29 Ogos 2008

Rakyat sudah tidak percaya kepada akhbar harian !

Keputusan Pilihanraya Umum ke 12 dan terkini keputusan yang memihak kepada DS Anwar Ibrahim di Permatang Pauh dengan mendapat majoriti lebih besar iaitu 15. 671 undi telah membuktikan rakyat malaysia sudah tidak percaya dengan berita bohong yang disiarkan oleh akhbar arus perdana.


Teknik pemberitaaan berat sebelah, double standard, menipu, putarbelit, sembunyi fakta sebenar dan seumpamanya sudah ketinggalan zaman buat masa ini.


Saya dimaklumkan oleh teman rapat yang berkerja disebuat syarikat akhbar arus perdana sekarang yang katanya sangat gusar dengan penurunan jualan akhbarnya sehingga pengurusnya sedang memikirkan untuk keluar dari kepompong lama dan membuat pemberitaan ala Sinar Harian yang lebih digemari di Pantai Timur dan sekarang telah berada di Lembah Kelang.


Katanya sejak Sinar Harian berada di Lembah Kelang jualan akhbarnya menurun dengan mendadak. Puncanya telah di ketahui cuma kita hendak bertanya mahukah mereka keluar dari cengkaman arahan pemimpin UMNO dan BN yang menguasai akhbar tersebut. Awas lawan bos berarti periuk nasi tak berasap.Persoalan sekarang antara bisnes dan politik.


Kalaulah akhbar tulisan jawi berkubur dek kerana kononnya orang tidak minat membaca jawi, saya yakin orang tetap akan menghukum akhbar yang "jahat" itu dengan hukuman lebih dasyat sehingga suatu masa nanti dia juga akan berkubur sama . Dalam masa yang sama rakyat telah bersedian beralih arah untuk mendapat informasi yang lebih adil dan telus dari akhbar alternatif dan sebagainya.

Perak akan bantu bekal air ke Pulau pinang dan Selangor.

IPOH : Kerajaan negeri Perak bercadang menyalurkan bekalan air di negeri ini kepada Pulau Pinang dan Selangor sebagai usaha membantu mengurangkan kos penyelenggaraan infrastruktur dan kemudahan awam di dua negeri itu.

Menteri Besar Perak Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, dengan jumlah sumber air yang banyak di Perak, kerajaan negeri boleh membantu kedua-dua negeri berkenaan mengurangkan kos penyelenggaraan air.

Beliau berkata di peringkat awal ini Perak yang diwakili Lembaga Air Perak sedang berbincang dengan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd bagi melaksanakan kajian teknikal dan perancangan untuk penyaluran air.

Perak mempunyai sumber yang mencukupi untuk membekalkan bantuan air kepada kedua-dua negeri itu iaitu kawasan Kerian di bahagian Utara dan Lembah Bernam di Selatan, katanya kepada pemberita di sini semalam.

Terdahulu Mohammad Nizar menerima kunjungan hormat Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin di pejabatnya di sini.

Sementara itu, Mohammad Fairus berkata kerajaan negeri Pulau Pinang bersedia memberi komitmen yang tinggi terhadap usahasama kedua-dua negeri itu.

"Perbincangan antara Perak dan Pulau Pinang cukup baik dan akan diperincikan lagi selepas ini," katanya.
sumber : harakahdaily