9 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR:
Persidangan Dewan Rakyat malam Rabu meluluskan Rang Undang-Undang
Perbekalan Tambahan (2012) 2013 selepas dibahaskan dalam peringkat
jawatankuasa sejak Selasa.
Rang Undang-undang itu memperuntukkan wang tambahan sebanyak
RM513,469,560 kepada beberapa kementerian dan jabatan sebagai
perbelanjaan pembangunan tambahan pertama.
Selain itu, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Kementerian
Pelancongan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Komunikasi dan
Multimedia dan Kementerian Dalam Negeri.
Persidangan dewan bersambung hari ini. -BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan