01 Mac 2011

BN Terus Ciplak Buku Jingga Pakatan Untuk Pilihan Raya Kecil

26 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

PETALING JAYA 1 MAC : Pengumuman terbaru pimpinan Barisan Nasional (BN) tentang insentif tawaran baru untuk guru dan pembayaran CESS untuk peneroka FELDA menunjukkan BN terus menciplak dasar-dasar daripada Buku Jingga Pakatan Rakyat, kata Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.

"Januari lalu ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka menyifatkan bahawa Buku Jingga Pakatan adalah populis dan tidak bertanggungjawab, kami dimaklumkan bahawa beliau mengarahkan Unit Perancang Ekonomi untuk meneliti secara halus cadangan Buku Jingga sama ada boleh dilaksanakan atau tidak.

Justeru kita melihat bagaimana BN melaksanakan satu demi satu dasar-dasar yang menyerupai cadangan Buku Jingga. Ini termasuklah pembekuan dan penurunan kadar tol, insentif untuk guru besar-guru besar dan dasar perumahan negara," katanya.

Menurut Nik Nazmi tawaran baru untuk guru yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Merlimau termasuk insentif untuk guru besar-guru besar dan juga insentif untuk guru-guru berjumlah RM18.4 juta.

Di dalam Buku Jingga, Pakatan Rakyat telah mengumumkan elaun khas RM500 sebulan untuk semua guru-guru menjelang 100 hari pentadbiran Kerajaan Persekutuan Pakatan bagi menghargai peranan guru dan memulakan proses penstrukturan sistem pendidikan negara.

"Di Kerdau pula Najib mengumumkan bayaran CESS yang selama ini disekat daripada dituntut oleh peneroka FELDA boleh dituntut menerusi tiga pilihan. Bayaran CESS adalah wang yang ditolak daripada penjualan getah untuk proses penanaman semula.

Bayaran ini telah disekat apabila peneroka bertukar ke kelapa sawit pada 2004. Bayaran sebanyak RM5,000 dibuat pada Pilihan Raya Umum 2008 tetapi FELDA masih lagi berhutang sebanyak RM13,000 termasuk faedah kepada setiap peneroka terbabit," katanya.

Tambah Nik Nazmi Pakatan Rakyat mengumumkan bahawa FELDA Plantations akan dibubarkan dalam 100 hari pertama dan estet-estetnya akan dibahagikan kepada peneroka generasi kedua dan pertama FELDA.

Malang sekali ketika Najib menciplak Buku Jingga Pakatan secara senyap-senyap, beliau tidak berani untuk menerima cabaran Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membahaskan dakwaannya bahawa dasar-dasar Buku Jingga adalah populis dan tidak bertanggungjawab.

"Kami yakin perbahasan tersebut sekiranya diadakan di Kuala Lumpur, Kerdau ataupun Merlimau merupakan peluang terbaik untuk rakyat Malaysia menilai sendiri Buku Jingga." ujarnya.

Tv Selangor/-

Ulasan Cina Islam:

UMNO/BN terus melakonkan sesuatu yang boleh menarik sokongan rakyat kepada mereka dengan cara sekalipun. Setiap kali musim PRK dan PRU mereka terus menerus menabur mee segera dan janji manis demi kemenangan calon mereka.

Namun saya kira rakyat sudah faham dengan lakonan ini dan BN dan UMNO akan tetap disungkurkan dalam piliharaya Kerdau dan Merlimau serta PRU ke 13 nanti

5 ulasan:

pen buruk ™ berkata...

salam perjuangan

mohon link blog hamba kat sini.

www.myazhar4u.blogspot.com


terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Saudara YB
Jangan salah sangka tentang NKRA atau new deal ni.Sebenarnya ini satu rasuah kepada guru besar/pengetua. Lihat insentif yang diberikan:
Guru Besar = rm7500
5% dr jumlah guru = rm1800
guru biasa = rm900
persoalannya mengapa terlalu jurang antara pentadbir dengan guru-guru biasa kerana yang mengendalikan atau mencemerlangkan sekolah banyak terbeban di bahu guru biasa dari segi fail-fail dan juga bebanan mengajar
Masa pentadbir hanya 6@ 8 masa sahaja. Dan kebanyakan kerja pentadbir guru penolong kanan yang melaksanakan dan akan dirahkan pula oleh guru2 biasa. Kebiasaannya idea-idea atau usaha mecemerlangkan sekolah hasil pemikiran guru-guru biasa dan kekadang diakui oleh pentadbir sebagai hasil kerjanya. Dan kini tidak mustahil selepas ini akan ada arahan yang pelik2 kepada guru biasa agar mencapai NKRA ini. Ini kerana, guru besar mula mencongak RM7500 ini dan juga intensif lain untuknya.
Maka sekolah mula menjadi tempat mencari rezeki terpijak ini. Yang teruk pastinya guru-guru bawahan yang hanya diberi RM900..Mana adilnya..Mencipta kecemerlangan bersama-sama...yang makan isi guru besar..guru-guru bawahan hirup kuah sahaja..NKRA langsung tidak sama dengan Buku Jingga..Percayalah selepas ini Guru besar akn bermaharajalela semula seperti awal-awal pengenalan anugearah menegak dan melintang dahulu...ugutan akan berterbangan di sekolah

cikgu pencen dapat apa? berkata...

Suatu yang tidak dapat dihalang. Tapi rasanya lebih senang kerja kita. Jelaskan pada mereka bahawa itu adalah kandungan buku Jingga. Dan tambah, katakan, kalau pembangkang kuat, banyak lagi faedah yang orang ramai dan rakyat akan dapat. Jadi minta mereka bagi kemenangan pada pembangkang. Tak gitu?

ambe berkata...

pada pandangan saya apa saja yang BN nak bagi selagi elok.. amik je.
kalu BN nak bagi duit, pangkat, harta, kuasa amik dan pungut semuanya. Jangan amik RASUAH sudah!
Berkenaan ciplak n laksanakan buku JINGGA ni..saya setuju dengan cikgu pencen dapat apa? Sekarang saya cadangkan kita standby siap-siap BUKU JINGGA Part 2, pulak! Tak payah nak pening-pening tapi kasi pening sama BN sbb terpaksa nak kena buat untuk rakyat banyak benda... biasalah tempoh 53 tahun sebelum ni macam tak cukup khidmat ka atau dok sibuk SOMBONG dan ANGKUH dengan rakyat je yang sempat:)

Tanpa Nama berkata...

pada pandangan saya yang kerdil ini, bagus juga kalau diorang ciplak BUKU JINGGA tu, yang penting kita warwarkan yang kandungannya supaya rakyat terasa 'rapat' dengan BUKU JINGGA tu. Lagipun, jika BN dah mula nak buat baguslah... apa sahaja hasilnya termasuk pemberian, harta, pangkat, kuasa yang diberi pada kita amik sahaja yang penting time pilihanraya PANGKAH PR!
saya
Saya nak buat cadangan agar PR standby pula BUKU JINGGA PART 2, biaq BN susah hati nak kena buat semua pulak nanti. Biasalah, 53 tahun merdeka baru nak terfikir nak buat jasa pada rakyat. Sbb sebelum ni depa dok sibuk dgn aktiviti SOMBONG n ANGKUH dengan rakyat!!! Malah sesama sendiri pun begitu. Harapnya janganlah penyakit berjangkit sebegitu terjangkit pada kita pula, insyaAllah!