9 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
TEMERLOH 18 Julai - Enam lelaki bersenjatakan parang merompak barang
kemas bernilai kira-kira RM3.2 juta dari sebuah kedai emas di bandar
Mentakab, dekat sini hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Supritendan Zundin Mahmood
berkata, perompak berkenaan hanya mengambil masa tiga minit melarikan
barang kemas itu dalam kejadian 9.30 pagi ini.
"Secara tiba-tiba muncul enam lelaki berkenaan antaranya bertopeng
dan bersenjatakan parang menyerbu masuk kedai dan mengarahkan pemilik
kedai supaya berdiam diri.
"Perompak-perompak tersebut mengaut barang-barang kemas di dalam
cermin pameran ke dalam kampit plastik dan melarikan diri dengan
menaiki dua buah kereta, iaitu Honda Accord dan Toyota Camry," katanya
kepada pemberita di sini hari ini.
Zundin berkata, perompak berkenaan dipercayai melarikan diri ke arah
Plaza Tol Temerloh dan polis telah melancarkan gerakan memburu mereka.
"Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian ini. Pihak
polis juga percaya dua kenderaan yang digunakan perompak berkenaan
adalah kenderaan curi," katanya. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan