Beliau mempunyai seorang isteri, manakala anak lelakinya yang sudah berkeluarga turut tinggal bersama dalam rumah usang itu kerana tidak mampu mencari kediaman lain.

Ahmad Mohd Yaman, Imam masjid kampung Paya Taram yang turut sama melawat Jusoh mengesahkan terdapat ramai keluarga miskin di sekitar kampung tersebut.

"Saya tengok orang miskin tidak pernah diberi perhatian oleh kerajaan atau wakil mereka di sini. Malah saya sebagai Amir di sini pernah berjumpa dengan orang miskin yang tidak pernah mendapat agihan duit zakat," kata beliau.

Harakahdaily/-