23 April 2009

Speaker DUN Melaka perintah Ketua Pembangkang keluar Dewan

MELAKA : Speaker DUN Melaka membuktikan sekali lagi kepada rakyat Malaysia bahawa Speaker mempunyai kuasa yang tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah. Hari ini giliran Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Goh Leong San diperintah keluar Dewan selepas mengingkari arahan Speaker Datuk Othman Muhamad berulang kali.

Othman mengeluarkan perintah itu selepas Goh enggan duduk walaupun diminta supaya bekerjasama membolehkan persidangan diteruskan.

Goh diarah keluar kira-kira pukul 12.15 tengah hari tadi.

Terdahulu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kesidang itu membangkitkan soal berkaitan dengan satu notis yang dikemukakan semalam bagi membincangkan usul undi tidak percaya terhadap Speaker DUN yang telah pun ditolak.

Kekecohan turut disaksikan pada hari kedua persidangan semalam.

Semalam sidang DUN Melaka kecoh dengan "perang mulut" apabila Othman menolak usul tergempar yang dikemukakan oleh pembangkang berkaitan undi tidak percaya terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Othman berkata beliau menolak usul tergempar itu berdasarkan tiga syarat di bawah Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Melaka iaitu (pertama) perkara tertentu, (kedua) berkehendak disegerakan dan (ketiga) kepentingan orang ramai.

Keputusan yang diumumkan oleh Othman telah menimbulkan rasa tidak puas hati Goh dan empat lagi anggota DUN dari DAP dengan mereka mendesak Othman membenarkan usul tergempar itu dikemukakan dan dibahaskan pada persidangan itu.

2 ulasan:

BOB MAMAK KUDETA berkata...

awat speaker jadi mcmtu, setau saya speakerni bagus pejuangkan hak org kg, minum petangpun kedai kopi bob tepi jlnje. takkan dah jadi speaker jadi laguni? ingatlah abg othman sejarah dulu waktu abg dibawah...

Awanama berkata...

gambar tu salah YB, minta betulkan. Gambar berkenaan ialah bekas timbalan pengarah JKR Perak.