26 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
Calon PAS bagi DUN Merlimau, Yuhaizad Abdullah mencabar Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya membuktikan bahawa kuarters sekolah yang didiaminya bersama isterinya yang merupakan seorang guru, adalah milik Umno.
Yuhaizad membuat cabaran tersebut sebagai menjawab kenyataan Muhyiddin yang menyifatkan calon PAS itu sebagai tidak mengenang budi kerana tinggal di kuarters sekolah bersama isterinya itu, tetapi bertanding sebagai calon PAs.
"Saya mencabar Umno dan beliau (Muhyiddin) untuk buktikan kompleks (kuarters itu) dibina oleh Umno," katanya dalam satu sidang akhbar bersama di pusat operasi pilihan raya DAP, dekat pekan Merlimau.
Katanya, jika Umno dan Muhyiddin dapat membuktikan sedemikian, beliau akan berpindah malam ini.
Jika tidak, kata Yuhaizad berkata, beliau akan terus tinggal di situ bersama isterinya.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas kenyataan Muhyiddin bahawa kerajaan akan mengambil tindakan terhadap keluarganya.
Semalam, Muhyiddin menyuarakan rasa kecewanya terhadap Yuhaizad dan keluarganya yang tinggal di kuarters sekolah tetapi bertanding sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil Merlimau.
Malaysiakini/-

4 ulasan:
tak tahu ka harta dlm MSIA ni semua bapak ia punya termasuk dewan,surau dan harta awam
mmg itu lah kualiti mat sembab, tak tau mana duit umno mana duit kerajaan, malu dapat menteri pelajaran merangkap tpm cam tu
nampaknya semua pemimpin BN buat harta kerajaan seperti harta mereka. Ikut suka nak bagi jutaan kat sana jutaan kat sini macam duit sendiri. Bukankah wang kerajaan tu wang rakyat. Semua Rakyat tak kira parti bayar cukai pada pemerintah dan kerajaan pula hanya bagi pada penyokong nya sahaja. Adakah itu adil namanya.
Kerajaan sepatutnya bersikap matang sebaik tamat pilihanraya semua rakyat tidak dinafikan hak mereka tanpa mengira mana-mana parti. Itu barulah dikatakan domokrasi. bukan sebab dia dari parti pembangkang tak boleh tinggal di kauters kerajaan. Apa nih sungguh malu sebagai TPM boleh keluarkan kenyataan seperti ini. Ingat satu hari nanti BN juga akan jadi pembangkang dan tak mustahil ia jadi kenyataan jika dengan izin allah.
Orang besar UMNO tu tak sedar diri yang dia menumpang di bumi milik Allah. Melawan perintah Allah pulak tu.... malulah sikit.
Catat Ulasan