23 April 2009

Drs Khalil : Berilah Hak Kepada Rakyat

Menurut ADUN Titi Serong, YB Drs. Khalil Idham Lim, mengikut amalan konvensyen negeri-negeri di Eropah DUN sendiri akan terbubar jika tidak ada persidangan selama 6bulan.

"Tetapi amalan ini tidak pernah berlaku di Malaysia. Cuma di Malaysia paling kurang DUN kena bersidang dalam 6 bulan. Walau bagaimanapun kerajaan Zambry kena bersidang juga sebelum 13 Mei ini." katanya.

".....biarpun adanya persidangan pada bulan Mei nanti, jalan yang paling baik ada berilah hak kepada rakyat untuk membuat pilihanraya," katanya.

Petikan dari Harakah
20-23 April 2009

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

buatlah yang mana patut.asalkan rakyat mendapat manfaatnya..wahai wakil rakyatku sekalian yang ada di bumi Malaysia yg bertuah ini.

Tanpa Nama berkata...

Bukankah Allah s.w.t ada berfirman akan diberikan DUNIA kepada siapa yang inginkan DUNIA, sekarang Dr Zambry dan konco2nya nakkan dunia, apa boleh kita buat,.. selain berdoa semoga kebenaran akan muncul depan mata mereka juga, sekrg pun dapat kuasa tapi hati sentiasa tak tenang, buat benda2 yang nak tunjukkan betapa risaunya mereka takut hilang apa yang dah dirampas,..boleh tidur mlm ke...kalau dah menganiayai sesama manusia..mana nak lari? hmmm..keadilan yang sebenarnya tetap akan hadir juga..

Hanapi berkata...

Jangan beri kuasa semudah ABC, jika tidak mengikut Perlembagaan Kerajaan Negeri yg telah dipersetujui. Lawan Tetap Lawan. Tegakkan kebenaran hapuskan kebathilan.