01 Februari 2008

Kriteria Calon BN : Pak Lah Kelirukan Rakyat

Pilihanraya tersangat dekat dirasakan. Kehangatannya terasa sangat disemua peringkat samada pemimpin ataupun rakyat. Teka teki mengenai tarikh PR antara yang hangat diperbincangkan, selain itu hangat diperkatakan mengenai calon-calon yang akan dipertandingkan.





Pak Lah dipetik berkata, Barisan Nasional (BN) hanya akan meletakkan calon yang berwibawa, bersih dan bersedia berkhidmat untuk rakyat pada pilihan raya umum ke-12 ini. Katanya lagi , beliau juga mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih calon Dewan Undangan Negeri dan Parlimen."Kriteria yang saya tetapkan adalah lebih baik daripada apa yang dikatakan oleh menteri-menteri besar, ketua-ketua menteri atau pemimpin-pemimpin lain," katanya.

Kita ingin bertanya dan menjadi tanda tanya kepada seluruh rakyat Malaysia mengenai yang kononnya Pak Lah ada kriteria tersendiri dalam memilih calon. Adakah kriteria yang disebutkan oleh Pak Lah khususnya untuk calon-calon UMNO sangat luar biasa dari PR sebelum dari ini? Realitinya disemua tempat kita telah mendengar desas desus siapakah calon-calon BN. Antaranya Di Kuala Kangsar, siapa yang tidak kenal dengan bakal calonnya yang terlibat dengan rasuah melampau. Begitu juga di Kelantan Ketua UMNO nya yang terlibat dengan wang PPRT jutaan ringgit pastinya akan dipilih oleh Pak Lah. Inikah kretiria bersih yang Pak Lah maksudkan. Terkejut "biawak"lah semua rakyat Malaysia.

Yang pasti setelah berlalu sudah 11 PR yang lepas semua yang terpilih kebanyakannya "kaki rasuah", " ahlul maksiat" dan sebagainya perbuatan yang bercanggah kerja buatnya dengan Al Quran dan Sunnah. Walaupun tidak dinafikan ada segelintir kecil yang baik namun perlu ditegaskan kerana acuan UMNO itu tidak baik semuanya jadi tidak baik.

Kenyataan Pak Lah dilihat sengaja untuk mengelirukan rakyat bagi mengelabui mata rakyat yang nampak dengan segala kepincangan yang dilakukan oleh pemimpin BN dan UMNO, mata rakyat sangat terang dan bersuluh. Apa lagi yang diharapkan dari semua calon-calon BN yang akan dikemukakan? yang pasti yang terpilih akan bersiap untuk menzalimi rakyat Malaysia.

Kita tunggu dan lihat siapakah calon-calon BN, dan saya yakin semua akan tergelak dengan kriteria yang Pak Lah maksudkan.......

Tiada ulasan: