9 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
Subky Latif, | 18 Jul 2013 |
Tidak ada salah berbuka puasa di hotel mewah atau di restoren, bagi
mereka yang berupaya sekalipun belanjanya besar. Sekalipun Islam
mahukan semuanya sederhana termasuk berbuka, tetapi atas sebab
tertentu ada yang sekali sekala berbuka dengan keluarga di hotel-hotel
sebagai meraikan isteri dan anak-anak yang sentiasa berpenat lelah
menyediakan juadah berbukan di rumah.
Walaupun
sekali ke restoran sepanjang sebulan puasa, soal berbuka secara
sederhana tidak berbangkit lagi. Sekali berbuka di hotel mungkin
belanjanya dengan sepuluh hari berbuka di rumah.
Masyarakat kita di bandar-bandar telah biasa dengan hidup yang begitu, tidak mengapa berbuka di restoran sekalipun lebih sikit belanja.
Kita tidak melarang.
Tetapi saya memilih berbuka di rumah dan di masjid atau surau. Memang ajaran berbuka sederhana itu mudah diamalkan di rumah dan di surau.
Pertama kita berbuka secara sederhana, makan apa yang ada.
Sebaik berbuka kita hendak segera solat waktu. Ada yang memillih makan yang manis-manis dulu dan terus solat. Lepas solat barulah betul-betul makan.
Masa tidak banyak selepas berbuka kerana masing-masing terpaksa bergegas ke surau dan masjid bagi menunaikan solat tarawih. Surau dan masjid tidak menunggu lama untuk memulakan tarawih. Masing-masing mahu segera selesai untuk lain-lain ibadat dan suri-suri pula lebih suka pulang cepat bagi lain-lain kerja rumah.
Ada restoren dan hotel menyediakan musalla untuk solat, tetapi biasanya masing-masing makan dulu baru mengadakan solat. Biasanya orang tidak duduk sekejap semasa berbuka di restoran. Masing-masing datang dengan keluarga atau tetamu tidak menempah makanan begitu minima. Yang ditempah lebih mewah dari yang biasa dimakan di rumah.
Tidak mungkin berbuka sekejap, lepas itu masing-masing solat dan kemudian datang semula menghabiskan makanan yang dipesan.
Ke bilik air sebelum solat pun mengambil masa kerana bilik air dikongsi dengan lain-lain pelanggan. Biasanya semua solat dekat nak luput waktu. Kemudian bagaimana dengan solat tarawih?
Tarawih itu hanya ada dalam bulan Ramadhan. Kecenderungan sekarang orang-orang yang taqwa tidak mahu meninggalkan tarawih bahkan untuk semalam. Mereka mahu memenuhi setiap malam Ramadhan itu dengan taarawih dan witir.
Puasa itu sendiri adalah ujian taqwa seseorang. Bersungguh-sungguh seseorang mengisi siang dam malam Ramadhan itu ada bagi meningkatkan taqwa. Maka berlumba-lumbalah semua untuk beramal pada bulan taqwa itu. Orang yang taqwa rasa amat menyesal jika tertinggal tarawih sekalipun satu malam.
Jika berbuka dengan keluarga di restoran, maka akan beregopoh-gapah untuk ke surau atau masjid, dan tidak mustahil tidak sempat tarawih berjamaah.
Walaupun tarawih itu boleh dilakukan sendirian di rumah, umumnya orang yang rendah taqwanya jika tidak ke surau, payahlah tarawihnya. Bukan semua tidak tarawih di rumah, tetapi ada yang kalau tidak ke surau tidak tarawih di rumah.
Memang kadang-kadang kita tidak suka menunai jemputan berbuka di rumah orang lain, terutama jauh pula, kerana takut terlepas tarawih. Nasiblah juga tuan rumah memasukkan tarawih dalam pekej berbukanya.
Tetapi yang selesa pada saya ialah tidak ke mana dalam bulan Ramadhan, memilih berbuka di rumah atau di surau dari ke restoran. Sebabnya mudah menyegerakan solat waktu dan tidak terburu-buru ke masjid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan