01 Julai 2021

Peruntukan RM300,000 mula disalurkan kepada ahli Parlimen

 


PUTRAJAYA - Peruntukan sebanyak RM300,000 kepada ahli Parlimen bagi memperkasakan program Bantuan Bakul Makanan telah mula disalurkan bermula Khamis.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata, bagi kawasan Parlimen Gerik dan Batu Sapi yang mempunyai kekosongan ahli Parlimen, peruntukan itu disalurkan melalui Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak, Gerik serta Majlis Perbandaran Sandakan.

Arab Saudi bersedia terima jemaah haji

 Gambar fail menunjukkan jemaah mengelilingi Kaabah di Masjidil Haram di Makkah, Arab Saudi. - Foto EPA

Gambar fail menunjukkan jemaah mengelilingi Kaabah di Masjidil Haram di Makkah, Arab Saudi. - Foto EPA

JEDDAH: Arab Saudi sudah merekrut 5,000 petugas untuk kerja membasmi kuman di seluruh kawasan Masjidil Haram dan beberapa kemudahan lain sehingga 10 kali sehari ketika musim haji.

Presiden Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Abdul Rahman Al-Sudais, berkata kerja-kerja itu akan menggunakan 60,000 liter cecair pembasmi kuman dan teknologi pembersihan terkini.

Tidak dibenar keluar selepas jam 8 malam

 Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak membenarkan pergerakan di luar kawasan kediaman selepas jam 8 malam membabitkan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kecuali bagi kes kecemasan atau mendapat kebenaran polis.

Hampir 2,000 penyokong Scotland positif COVID-19

 Gambar hiasan. - Foto AFP

Gambar hiasan. - Foto AFP

EDINBURGH: Sekurang-kurangnya 1,991 kes jangkitan COVID-19 di Scotland dikaitkan dengan peminat yang menonton perlawanan bola sepak Euro 2020.

Agensi Kesihatan Awam Scotland (PHS) memaklumkan, hampir dua pertiga atau 1,294 kes membabitkan peminat bola sepak yang berkunjung ke London untuk menyaksikan perlawanan antara Scotland menentang England 18 Jun lalu.

Peralihan fasa PPN dalam tempoh terdekat

 Sekatan jalan di pintu gerbang Kota Darul Ehsan, sempadan antara Selangor dan Kuala Lumpur ketika Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN). - Foto NSTP/Asyraf Hamzah

Sekatan jalan di pintu gerbang Kota Darul Ehsan, sempadan antara Selangor dan Kuala Lumpur ketika Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN). - Foto NSTP/Asyraf Hamzah

KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) dijangka mengumumkan keputusan berhubung cadangan peralihan ke Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam masa terdekat.

Ini berikutan perbincangan mengenai cadangan peralihan fasa mengikut negeri itu sudah pun dimuktamadkan, selepas mengambil kira beberapa faktor tertentu.

Bendera putih: Islam larang putus asa, mengalah, Mufti P Pinang tak setuju

 

Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, wakil rakyat di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri perlu memainkan peranan sebagai penghubung bagi golongan yang memerlukan bantuan. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor tidak bersetuju dengan cadangan mengibar bendera putih sebagai usaha menzahirkan kesusahan hidup bagi mendapatkan bantuan.

Katanya, tindakan itu tidak wajar dilakukan kerana ia mencerminkan sikap putus asa dan mengalah terhadap situasi yang dihadapi.

Mogok doktor kontrak 26 Julai, jika tuntutan tidak dipenuhi.


KUALA LUMPUR: Doktor kontrak di seluruh negara akan menjalankan mogok pada 26 Julai ini jika dua tuntutan yang dikemukakan dalam Memorandum Gerakan #Hartal tidak diselesaikan kerajaan dalam tempoh ditetapkan.

Hartal Doktor Kontrak berkata, tindakan drastik itu akan diambil sekiranya kerajaan tidak memenuhi tuntutan berkenaan dan tidak ada hitam putih mengenainya dalam tempoh tiga minggu ini.

Ubah strategi PPN, longgarkan syarat negeri yang kurang kes Covid 19


KUALA LUMPUR: Pakar kesihatan awam menggesa kerajaan mengubah pendekatan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan menggunakan strategi intervensi berasaskan sempadan negeri, daerah, mukim atau zon.

Kerajaan juga disaran mengubah indikator peralihan fasa PPN, daripada menggunakan penurunan jumlah kes harian sebagai penanda aras kepada kadar insiden bagi setiap 100,000 penduduk seperti disaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Darurat COVID-19 diisytihar di Jawa, Bali

 Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi). - Foto EPA

Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi). - Foto EPA

JAKARTA: Dalam usaha membendung penularan COVID-19 di Jawa dan Bali, Indonesia mengumumkan pelaksanaan perintah Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) atau darurat.

Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi), berkata beliau memutuskan untuk melaksanakan darurat PPKM dari 3 hingga 20 Julai ini khusus di Jawa dan Bali.

 Foto ihsan Twitter Datuk Seri Dr Adham Baba

Foto ihsan Twitter Datuk Seri Dr Adham Baba

KUALA LUMPUR: Jumlah vaksin diberikan di Malaysia sudah melepasi lapan juta dos, sekali gus menyaksikan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) terus mencatat peningkatan konsisten sejak Mei lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata sebanyak 8,083,685 dos vaksin diberikan sejak PICK bermula 24 Februari lalu hingga semalam.

Beliau memaklumkan, lebih tujuh peratus populasi negara telah mendapat perlindungan lengkap dua suntikan vaksin, iaitu menghampiri nilai ambang 10 peratus untuk peralihan ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara.

"Seramai 5,774,667 individu sudah menerima dos pertama, mencakupi 17.7 peratus populasi negara.

"Jumlah penerima dos kedua dan lengkap imunisasi COVID-19 ialah 2,309,018 orang yang bersamaan 7.1 peratus populasi negara," katanya dalam Twitter, hari ini.

Dr Adham turut memaklumkan, kapasiti vaksinasi harian juga kembali melepasi 250,000 dos, dengan merekodkan pemberian 258,773 dos di seluruh negara, semalam.

Rekod tertinggi pemberian vaksin harian dicatatkan pada 24 Jun lalu membabitkan 268,604 dos, yang dicapai hanya dalam tempoh 10 hari selepas pemberian vaksin harian melepasi 200,000 dos buat kali pertama.

Dalam pada itu, data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) yang dikongsikan Dr Adham, menunjukkan penduduk Kuala Lumpur kekal mencatat kadar penerima dos pertama yang tertinggi dengan 1.02 juta individu atau 57.6 peratus daripada populasinya.

Ia disusuli Sarawak (1.07 juta/38 peratus), Putrajaya (39,112/35.6 peratus), Labuan (34,303/34.4 peratus), Perlis (67,256/26.4 peratus), Pulau Pinang (296,279/16.7 peratus) dan Negeri Sembilan (183,529/16.3 peratus).

Penduduk Putrajaya pula mencatat kadar penerima dos kedua yang tertinggi membabitkan 27,515 individu atau 25 peratus daripada keseluruhan populasinya.

Ia disusuli Labuan (15,796/15.9 peratus), Perlis (39,980/15.7 peratus), Kuala Lumpur (198,665/11.2 peratus), Sarawak (250,011/8.9 peratus), Perak (209,174/8.3 peratus), Negeri Sembilan (94,132/8.3 peratus) dan Kedah (178,707/8.2 peratus). BH/-

Pahang benarkan 100 jemaah solat Jumaat di masjid

 Foto hiasan NSTP

Foto hiasan NSTP

KUANTAN: Solat Jumaat dan fardu dibenarkan di semua masjid dan surau di Pahang ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Kebenaran itu berdasarkan pelaksanaan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi aktiviti ibadat di masjid dan surau.

Menolak kemudaratan kewajipan bersama

 

SABDA Rasulullah SAW:

‌لَا ‌ضَرَرَ ‌وَلَا ‌ضِرَارَ.

“Jangan lakukan perkara yang mendatangkan mudarat dan menyebabkan kemudaratan kepada orang lain.” (Riwayat Ahmad 2865, Ibn Majah 2341 dan lain-lain)

Sabda berhikmah daripada Rasulullah SAW kepada umatnya dan seluruh manusia yang hidup bermasyarakat secara fitrah (naluri). Maka, seseorang manusia itu tidak seharusnya bersikap mementingkan diri, keluarga dan kaumnya sahaja, bahkan mereka wajib menjaga orang lain di sekelilingnya.

‘Bendera Putih’ dalamnya ada berbagai warna

 

ISU berkenaan mengibarkan ‘Bendera Putih’ yang tular, menarik perhatian majoriti ‘netizen’. Saya tidak tahu siapa yang memulakannya. Ianya nampak disambut sebahagian orang dan ada juga yang tidak menyokong dengan alasan masing-masing. Bagi saya, mungkin ada jalan meraikan keduanya. Sebagaimana kita memancarkan cahaya putih ke prisma, ia akan berpecah dan membentuk tujuh warna berlainan iaitu pelangi. Cuma kita perlu tahu apakah warna kita:

Dulu jual sate di pasar malam, kini niaga di depan rumah


Norhidayah bersama anak saudaranya, Mohd Asri Irfan kini menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan kerana PKP 3.0.

TEMERLOH - Seorang peniaga sate di pasar malam kini terpaksa berniaga di depan rumah sebaik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula sejak 1 Jun lalu.

Norhidayah Jantan, 33, dari Kampung Batu Kapor di sini memilih meniaga pelbagai jenis makanan antaranya kuih-muih, laksa dan pelbagai jenis minuman di depan rumahnya sepanjang tempoh PKP 3.0.

Covid-19 melonjak dalam kalangan kanak-kanak di Indonesia


Kanak-kanak bermain tanpa pelitup muka dan jarak sosial di tengah-tengah pusat makanan jalanan di Jakarta minggu lalu. (Gambar AP)

JAKARTA: Jumlah kanak-kanak Indonesia yang dijangkiti coronavirus meningkat hampir tiga kali ganda sejak Mei, dengan kematian bayi akibat Covid-19 naik mendadak, kata seorang pakar pediatrik kanan hari ini.

Indonesia berdepan lonjakan kes bulan ini, dengan rekod terbaharu pada hari keenam sejak 21 Jun termasuk kenaikan harian lebih 21,807 pada Rabu, sekali gus mendesak kerajaan untuk melaksanakan langkah yang lebih ketat.

Imigresen serbu kilang, tahan 229 warga asing

 

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Khairul Dzaimee Daud berkata, kesemua tahanan dibawa menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum ditempatkan di Depot Imigresen Semenyih.

PETALING JAYA: Jabatan Imigresen menahan 229 warga asing dalam Operasi Patuh (Op Patuh) di sebuah kilang pelupusan besi di Meru, Klang, dekat sini, pagi tadi.

Kesemua yang ditahan berumur 22 hingga 45 tahun melibatkan 99 warga India, Bangladesh (88), Pakistan (33), Myanmar (lima), Indonesia (tiga) dan seorang warga Nepal.

Sasar 14 juta penduduk divaksin menjelang akhir Julai

 

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (tengah) beramah mesra dengan penerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Institut Pengurusan Peladang (IPP), hari ini - Foto NSTP/Amirul Aiman Hamsuddin

Kementerian Kesihatan menyasarkan 14 juta penduduk di Malaysia divaksin menjelang akhir Julai.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata, setakat hari ini, 7.9 juta individu telah divaksin yang mana 17.2 peratus populasi di negara ini menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin COVID-19 dengan 6.8 peratus sudah pun menerima dua dos penuh.

AKSEM dibubar, PDRM ambil alih kawalan sempadan

 

Hamzah Zainuddin (tengah) pada sidang media penyerahan AKSEM kepada PDRM di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Pasukan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) dibubarkan manakala skop tugas kawalan sempadan diambil sepenuhnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata Pasukan Gerakan Am (PGA) akan meneruskan semua fungsi AKSEM di sempadan negara menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada.