01 Februari 2008

800 Ribu Penumpang Keretapi Terkadas Di Guangzhou

Menurut Agensi Berita Xinhua China, Perdana Menteri China, Wen Jiabao telah tiba di Guangzhou, ibu kota provinsi Guangdong pagi kelmarin dan meninjau pengangkutan awam dan bekalan barangan di sana dalam keadaan hujan.




Cuaca bersalji dan sejuk beberapa hari yang lalu telah menjejaskan pengangkutan kereta api dan jalan raya di provinsi Guangdong. Setakat 30 Januari lalu, terdapat hampir 800 ribu orang penumpang terkandas disebabkan cuaca yang buruk di sekitar Guangzhou.

Wen Jiabao telah melawat penumpang-penumpang yang terkandas di stesen kereta api dan stesen koc Guangzhou kelmarin. Kemudian, beliau secara khusus bertanya tentang bekalan elektrik dan barang-barang keperluan harian.

Beliau menyatakan bahawa bencana salji yang serius kali ini tidak pernah berlaku dalam sejarah. Buat masa ini, masalah yang paling mendesak bagi kerajaan Guangdong adalah menghantar penumpang yang terkandas ke destinasi mereka dengan secepat mungkin. Guangdong perlu menubuhkan mekanisme yang berkesan untuk menjamin pengangkutan arang batu dan minyak serta penghantaran elektrik pada masa depan.

Tiada ulasan: