23 April 2009

Memorandum yang dihantar kepada SPR oleh DAPSY

Memorandum yang dihantar kepada Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya Dato’ Ngah bin Senik oleh delegasi DAPSY yang diketuai oleh Pengerusi Kebangsaannya YB Loke Siew Fook pada 21 April 2009 di Putrajaya.

Y.Bhg. Tan Sri,

CADANGAN-CADANGAN DAPSY UNTUK MENAMBAH BAIK SISTEM PILIHANRAYA DI MALAYSIA

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

2. Pihak Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) ingin membuat beberapa cadangan konstruktif kepada pihak SPR untuk menambahbaik sistem pilihanraya di negara kita.

a)Pendaftaran pemilih secara automatik
Untuk matlamat jangka masa panjang, pihak SPR seharusnya mensasar dan mencadangkan kepada kerajaan untuk menggubal undang-undang mensyaratkan setiap warganegara Malaysia yang mencapai umur yang ditetapkan terus menjadi pengundi yang berdaftar secara automatik. Ini boleh meringankan beban pihak SPR dan mengatasi masalah berjuta-juta pemilih yang layak tidak mendaftarkan diri.

b)Merendahkan umur kelayakan pengundi ke 18 tahun
Takrifan umur dewasa di Malaysia dari segi undang-undang ialah 18 tahun. Adalah tidak adil kepada mereka yang telah mencapai umur dewasa tetapi dinafikan hak untuk mengundi. Kami mencadangkan kepada pihak SPR supaya merendahkan umur kelayakan sebagai pengundi ke 18 tahun.

c)Menghapuskan sistem undi pos sedia ada
Isu undi pos merupakan satu isu yang sering mencemarkan imej dan kredibiliti pihak SPR kerana kekurangan ketelusan dalam proses pengundian undi pos. Kita mencadangkan pihak SPR menghapuskan sistem undi pos yang sedia ada dan hanya membenarkan undi pos kepada tentera yang bertugas dalam kawasan hutan atau tidak bertempat di pengkalan tentera.

Untuk anggota polis dan tentera yang berpengkalan di balai polis atau kem tetap, mereka sepatutnya membuang undi seperti pengundi biasa di kem masing-masing sehari lebih awal. Namun, keseluruhan proses tersebut perlu dilakukan dalam bilik pengundian tersebut seperti pengundi biasa dan dipantau oleh ejen parti masing-masing. Proses pengiraan undi juga perlu dilakukan di tempat sama selepas pengundian selesai dengan kehadiran ejen parti.

d)Masa kempen sekurang-kurangnya 14 hari
Pihak SPR perlu memastikan proses kempen pilihanraya dijalankan secara adil dan memberi masa dan ruang yang cukup untuk semua parti yang bertanding. Kempen pilihnaraya perlu dijalankan sekurang-kurangnya 14 hari. Dalam proses kempen, usaha perlu dilakukan supaya calon yang bertanding mempunyai peluang berkempen dan berjumpa dengan pengundi di kem-kem tentera dan balai-balai polis.

e)Penolong pendaftar parti politik
Untuk pendekatan jangka masa pendek, pihak kami mengalu-alukan langkah pihak SPR membenarkan ahli-ahli parti politik dilantik menjadi penolong pendaftar. Kami mengharapkan usaha ini diteruskan dan pihak Ibupejabat SPR perlu mengarahkan semua SPR Negeri memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada penolong-penolong pendaftar dari parti politik. Saya harap pihak SPR akan mempercepatkan proses pendaftaran penolong-penolong pendaftar yang baru di semua negeri.

3. Kami berharap cadangan-cadangan di atas akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak SPR dan adalah matlamat kita untuk membantu SPR mendaftarkan pemilih-pemilih yang layak sebanyak yang mungkin.

Sekian, terima kasih.
Berkhidmat untuk rakyat,

Y.B. TUAN LOKE SIEW FOOK
KETUA PEMUDA SOSIALIS DAP
MERANGKAP AHLI PARLIMEN RASAH

6 ulasan:

Malaysian berkata...

SPR kini sudah tak tahu jadi macam apa?
nampaknya mereka lebih berkuasa daripada Speaker dan segala-galanya...


Regards,

GoMalaysian.Blogspot.Com
http://gomalaysian.blogspot.com/

LAMBORKIRI berkata...

untuk penjelasan lanjut..insya Allah jom kita pergi ke SURAU TAMAN PERMATA , Ulu Klang, Selangor magrib hari ini (23/4/2009). Insy Allah Dato Seri Niza kan memberi taskirah lepas magrib malam ini..

leaflizard berkata...

DAPSY : jangan mimpi la..

SPR@BN = takut kuasa anak2 muda yang celik IT

lebih cepat dapat berita yang mutakhir.

Pri Hatim berkata...

Satu cadangan yang sungguh bernas yang sepatutnya telah difikirkan sendiri oleh SPR dulu-dulu lagi sebelum ditindik hidung!!!

IRON MASK berkata...

salam....sblm apa apa aku nak gelak dulu.....muahahahahahahahahahahaha

ni komen aku mengnai cdgn di atas.

1. pendaftaran cara automatik...lagi pening...nanti ader lak org yg pi undi 10 kali disetiap peti undi....kalau nak buat....kena dgn kerjasama pejabat pendaftaran negara la....sapa yg dah cukup umur...automatik masuk dlm senarai pengundi....tempat mengundi kena ikut alamat dlm IC...kalau nak tukar tempat undi...si pengundi hendaklah pi mohon sendiri

2. umur kelayakan mengundi...elok diturunkan ke umur 20 tahun jer....tak yah la kurang lagi....umur 18...ish...depa ni nak cari duit utk topup hand phone depa jer...takut ader pihak ambil kesempatan la....18 muda sngt laaaaa

3. undi pos nak dihapuskan....hahahahaha....habis la najib....sah tak bleh jadi MP dah lepas PRU13...kot bertanding kat sabah sarawak mungkin bleh kot.undi pos la talian hayat terakhir UBN utk menang.

4.masa berkempen....tak yah la....tak yah kempen langsung lagi baguih....projek mee segera pun tak leh buat...kalau depa buat jugak....pakat bawak lari buldozer humban dlm parit....

5. aku tak mau komen.....

4.

Tanpa Nama berkata...

YB, bagi saya SPR lah dalang utama yang menyebabkan pemimpin2 hari ini kebanyakannya dilantik di kalangan orang2 yang jahil...

Selagi Sistem SPR tidak berubah, selagi itulah saya rasa peluang utk PR menawan Putrajaya tidak akan kesampaian...

MP PR dah ada seramai lebih kurang 80 orang, tapi masih gagal utk menekan dan mengheret SPR supaya berlaku adil dan telus.

Satu lagi, sudah tidak kedengaran lagi suara lantang mengenai 4 tuntutan utama BERSIH tempohari, apakah BERSIH sudah tidak berfungsi lagi?