14 Februari 2008

Najib umum dividen LTAT 16 peratus : Satu Lagi Pancing Undi

Najib Tun Razak hari ini mengumumkan dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sebanyak 16 peratus, iaitu yang tertinggi sejak 10 tahun lalu.Menurut Timbalan Perdana Menteri, sebanyak 120,000 pencarum akan menikmati dividen bagi tahun 2007 itu yang melibatkan pembayaran RM552.2 juta.Dividen LTAT bagi 2006 ialah sebanyak 15 peratus.



Demikian juga untuk lebih 1 juta kakitangan awam yang sedang menunggu imbuhan khas kerajaan sebagai ganti kepada bonus tahunan yang tidak diperuntukkan dalam bajet tahun 2008. Kita yakin dalam tempoh terdekat PM akan mengumumkan sendiri imbuhan berkenaan bagi memujuk dan menarik undi kekitangan kerajaan.

Tawaran Dari Allah

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ
تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ


Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah `Adn. Itulah keberuntungan yang besar.(Ash-Shaaf:11-12)

PAS Parit Buntar Bersedia

Pengumuman pembubaran parlimen oleh Pak Lah hari ini merupakan suatu masa yang ditunggu-tunggu oleh semua jentera pilihanraya PAS di Kawasan Parit Buntar. Secara umumnya persiapan telahpun dilakukan hampir setahun yang lepas bagi menghadapi PR Umum ke 12 ini. Malah sudah menjadi tradisi PAS apabila sesuat PR berakhir kita akan terus bersiap untuk menghadapi PR yang berikutnya.



Untuk kali ini PAS akan bertanding di Parlimen dan DUN Titi Serong dan PKR akan bertanding di DUN Kuala Kurau.

Suasana politik yang ada sekarang digambarkan oleh banyak pihak akan memihak kepada PAS, Malah ada yang menjangkakan BA akan menang dengan selesa di Palimen dan kedua-dua DUN tersebut.

Keadaan orang India yang telah berubah merupakan senerio baru yang tidak pernah berlaku sebelum dari ini. Buktinya untuk pertama kalinya pada ceramah umum yang diadakan pada hari Isnin 11 Feb lepas, seorang wakil kaum India telah bercakap dengan mengajak hadirin menolak BN bagi menjamin masa depan anak-anak kita. Begitu juga wakil kaum Tionghua, En. Wong dalam ucapannya mengajak semua warga Parit Buntar untuk menolak BN yang Rasuah.

Parlimen diumumkan bubar dengan perkenan Yang Dipertuan Agung

Desas-desus mengenai pembubaran Parlimen telah pun berakhir apabila sebentar tadi sekitar jam 12.35 tengahhari PM, Abdullah Ahmad badawi telah mengumumkan pembubaran parlimen dengan mendapat perkenan yang Dipertuan Agung.






PM yang didampingi timbalannya, Najib Tun Razak mengadakan sidang akhbar yang dipenuhi oleh perwakilan media setelah perkara itu telah dimaklumkan lebih awal kepada pihak media. Pengumuman tersebut akan memberi lalauan kepada rakyat Malaysia untuk memilih sebuah kerajaan baru.

Pak Lah juga berharap semua negeri, kecuali Sarawak akan mengikuti langkah tersebut dengan membubarkan DUN sesuai dengan peruntukan yang ada.Dijangkakan tarikh penamaan calon adalah pada 23 Feb dan tarikh pembuangan undi pula pada 3 Mac akan datang.

Hari ini Parlimen di Bubarkan ?

Seluruh rakyat Malaysia penuh dengan debaran menunggu pembubaran Parlimen Malaysia yang dijangkankan berlaku pada hari ini. Tarikh 13 Feb yang menjadi kegemaran PM Malaysia, Abdullah Ahmand Badawi sehingga kita semua tertunggu-tunggu adakah benar ianya dibuktikan dengan pembubaran Parlimen Pada Hari ini.

Kata Perdana Menteri pada 10 Feb yang lepas, jika beliau ingin membubarkan Parlimen beliau akan memanggil media massa untuk membuat liputan.''Saya suka (nombor) 13 kerana tidak ada orang mahu nombor itu. Kerana kepercayaan karut, mereka kata nombor 13 habislah. Jadi oleh kerana tak ada siapa ambil, saya ambil.

''Dulu nombor 13 tak laku, nak ambil (tender Jabatan Pengangkutan Jalan) nombor satu, nombor lapan, semuanya kena bayar beribu," kata Abdullah pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat UMNO Bahagian Kepala Batas di sini hari ini.Beliau juga berkata, orang ramai boleh mengaitkan nombor 13 sebagai tarikh pembubaran pilihan raya sekiranya mereka ingin berbuat demikian.

Namun begitu kelmarin (12 Feb)desas-desus ini telah dinafikan semasa beliau merasmikan Majlis Pelancaran Institut Islam Hadhari, Kursi Syeikh Abdullah Fahim, Buku Biografi Tun Abdullah Salleh dan Kompleks Tun Abdullah Mohd. Salleh di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini.

‘‘Tidak... tidak lagi, pandailah you,’’ kata Perdana Menteri sambil tersenyum lebar ketika pemberita mengajukan soalan mengenai khabar angin kemungkinan beliau mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 diadakan.

Abdullah juga menolak saranan pemberita bahawa mesyuarat Kabinet esok adalah yang terakhir yang akan dipengerusikan oleh beliau sebelum pilihan raya umum.

Secara bersahaja beliau berkata: ‘‘Khabar angin, itu yang seronok dengar, siapa cakap? Mesyuarat Kabinet ada lagi, ada lagi, dalam penggal ini ada lagi mesyuarat Kabinet.’’
Kita sama-sama tunggu dan lihat.