14 Februari 2008

Hari ini Parlimen di Bubarkan ?

Seluruh rakyat Malaysia penuh dengan debaran menunggu pembubaran Parlimen Malaysia yang dijangkankan berlaku pada hari ini. Tarikh 13 Feb yang menjadi kegemaran PM Malaysia, Abdullah Ahmand Badawi sehingga kita semua tertunggu-tunggu adakah benar ianya dibuktikan dengan pembubaran Parlimen Pada Hari ini.

Kata Perdana Menteri pada 10 Feb yang lepas, jika beliau ingin membubarkan Parlimen beliau akan memanggil media massa untuk membuat liputan.''Saya suka (nombor) 13 kerana tidak ada orang mahu nombor itu. Kerana kepercayaan karut, mereka kata nombor 13 habislah. Jadi oleh kerana tak ada siapa ambil, saya ambil.

''Dulu nombor 13 tak laku, nak ambil (tender Jabatan Pengangkutan Jalan) nombor satu, nombor lapan, semuanya kena bayar beribu," kata Abdullah pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat UMNO Bahagian Kepala Batas di sini hari ini.Beliau juga berkata, orang ramai boleh mengaitkan nombor 13 sebagai tarikh pembubaran pilihan raya sekiranya mereka ingin berbuat demikian.

Namun begitu kelmarin (12 Feb)desas-desus ini telah dinafikan semasa beliau merasmikan Majlis Pelancaran Institut Islam Hadhari, Kursi Syeikh Abdullah Fahim, Buku Biografi Tun Abdullah Salleh dan Kompleks Tun Abdullah Mohd. Salleh di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini.

‘‘Tidak... tidak lagi, pandailah you,’’ kata Perdana Menteri sambil tersenyum lebar ketika pemberita mengajukan soalan mengenai khabar angin kemungkinan beliau mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 diadakan.

Abdullah juga menolak saranan pemberita bahawa mesyuarat Kabinet esok adalah yang terakhir yang akan dipengerusikan oleh beliau sebelum pilihan raya umum.

Secara bersahaja beliau berkata: ‘‘Khabar angin, itu yang seronok dengar, siapa cakap? Mesyuarat Kabinet ada lagi, ada lagi, dalam penggal ini ada lagi mesyuarat Kabinet.’’
Kita sama-sama tunggu dan lihat.

Tiada ulasan: