23 April 2009

Memorandum yang dihantar kepada SPR oleh DAPSY

Memorandum yang dihantar kepada Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya Dato’ Ngah bin Senik oleh delegasi DAPSY yang diketuai oleh Pengerusi Kebangsaannya YB Loke Siew Fook pada 21 April 2009 di Putrajaya.

Y.Bhg. Tan Sri,

CADANGAN-CADANGAN DAPSY UNTUK MENAMBAH BAIK SISTEM PILIHANRAYA DI MALAYSIA

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

2. Pihak Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) ingin membuat beberapa cadangan konstruktif kepada pihak SPR untuk menambahbaik sistem pilihanraya di negara kita.

a)Pendaftaran pemilih secara automatik
Untuk matlamat jangka masa panjang, pihak SPR seharusnya mensasar dan mencadangkan kepada kerajaan untuk menggubal undang-undang mensyaratkan setiap warganegara Malaysia yang mencapai umur yang ditetapkan terus menjadi pengundi yang berdaftar secara automatik. Ini boleh meringankan beban pihak SPR dan mengatasi masalah berjuta-juta pemilih yang layak tidak mendaftarkan diri.

b)Merendahkan umur kelayakan pengundi ke 18 tahun
Takrifan umur dewasa di Malaysia dari segi undang-undang ialah 18 tahun. Adalah tidak adil kepada mereka yang telah mencapai umur dewasa tetapi dinafikan hak untuk mengundi. Kami mencadangkan kepada pihak SPR supaya merendahkan umur kelayakan sebagai pengundi ke 18 tahun.

c)Menghapuskan sistem undi pos sedia ada
Isu undi pos merupakan satu isu yang sering mencemarkan imej dan kredibiliti pihak SPR kerana kekurangan ketelusan dalam proses pengundian undi pos. Kita mencadangkan pihak SPR menghapuskan sistem undi pos yang sedia ada dan hanya membenarkan undi pos kepada tentera yang bertugas dalam kawasan hutan atau tidak bertempat di pengkalan tentera.

Untuk anggota polis dan tentera yang berpengkalan di balai polis atau kem tetap, mereka sepatutnya membuang undi seperti pengundi biasa di kem masing-masing sehari lebih awal. Namun, keseluruhan proses tersebut perlu dilakukan dalam bilik pengundian tersebut seperti pengundi biasa dan dipantau oleh ejen parti masing-masing. Proses pengiraan undi juga perlu dilakukan di tempat sama selepas pengundian selesai dengan kehadiran ejen parti.

d)Masa kempen sekurang-kurangnya 14 hari
Pihak SPR perlu memastikan proses kempen pilihanraya dijalankan secara adil dan memberi masa dan ruang yang cukup untuk semua parti yang bertanding. Kempen pilihnaraya perlu dijalankan sekurang-kurangnya 14 hari. Dalam proses kempen, usaha perlu dilakukan supaya calon yang bertanding mempunyai peluang berkempen dan berjumpa dengan pengundi di kem-kem tentera dan balai-balai polis.

e)Penolong pendaftar parti politik
Untuk pendekatan jangka masa pendek, pihak kami mengalu-alukan langkah pihak SPR membenarkan ahli-ahli parti politik dilantik menjadi penolong pendaftar. Kami mengharapkan usaha ini diteruskan dan pihak Ibupejabat SPR perlu mengarahkan semua SPR Negeri memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada penolong-penolong pendaftar dari parti politik. Saya harap pihak SPR akan mempercepatkan proses pendaftaran penolong-penolong pendaftar yang baru di semua negeri.

3. Kami berharap cadangan-cadangan di atas akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak SPR dan adalah matlamat kita untuk membantu SPR mendaftarkan pemilih-pemilih yang layak sebanyak yang mungkin.

Sekian, terima kasih.
Berkhidmat untuk rakyat,

Y.B. TUAN LOKE SIEW FOOK
KETUA PEMUDA SOSIALIS DAP
MERANGKAP AHLI PARLIMEN RASAH

23 April 2009 : Kes Nizar vs Zambry

Untuk makluman semua perbicaraan Kes Nizar vs Zambry untuk menentukan siapakah Menteri Besar Perak yang sah akan diadakan seperti berikut :

Pada: 23 April 2009
Jam : 2.30pm
Tempat : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta, Kuala Lumpur


Peguam-Peguam Dato Seri Nizar :
1) Tuan Hj. Sulaiman
2) Tuan Edmund Bon
3) Tuan Ranjit Singh
4) Tuan Amer
5) Tuan Hanipa
6) Tuan Zul
7) Tuan Chan KK
8) Tuan Leong

Doktor temui pokok dalam paru-paru

IZHEVSK, Rusia - Adakah anda masih ingat pesanan orang tua yang memberitahu supaya jangan menelan biji tembikai kerana takut benihnya akan tumbuh dalam perut?

Pesanan itu mungkin dianggap tidak munasabah tetapi beberapa doktor di sini terkejut apabila mendapati sebatang pokok fir kecil berdaun hijau setinggi lima sentimeter berada dalam paru-paru seorang pemuda, Artyom Sidorkin yang berumur 28 tahun.

Menurut sebuah akhbar semalam, Sidorkin pergi ke Pusat Kanser Udmurtian di sini, Rusia Tengah pada minggu lalu kerana batuk berdarah dan sakit dada.

Akhbar Komsomolskaya Pravda melaporkan, doktor-doktor pada awalnya mendapati terdapat tumor di dalam salah satu paru-parunya berdasarkan ujian X-ray tetapi setelah dibedah, mereka terkejut menemui pokok kecil itu.

"Mata saya berkedip-kedip sebanyak tiga kali kerana menganggap saya melihat benda lain.
"Saya kemudian memanggil pembantu untuk melihatnya semula," kata Dr. Vladimir Kamashev yang membuat pembedahan itu.

Sidorkin berkata, sebelum ini doktor memberitahunya batuk berdarah itu bukan disebabkan dia dijangkiti sebarang penyakit.

"Ia sangat sakit seperti mencucuk dalam saluran badan. Terasa sakit yang amat sangat. Namun saya tidak pernah terfikir ada objek dalam badan saya," kata Sidorkin.

Menurut beberapa doktor, adalah mustahil pokok kecil itu ditelan memasuki paru-paru manusia.

Mereka percaya Sidorkin mungkin menelan benih pokok itu yang kemudian membesar di dalam tubuhnya.

Sebahagian paru-paru Sidorkin dan pokok itu diawet untuk kajian lanjut.

Zamri Kecik's

Sebelum dan selepas.

Sebelum dan selepas pilihanraya di Bukit Gantang banyak yang ingin diperkatakan. Nampak kosong tapi ada benda yang tersirat lagi tersurat. Sebelum pilihanraya projek mee segera begitu banyak dan berjalan selancar-lancarnya hingga tidak sempat tar nak kering ditambah lagi dengan tar lain.

Hebat sungguh hingga mengalami kesesakan lalulintas tidak kira tempat masa dan keadaan. Selepas pilihanraya cogankata mee segera terus bertukar jadi JANGAN KERJA RAJIN (JKR). Pergilah jalan dari Simpang hendak ke Taiping sebelum Petronas dan Mobil, lihat sendiri apa yang diperkatakan. Siapa yang ingin dipersalahkan? Peristiwa ini sudah berlanjutan lebih seminggu.

Sempat juga saya meninjau di jalan kampung di Bukit Gantang untuk ke hentian rehat Bukit Gantang tempat menjual buah-buahan. Jalanrayanya penuh dengan lubang. Bila ditanya kepada pekerja di situ mereka berkata situasi tersebut telah lama berlaku dari BN memerintah.

Bila arwah YB Roslan mula hendak memperjuangkannya beliau telah dipanggil oleh Ilahi. Justeru, tanggungjawab ini hendaklah diteruskan oleh MB Nizar selaku ahli parlimen baru Bukit Gantang. Diharapkan MB Nizar dapat tunjukkan kepada BN bahawa masalah ini boleh diatasi segera.

Bukannya susah sangat hanya tambak dan turap jalan sedikit sahaja. Kasihan lihat penduduk kampung yang melalui jalan di situ untuk menjual buah-buahan mereka. Saya yakin MB Nizar boleh kerana sepanjang 11 bulan beliau memerintah Perak banyak sudah kemajuan yang beliau lakukan.

Namun begitu, kepada para penduduk Bukit Gantang haraplah bersabar kerana perkara ini bukannya silap mata, sekejap sahaja boleh berubah.

Terpegun saya melihat kenduri kesyukuran yang dibuat di Dataran Tok Guru di Simpang masyarakat berbilang bangsa,kaum dan agama penuh meraikan majlis tersebut. Perkara ini telah kurang wujud di dalam majlis BN yang tidak rasmi..

Teringat saya bila menziarahi saudara di Banggol Nering, mereka kata ada orang BN yang buat kenduri menang saluran UPU. Kalau saluran 1 menang, mereka buat kenduri,kalau saluran 3 upu lain menangpun buat keduri dan begitulah seterusnya. Agaknya dah tak tahu nak buat apadah...Marilah sama2 kita renungkan Firman Allah Taala di dalam Al-Quran yang bermaksud: DAN BERPEGANG TEGUHLAH KAMU KEPADA TALI ALLAH DAN JANGANLAH KAMU BERCERAI BERAI..

ANAK KOMANDO REJIMEN 1.

Gobind cabar penggantungannya di mahkamah

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh yang digantung selama setahun daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat, akan membawa kes itu ke mahkamah esok.

Saman tersebut akan difailkan terhadap Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, kata bapa Gobind, Karpal Singh.

Ia ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan minggu lalu yang membatalkan penggantungan Speaker DUN Perak, V Sivakumar ke atas Menteri Besar BN Perak, Datuk Zambry Abd Kadir dan enam exco kerajaan negeri.

"Kes Perak itu telah mewujudkan duluan (precedent) untuk membawa perkara (penggantungan) tersebut ke Mahkamah Persekutuan," kata Karpal, yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor.

Tindakan Gobind itu, bila difailkan esok, merupakan yang pertama dibuat terhadap keputusan speaker Dewan Rakyat.

Bulan lalu, Gobind telah digantung selama setahun, tanpa sebarang bayaran elaun dan faedah lain, ekoran kenyataannya dalam dewan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. malaysiakini.

Lelong 16 Camry baru bazir wang, kata Nizar

Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat , YAB. Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menyifatkan tindakan kerajaan kudeta Barisan Nasional (BN) Perak untuk melelong 16 buah kereta Toyota Camry yang digunakan exco Pakatan Rakyat sebelum ini sebagai satu pembaziran wang rakyat.

Nizar berkata, kerajaan negeri kudeta yang baru itu sepatutnya menggunakan terlebih dahulu kereta tersebut dalam tempoh lima hingga enam tahun sebelum menjualnya memandangkan ia baru sahaja dibeli Januari lalu.

"Kereta itu semua masih dalam tempoh jaminan tiga tahun. Mengapa mahu melelongnya sedangkan ia masih baru dipakai?

Sebelum itu Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak sanggup mengguna kereta lama yang telah dipakai oleh kerajaan BN Perak sebelumnya. Setelah hampir setahun baru ianya ditukar.

"Pada saya, elok mereka gunakan dahulu kerana tindakan membeli kereta lain bagi menggantikan Camry itu adalah sesuatu yang membazirkan duit rakyat," katanya seperti disiarkan mStar Online, hari ini.

Semalam, kerajaan negeri Perak kudeta dikatakan akan melelong 16 buah kereta Toyota Camry 2.4 yang sebelum ini digunakan sebagai kenderaan rasmi exco Pakatan ketika menerajui pentadbiran kerajaan negeri.

Menurut kenyataan tender terbuka yang dikeluarkan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang dihantar ke bahagian iklan sebuah akhbar berbahasa Melayu di Ipoh semalam, lelongan kereta itu akan berlangsung pada 4 hingga 18 Mei ini dan kereta-kereta tersebut boleh dibeli secara pukal atau seunit dengan harga rizab RM148,000 sebuah.

Mengulas lanjut, Mohammad Nizar berkata, kesemua kereta Camry tersebut dibeli oleh pihaknya bagi menggantikan Proton Perdana V6 yang telah empat tahun digunakan oleh kerajaan BN sebelum Pakatan menerajui kerajaan Perak pada Mac tahun lalu.

"Kita pakai tidak sampai setahun tapi kos penyelenggaraan untuk sebuah kereta V6 amat tinggi sehingga ada yang mencecah RM80,000, boleh beli sebuah kereta lain pula.

"Jadi kita ambil keputusan untuk menukar kenderaan rasmi kerajaan negeri kepada Camry kerana jika diikutkan harga, harganya hanya RM96,000 sebuah berbanding V6 yang berharga RM102,000.

"Selain itu, Toyota Camry lebih tahan lasak dan kos penyelenggaraannya juga lebih murah berbanding V6," katanya.

Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, pembelian Camry oleh Pakatan itu juga bukanlah satu kesalahan memandangkan kerajaan BN sebelum itu yang diterajui Datuk Seri Mohammad Tajol Rosli sememangnya telah mempunyai peruntukan untuk menukar kereta rasmi kerajaan negeri.

Katanya, beliau tidak tahu sama ada BN akan membeli kenderaan rasmi yang baru atau menggunakan Perdana V6 yang lama.

Nizar berkata, jika BN mahu terus mempersoalkan pembelian Toyota Camry itu yang dikatakan tidak mengikut dasar negara yang mahukan penggunaan kereta tempatan, beliau turut mahu mempertikaikan pembelian Mercedez sebagai kereta rasmi kerajaan negeri di Terengganu dan Volvo di Sabah.



Speaker DUN Melaka perintah Ketua Pembangkang keluar Dewan

MELAKA : Speaker DUN Melaka membuktikan sekali lagi kepada rakyat Malaysia bahawa Speaker mempunyai kuasa yang tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah. Hari ini giliran Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Goh Leong San diperintah keluar Dewan selepas mengingkari arahan Speaker Datuk Othman Muhamad berulang kali.

Othman mengeluarkan perintah itu selepas Goh enggan duduk walaupun diminta supaya bekerjasama membolehkan persidangan diteruskan.

Goh diarah keluar kira-kira pukul 12.15 tengah hari tadi.

Terdahulu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kesidang itu membangkitkan soal berkaitan dengan satu notis yang dikemukakan semalam bagi membincangkan usul undi tidak percaya terhadap Speaker DUN yang telah pun ditolak.

Kekecohan turut disaksikan pada hari kedua persidangan semalam.

Semalam sidang DUN Melaka kecoh dengan "perang mulut" apabila Othman menolak usul tergempar yang dikemukakan oleh pembangkang berkaitan undi tidak percaya terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Othman berkata beliau menolak usul tergempar itu berdasarkan tiga syarat di bawah Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Melaka iaitu (pertama) perkara tertentu, (kedua) berkehendak disegerakan dan (ketiga) kepentingan orang ramai.

Keputusan yang diumumkan oleh Othman telah menimbulkan rasa tidak puas hati Goh dan empat lagi anggota DUN dari DAP dengan mereka mendesak Othman membenarkan usul tergempar itu dikemukakan dan dibahaskan pada persidangan itu.

Drs Khalil : Berilah Hak Kepada Rakyat

Menurut ADUN Titi Serong, YB Drs. Khalil Idham Lim, mengikut amalan konvensyen negeri-negeri di Eropah DUN sendiri akan terbubar jika tidak ada persidangan selama 6bulan.

"Tetapi amalan ini tidak pernah berlaku di Malaysia. Cuma di Malaysia paling kurang DUN kena bersidang dalam 6 bulan. Walau bagaimanapun kerajaan Zambry kena bersidang juga sebelum 13 Mei ini." katanya.

".....biarpun adanya persidangan pada bulan Mei nanti, jalan yang paling baik ada berilah hak kepada rakyat untuk membuat pilihanraya," katanya.

Petikan dari Harakah
20-23 April 2009

Pilihan raya kecil Penanti: SPR mesyuarat hari ini

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan mesyuarat pagi ini bagi membincangkan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti.

"Kita bertemu pagi ini berhubung pilihan raya kecil Penanti tapi sidang media mengumumkan keputusan mesyuarat hanya diadakan Jumaat," kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi.

Kerusi Penanti kosong ekoran keputusan penyandangnya yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang melepaskan kedudukannya. Mstar.

Gambar ADUN Titi Serong melawat mangsa ribut









Sumbangan dari orang ramai amatlah dialu-alukan, terima kasih

Gambar Terbaru Mangsa Ribut











Sumbangan Penderma dialu-alukan