- MP Pandan Rafizi Ramli hari ini mengulangi dakwaan bahawa bahawa pemimpin tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai hubungan rapat dengan pembekal dakwat kekal yang digunakan semasa pilihan raya.
- Rafizi mengulangi dakwaan tersebut di lobi Dewan Rakyat hari ini setelah diminta untuk berbuat demikian oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
-
Pengarah strategi PKR itu juga berkata beliau akan memfailkan satu usul khusus berhubung dakwaan tersebut.
Rafizi dalam sidang medianya mendakwa, syarikat yang mendapat kontrak membekalkan topi kepada SPR juga mempunyai kaitan dengan syarikat didakwa sebagai pembekal dakwat kekal, Integrated Challenger (M) Sdn Bhd.Beliau mendakwa, syarikat pembekal topi kepada SPR, Nash Ventures Sdn Bhd – salah satu syarikat yang disebut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim ketika ucapan di Dewan Rakyat semalam – mempunyai pertalian dengan pengarah Integrated Challenger."Salah seorang pengarah syarikat (Nash Venture) adalah pemegang syarikat dan pemegang saham Allisons Corp Sdn Bhd yang mendapat kontrak pembekalan dari Kementerian Pertahanan."Pemegang saham lain dan pengarah syarikat Allisons Corp Sdn Bhd adalah Mohamed Salleh Mohamed Alli."Mengikut nombor kad pengenalan, pengarah itu turut lahir di Singapura dan lahir pada tahun sama dengan Mohamed Salleh yang memungkinkan mereka adalah kenalan lama. Alamat rumah kediaman untuk pengarah itu dan Mohamed Salleh adalah sama. Besar kemungkinan mereka ada pertalian suami isteri," kata Rafizi.|Sementara itu, Rafizi ketika diminta menjelaskan mengenai pertalian pegawai tertinggi SPR dengan syarikat pembekal dakwat kekal hanya berkata: "Saya sentiasa katakan, ia melibatkan kepimpinan SPR termasuk pengerusi dan timbalan SPR."...Jangan gaduh dengan saya, perkara utama ialah untuk mengesahkan nama (syarikat) itu. Kalau tak ada benda nak disembunyi terus terang sahaja," katanya lagi.Beliau turut mendakwa, alamat perniagaan yang didaftarkan untuk ketiga-tiga syarikat tersebut juga adalah di alamat yang sama iaitu di Shah Alam.
Terdahulu Pandikar Amin berkata MP Pandan tersebut semasa berucap pada hari Selasa lalu menyebut ahli SPR yang tidak dapat mempertahankan diri di Dewan berkenaan. - Tindakan tersebut, menurut Pandikar Amin, melanggar peruntukan Peraturan Tetap 36(8) yang antara lainnya menghalang ahli Dewan daripada menyebut ahli SPR tersebut, kecuali dengan usul khusus bagi tujuan tersebut.Pandikar Amin meminta Rafizi diminta mengulangi dakwaantersebut di luar Dewan bagi membolehkan pengerusi dan timbalan pengerusi SPR, yang disebut oleh Rafizi, mendapatkan keadilan.Ucapan MP di luar Dewan Rakyat tidak dilindungi kekebalan dari tindakan undang-undang.Pandikar Amin meminta Rafizi berbuat demikian ketika memutuskan usul yang dikemukakan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN-Kepala Batas) terdahulu yang mahu Rafizi dirujuk ke jawatankuasa hak dan kebebasan atas dakwaan tersebut.Pandikar Amin menolak usul Reezal Merican yang mahu merujuk Rafizi ke jawatankuasa berkenaan berdasarkan Peraturan Mesyuarat 36 (12)
"Pandan yakin fakta dia betul. Sebelum itu dia suruh dedah tapi tak ada dedahan di buat. Cuma Pandan, untuk beri orang sana membela, kalau Pandan berani, dia ikhlas, dia ulang di luar," katanya."Jadi atas sebab itu saya terpaksa mohon maaf menolak (cadangan usul) Yang Berhomat untuk merujuk Pandan pada jawatankuasa hak dan keistimewaan," kata Pandikar.
Malaysiakini/-
18 Julai 2013
Rafizi ulang lagi, kait SPR dengan pembekal dakwat
9 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan