Pilihanraya tersangat dekat dirasakan. Kehangatannya terasa sangat disemua peringkat samada pemimpin ataupun rakyat. Teka teki mengenai tarikh PR antara yang hangat diperbincangkan, selain itu hangat diperkatakan mengenai calon-calon yang akan dipertandingkan.01 Februari 2008
Kriteria Calon BN : Pak Lah Kelirukan Rakyat
Pilihanraya tersangat dekat dirasakan. Kehangatannya terasa sangat disemua peringkat samada pemimpin ataupun rakyat. Teka teki mengenai tarikh PR antara yang hangat diperbincangkan, selain itu hangat diperkatakan mengenai calon-calon yang akan dipertandingkan.Cuaca Buruk :Lebih 1 Billion Terkadas di China
BEIJING, 1 FEB:- Musim sejuk di China pada tahun ini adalah yang terburuk sejak 50 tahun . Tradisi Perayaan Tahun Baru Cina yang akan disambut pada 7 Feb sebetulnya adalah sempena menyambut berakhirnya musim sejuk, tetapi berlainan pula untuk seluruh penduduk China pada tahun ini.
Kini bencana hujan dan salji telah melanda sebanyak lebih 10 buah provinsi dan bandar di bahagian tengah, timur dan selatan China secara besar-besaran. Bencana hujan dan salji lebat ini sudah menjejaskan kelancaran dan keselamatan pengangkutan keretapi, jalan raya dan penerbangan di pelbagai tempat di China. Presiden China, Hu Jintao dan Perdana Menteri China, Wen Jiabao telah mengarahkan kerajaan tempatan di pelbagai peringkat supaya menjamin lalu lintas kelancaran pengangkutan dan bekalan tenaga elektrik sedaya upaya usaha dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Bencana hujan dan salji yang lebat ini berlaku menjelang Tahun Baru China iaitu perayaan tradisional paling penting di China. Kesibukan penduduk untuk pulang kekampung halaman masing-masing telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas pengangkutan awam, lebih-lebih lagi pengangkutan penumpang yang ingin pulang ke kampung halaman bagi menyambut Tahun Baru Cina. Kini seramai lebih 1 billion orang penumpang terkandas di laluan utama dari Beijing ke Guangzhou dan Shanghai.
Manakala di Stesen Keretapi di Wilayah Guangdong sahaja dianggarkan 800 ribu penumpang terkandas kerana tidak dapat meneruskan perjalanan kerana ganguan ribut salji dan elektrik di banyak distinasi perjalanan. Pada setiap Perayaan Tahun Baru Cina dianggarkan lebih 3 juta yang pulang beraya melalui Steysen Keretapi Guangzhou.
Bekalan tenaga elektrik bagi laluan utama keretapi di provinsi Hunan amat kekurangan akibat cuaca hujan dan salji lebat yang berterusan. Oleh sebab itu keretapi elektrik tidak boleh beroperasi.
Perdana Menteri China, Wen Jiabao telah melawat Stesyen Keretapi di Changsha, provinsi Hunan dan bertemu dengan para penumpang yang terkandas pada 29 Januari lalu. Beliau berkata: "Saya memohon maaf kepada saudara sekalian. Kami sedang membaik pulih arus elektrik. Sebaik sahaja ada kuasa elektrik, keretapi akan beroperasi. Kita dapat pulang ke rumah dan merayakan tahun baru. Pada kesempatan ini, saya ucapkan selamat Tahun Baru China dan terima kasih."
Wen Jiabao turut melawat Stesyen Keretapi Guangzhou. Sekarang badan yang bertanggungjawab terhadap keretapi China berusaha bersungguh-sungguh untuk membaikpulih laluan pengangkutan dari Beijing ke Guangzhou dengan secepat mungkin.
Kementerian Keretapi China mengumumkan akan menyediakan keretapi yang menggunakan bahan bakar untuk memuatkan penumpang yang terkandas. Selain itu, penumpang yang terkandas di stesyen telah dibekalkan makanan dan minuman secara percuma. Kebanyakan penumpang menyatakan rasa faham mereka terhadap situasi ini. Salah seorang penumpang di Stesyen Keretapi Guangzhou, Encik Gou Ming berkata: "Saya berasa sedikit kuatir, tetapi juga berasa senang hati kerana kerajaan Guangzhou telah membekalkan makanan kepada kami dan menyediakan tempat penginapan untuk kami."
Kini pihak berkuasa dipelbagai peringkat di kawasan sekitar jalan raya Beijing-Zhuhai telah menyediakan bantuan makanan, air minuman, selimut kepada para penumpang. Selain itu, kumpulan perubatan turut menyediakan perkhidmatan rawatan percuma serta-merta. Setiausaha Jawatankuasa Parti Komunis China Provinsi Hunan, Zhang Chunxian menyatakan bahawa: "Amatlah baik kalau bas dapat menghantar mereka pulang ke distinasi masing-masing. Pi;ihan lain kami akan menggunakan kereta berulang-alik untuk menghantar mereka. Kami telah menyediakan tempat yang cukup di sekolah, hospital dan hotel untuk menampung kesemua penumpang itu. Kami turut akan menyediakan makanan dan minuman secara percuma."
Kementerian Hal Ehwal Awam China dan Kementeraian Kewangan China telah memperuntukkan lebih 100 juta yuan RMB kepada beberapa provinsi yang dilanda bencana itu. Peruntukan itu akan digunakan bagi menempatkan para mangsa dan menjamin keselamatan lalu lintas.
Mashitah Memang Tidak Buat Kerja
Kerusi Parlimen Baling nampaknya semakin bergolak dan timbul keadaan tuduh menuduh yang memalukan. Hari ini Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Baling kesal dengan kenyataan Ahli Parlimen Baling, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim yang mendakwa kononnya ada pihak memburuk-burukkan beliau dan mempertikai prestasinya sebagai wakil rakyat.800 Ribu Penumpang Keretapi Terkadas Di Guangzhou
Menurut Agensi Berita Xinhua China, Perdana Menteri China, Wen Jiabao telah tiba di Guangzhou, ibu kota provinsi Guangdong pagi kelmarin dan meninjau pengangkutan awam dan bekalan barangan di sana dalam keadaan hujan.