18 Julai 2013

Alvin, Vivian didakwa hari ini, tak dibenar ikatjamin

9 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

  • dikemaskini 3.30pm Pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersendakan umat Islam dan Ramadan alam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka.

    Pertuduhan terhadap Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25a, dan Vivian atau nama penuhnya Lee May Ling, 24, dibacakan di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

    Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama menerbitkan satu enerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian - Alvivi' di pautan ttps://www.facebook.com/alvivi.swi gers iaitu kandungan gambar dan komen yang bertajuk "Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan !!!" yang mengandungi logo Halal.
    NONE
    Pasangan itu didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 10.48 malam antara 11 Julai dan 12 Julai lepas di 568-14-18, Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2, di Kuala Lumpur.

    Mereka didakwa mengikut subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

    Bagi kesalahan pertama kali, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan berikutnya, boleh dipenjara maksimum lima tahun jika sabit kesalahan.

    Bagi pertuduhan kedua, Tan dan Lee didakwa mempamerkan gambar-gambar lucah di http://alviviswingers.tumblr.com/ di tempat sama, antara 6 Julai dan 7 Julai lepas, antara 9 malam hingga 2 pagi.
       
    Mereka didakwa mengikut subseksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 yang membawa hukuman denda minimum RM10,000 atau maksimum RM50,000 atau boleh dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
       
    Pasangan itu juga didakwa memuat naik di laman Facebook mereka satu kandungan gambar dan komen yang sama, berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama di kalangan penganut agama berlainan.
       
    Kandungan itu telah dibaca di CAF - Syed Restaurant Jalan Dang Wangi antara 11 Julai dan 12 Julai pukul 10.48 malam.
       
    Mereka didakwa mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun jika sabit kesalahan.
       
    Pasangan itu kelihatan tenang dan bersahaja ketika pertuduhan dibacakan satu persatu kepada mereka dan masing-masing berkata: "Saya minta dibicarakan".
       
    Hakim Murtazadi tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin atas sebab kepentingan awam.
       
    "Mahkamah tidak akan terpengaruh dengan unsur-unsur luar dalam memberi jaminan kepada tertuduh," tegas hakim itu.

Tiada ulasan: