26 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
Oleh : Hafizi Pauzi
KERDAU, 1 Mac :- Ketua Penerangan Pas Perak, YB Drs. Khalil Idham Lim berkata rakyat Malaysia di Dun Merlimau dan Kerdau disarankan supaya sama-sama menyingkir sebarang bentuk kezaliman seiring dengan momentum dunia yang sedang menuju ke arah sifar pemerintah tidak adil.
Tambahnya, kezaliman terhadap rakyat yang berlaku di serata dunia adalah hampir sama coraknya, jika di timur tengah, dua rejim telah dapat digulingkan, ciri rejim tersebut hampir sama dengan regim BN di Malaysia .
Menurutnya yang juga Adun Titi Serong, jika di timur tengah rakyat di sana menolak kerajaan yang disifat kuku besi kerana pemerintah menggunakan seluruh proksi kerajaan untuk kepentingan sesetengah individu parti pemerintah untuk mengekalkan kuasa.
"Demikanlah apa yang berlaku di Malaysia bila UMNO dan BM mempergunakan semaksima mungkin segala agensi dan jabatan bagi memastikan kuasanya terus kekal" Katanya.
“Identiti pemerintah yang zalim ini mudah dikenal pasti, contohnya harga minyak, di Malaysia terlalu mahal sedangkan kita adalah negara pengeluar minyak,” jelasnya.
Dalam pada itu Khalil menjelaskan kereta nasional yang dibeli di pasaran Malaysia adalah antara tertinggi direkodkan, begitu juga harga kereta import, vios misalnya, di Negara jiran kita boleh dapatkannya dengan harga RM50 ribu sahaja, sedangkan di Malaysia perlu dibeli dengan harga RM90 ribu dan lebih.
“Banyak lagi kezaliman terhadap rakyat, misalnya demokrasi yang palsu tetapi dilaungkan ianya dilaksana dengan penuh adil dan saksama, walhal banyak hak demokrasi itu sendiri telah di cabul dengan sesuka hari umno bn,” katanya.
Khalil yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat menyatakan di RTM, TV3 dan radio yang menafikan hak negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat sehingga sekarang dengan mereka tidak diberi peluang walaupun hanya sekadar untuk mengucapkan selamat hari raya,”
“Rakyat secara umumnya tidak sedar mereka sedang dizalimi, maka usaha untuk menyedarkan hal ini perlu digiatkan lagi bagi memastikan isu ini sampai ke pengetahuan setiap lapis masyarakat, dengan itu agenda menjatuhkan BN dalam PRK Kerdau dan merlimau serta PRU ke 13 pasti akan berhasil ,” katanya ketika mengakhiri sesi temu bual.

2 ulasan:
When God is about to confer a great responsibility on man, he will first exercises his heart with suffering, his sinews and bones with toil.
He will exposes the man body to hunger, subjects him to extreme poverty. He confounds the man undertakings with setbacks and troubles, therefore to stimulate his heart (or mind) to have patience and toughen his nature in order to supply (or to provide him with benefits despite of) his in competencies.
Meaning no pain no gain.
It's a quote from Mencius (Meng Tzu), a Chinese ancient philosopher.
Patut tolak. memang kena bangun sama menentang kezaliman nyata. Budaya rasuah paling kita benci.
Terbaru kabinet merasuah para guru2 besar, guru2 kanan konon terhebat antara yang paling hebat menabur bakti.
Kalau sampai tahap jadi guru besar pun dok seronok menerima habuan duit, simpanlah kerjabaik hampa tu dalam almari.
Apa tak cukupkah gaji tuan2 selama ini. Tu tak termasuk yang dok buat urusniaga dengan PIBG dan kedai2 buku, komputer dan yang sama waktu dengannya. Kalau tak cukup dan masih tak selesa menandakan tiada keikhlasan dalam khidmat tulus anda yang sepatutnya berbakti tu untuk apa??Guru adalah antara kerja mulia yang meraih pahala selepas mati.
Malunya tengok dalam tv guru2 kanan tu dok seronok dengan duit...apa rasa pada yang tua2 diluar sana yang mereka dekat nak pencen pun masih tak diiktiraf.
Hebat sangat ka guru2 tu. Apakah dia bertugas disekolah tu dari mula terbinanya sekolah tu sampai sekarang. Silap2 sebulan dua dia masuk...sekolah dah lama dah cemerlang.
Wei Pak Din!! ramai dah meluat dah dengan diskriminasi pada guru2.
Wahai para guru yang kami ibu bapa sangat2 hormat dan berterima kasih...sama2lah kita bangun menentang kezaliman. Takut nak tampil, jangan putus untuk berdoa. Doa orang2 dizalimi tiada hijabnya dengan Allah.
Catat Ulasan