18 Julai 2013

AG jelas sebab Alvin, Vivian tak dibenar ikatjamin

9 Ramadhan 1434 H. [MOD]

  • Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menjelaskan bahawa pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivan Lee tidak dilepaskan dengan jaminan di mahkamah hari ini kerana mereka mempunyai kecenderungan untuk memuat naik kandungan yang boleh membangkitkan kemarahan orang ramai.

Alvin, Vivian didakwa hari ini, tak dibenar ikatjamin

9 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

  • dikemaskini 3.30pm Pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersendakan umat Islam dan Ramadan alam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka.

Rafizi ulang lagi, kait SPR dengan pembekal dakwat

9 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

  • MP Pandan Rafizi Ramli hari ini mengulangi dakwaan bahawa bahawa pemimpin tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai hubungan rapat dengan pembekal dakwat kekal yang digunakan semasa pilihan raya.

Kepungan di Gaza jenayah melampau

Kepungan di Gaza jenayah melampau
9 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


Terowong Gaza turut digunakan untuk membawa haiwan ternakan.
GAZA - Kumpulan Pergerakan Palestin Al-Ahrar menganggap keputusan Mesir untuk terus merobohkan terowong antara Gaza dan negara itu dianggap sebagai jenayah kemanusiaan.

Kenapa barang tidak cukup menjelang perayaan?

9 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, mempersoalkan bagaimana barangan keperluan sentiasa tidak mencukupi menjelang musim perayaan dan berulang setiap tahun.

Baik berbuka di rumah dari di restoren

9 Ramadhan 1434 H. [MOD] - 

Subky Latif, 18 Jul 2013
Tidak ada salah berbuka puasa di hotel mewah atau di restoren, bagi mereka yang berupaya sekalipun belanjanya besar. Sekalipun Islam mahukan semuanya sederhana termasuk berbuka, tetapi atas  sebab tertentu ada yang sekali sekala berbuka dengan keluarga di hotel-hotel sebagai meraikan isteri dan anak-anak yang sentiasa berpenat lelah menyediakan juadah berbukan di rumah.

Dakwat kekal: Rafizi akan ulangi dakwaan di luar Dewan

9 Ramadhan 1434 H. [MOD] - 


KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli (gambar) akan membuat kenyataan di luar parlimen berkaitan kontrak dakwat kekal setelah membuat dakwaan itu di dalam Dewan Rakyat sebelum ini.

Rafizi memberikan jaminan ini selepas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul untuk menyeret beliau di bawah Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan.

Selepas menolak usul itu, Pandikar mencadangkan agar Rafizi membuatnya di luar Parlimen di mana dia tidak dilindungi oleh sebarang imuniti.


Lunasi zakat fitrahmu

9 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Ustaz Hamizul Abdul Hamid, 18 Jul 2013
Ramai umat Islam yang masih keliru tentang kewajipan zakat fitrah, bukan keliru status hukumnya, tetapi bagaimana melaksanakannya. Inilah antara Q&A yang diharap mampu menjelaskan kekeliruan itu. Selamat membaca.

6 lelaki rompak barang kemas RM3.2 juta di Mentakab

9 Ramadhan 1434 H. [MOD] - 

TEMERLOH 18 Julai - Enam lelaki bersenjatakan parang merompak barang kemas bernilai kira-kira RM3.2 juta dari sebuah kedai emas di bandar Mentakab, dekat sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Supritendan Zundin Mahmood berkata, perompak berkenaan hanya mengambil masa tiga minit melarikan barang kemas itu dalam kejadian 9.30 pagi ini.

Sembunyi status wali, anak jadi mangsa wati syubahah

9 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
Ustaz Ahmad Baei Jaafar

Sepanjang saya mengendalikan urusan perkahwinan umat Islam, terdapat pelbagai kes yang membabitkan anak tak sah taraf. Tidak kurang juga yang datang memohon perkahwinan dalam keadaan mereka sedang mengandung anak luar nikah. Sedih memang sedih tetapi sebagai Penolong Pendaftar Nikah, saya tidak menghukum sebaliknya akan memudahkan urusan perkahwinan setakat yang dibenarkan syarak dan undang-undang agama Islam negeri. Yang penting mereka boleh berkahwin secara sah.

Janji lisan PM tidak bernilai Kepada Rakyat Sarawak

9 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Pengumuman atau janji-janji lisan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi projek-projek di Sarawak menjelang PRU13 yang lalu kini menjadi “boomerang” kepadanya.

Kuala Besut: Warna dakwat kekal ‘muncul’ semula walau dicuci, kata SPR

9 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Kakitangan SPR menunjukkan demonstrasi cara mencelup dakwat kekal pada hari mengundi PRK Kuala Besut. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 18 Julai, 2013.  Kakitangan SPR menunjukkan demonstrasi cara mencelup dakwat kekal pada hari mengundi PRK Kuala Besut. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 18 Julai, 2013.















Selepas berlaku beberapa insiden dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang mudah dibersihkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memberi jaminan, dakwat kekal yang bakal digunakan dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut akan "muncul semula walaupun dicuci."

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata bagi membolehkan kesan dakwat kekal pada jari, pengundi dinasihatkan untuk memastikan jari mereka tidak berminyak.

Karpal lapor polis terhadap timbalan menteri

9 Ramadhan 1434 H. [MOD] - 

Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini membuat laporan polis terhadap Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berhubung kenyataan didakwa berbaur hasutan.
  
Karpal Singh, diiringi Penasihat DAP Lim Kit Siang, membuat laporan itu di balai polis  Tun H.S Lee di sini pada kira-kira 12 tengah hari.


Ikhwan demo julang al-Quran di pejabat PM Mesir

9 Ramadhan 1434 H. [MOD] - 

Ribuan penyokong Mohamed Mursi, presiden Mesir yang digulingkan, berdemonstrasi di luar pejabat perdana menteri dan berarak di Kaherah pada Rabu bagi menyatakan bantahan terhadap kabinet baru yang disokong tentera, pada hari pertama mereka memulakan tugas.

Kenapa pengundi Kuala Besut mesti pilih PAS

9 Ramadhan 1434 H. [MOD] - 
Dr Azman Ibrahim, 18 Jul 2013
Dengan memilih PAS, kedudukan bilangan kerusi di Dun Terengganu akan menjadi seimbang 16:16 antara PR dan BN.

Sekalipun tampuk pentadbiran negeri tidak akan bertukar dengan munculnya angka 16:16 sebagaimana yang dicanangkan kepimpinan Umno, kedudukan genting bagi Umno/BN ini dengan sendirinya akan menjadi faktor pendesak semulajadi untuk BN menunaikan janji-janjinya yang ditabur sepanjang kempen.

Mahkamah tolak petisyen Telok Pasu, Rantau Abang

9 Ramadhan 1434 H. [MOD] - \
Harakahdaily, 18 Jul 2013
KUALA TERENGGANU: Mahkamah menolak petisyen yang dikemukakan Barisan Nasional (BN) ke atas dua anggota Dewan Undangan Negeri  PAS iaitu Telok Pasu dan juga Rantau Abang hari ini.

Hakim Datuk Seri Mariana Yahya menolak petisyen itu dalam perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini.

Dun Telok Pasu dimenangi calon PAS, Ridhuan Hashim mengalah calon BN Datuk Abdul Rahin Mat Said dengan majoriti 109 undi dalam pilihan raya umum lalu.

Profesor USM Didakwa Palsukan Tuntutan Elaun Perjalanan

9 Ramadhan 1434 H. [MOD] - 

Prof Dr P. Ambigapathy didakwa membuat kenyataan palsu dalam tuntutan elaun perjalanan untuk tugasan rasminya pada 2010 dengan nilai sebanyak RM1,242. 
 
GEORGE TOWN: Seorang profesor Universiti Sains Malaysia (USM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, Khamis terhadap tiga pertuduhan membuat kenyataan palsu dalam tuntutan elaun perjalanan untuk tugasan rasminya pada 2010.

Dewan Rakyat Lulus Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan

9 Ramadhan 1434 H. [MOD] - 

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat malam Rabu meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2012) 2013 selepas dibahaskan dalam peringkat jawatankuasa sejak Selasa.

Rang Undang-undang itu memperuntukkan wang tambahan sebanyak RM513,469,560 kepada beberapa kementerian dan jabatan sebagai perbelanjaan pembangunan tambahan pertama.

Pasangan Persenda Islam, Ramadan Didakwa Di Mahkamah Sesyen, Khamis

9 Ramadhan 1434 H. [MOD] - 

KUALA LUMPUR: Pasangan yang mempersenda umat Islam dan Ramadan melalui laman Facebook mereka, Alvin Tan, 25, dan Vivian Lee, 24, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta, di sini Khamis, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah.