14 Februari 2008

PAS Parit Buntar Bersedia

Pengumuman pembubaran parlimen oleh Pak Lah hari ini merupakan suatu masa yang ditunggu-tunggu oleh semua jentera pilihanraya PAS di Kawasan Parit Buntar. Secara umumnya persiapan telahpun dilakukan hampir setahun yang lepas bagi menghadapi PR Umum ke 12 ini. Malah sudah menjadi tradisi PAS apabila sesuat PR berakhir kita akan terus bersiap untuk menghadapi PR yang berikutnya.



Untuk kali ini PAS akan bertanding di Parlimen dan DUN Titi Serong dan PKR akan bertanding di DUN Kuala Kurau.

Suasana politik yang ada sekarang digambarkan oleh banyak pihak akan memihak kepada PAS, Malah ada yang menjangkakan BA akan menang dengan selesa di Palimen dan kedua-dua DUN tersebut.

Keadaan orang India yang telah berubah merupakan senerio baru yang tidak pernah berlaku sebelum dari ini. Buktinya untuk pertama kalinya pada ceramah umum yang diadakan pada hari Isnin 11 Feb lepas, seorang wakil kaum India telah bercakap dengan mengajak hadirin menolak BN bagi menjamin masa depan anak-anak kita. Begitu juga wakil kaum Tionghua, En. Wong dalam ucapannya mengajak semua warga Parit Buntar untuk menolak BN yang Rasuah.

Tiada ulasan: