07 April 2008

Dr. mujahid lancar kelab Penyokong Pas India Parit Buntar

PARIT BUNTAR, 6 April :- Kekuatan Pas di Kawasan Parit Buntar semakin menyerlah dengan pelancaran Kelab Penyokong PAS Kaum India untuk Parlimen Parit Buntar. Peresmian di sempurnakan oleh YB. Dr. Muhahid Yusuf, Ahli Parlimen Parit Buntar merangkap Pengerusi Lajnah perpaduan nasional PAS Pusat. Hadir Sama dalam majlis tersebut ialah Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak, YB.Tn. Hj. Zainuddin Mohd Yusuf, ADUN titi Serong, YB. Drs. Khalil Idham Lim, ADUN Kuala Kurau, YB. Abd. Yunus Jamhari, YDP PAS Kawasan, Tn . Hj. Harun Hashim , Wakil Kaum Tionghua,Wakil Kaum India dari Kelantan,dan Bekas Calon DUN Ulu Tiram, Johor, Cik R. Kumutha. Pelancaran itu dilakukan dengan kehadiran lebih 1000 kaum india di Dewan Seri Kerian, Parit Buntar ini disini.

Majlis Peresmian telah dipengerusikan oleh Kapten Jeyamogan, Pengerusi kelab Penyokong PAS India Kawasan Bukit Gantang. Se awalnya majlis bermula dengan persembahan Tamil Vaithu yang memukau para hadirin.

Hasil dari usaha gigih dari En. M . Sivakumar sebagai pengerusi Jawatankuasa Program, merangkap Pengerusi Kelab Penyokong PAS India Parit Buntar dan En Hamdan Fadel bin Ahmad, Pengerus Lajnah Perpaduan Nasional Pas Kawasan Parit Buntar, sambutan kepada kelab tersebut mendapat dokongan yang luarbiasa dari masyarakat India setempat. Buktinya pada majlis tersebut En. M. Sivakumar telah menyerahkan 500 borang keahlian Kelab Kepada Yb. Dr. Mujahid . Selain itu pihak panitia juga telah menerima sekitar 200 borang keahlian baru pada malam tadi.

Dalam tempoh yang terdekat En. Hamdan yakin jumlah borang keahlian yang diserahkan akan mencecah kepada 1000 orang.

Ahli parlimen Parit Buntar juga telah menerima 300 borang keahlian dari kelab penyokong PAS Kaum Tionghua dari walilnya En. Ah Wee yang juga akan dilancarkan dalam waktu terdekat.

Selain dari ucapan Wakil Kaum India Kelantan, Ucapan peresmian dan ucapan Exco Kerajaan Perak, cara lain yang menarik para pengunjung yang terdiri dari berbagai bangsa ialah acara menyalakan lilin yang disempurnakan oleh tetamu-tetamu kehormat yang hadir.

Ketua 3 sayap boikot Presiden UMNO ?

KUALA LUMPUR 6 April - Satu keadaan yang jarang berlaku , malah inilah kali pertama berlaku apabila majlis taklimat yang dianggap penting tidak mendapat sambutan dari pemimpin dan ahli UMNO. Semuanya buat alasan yang seolah menutup sesuatu yang tersembunyi. Adakah ketidak hadiran mereka adalah tanda protes kepada Pak Lah? atau mereka adalah antara yang tak tahan lagi dengan taklimat Pak lah yang tidak ada "power"nya?


Terkini tiga ketua sayap UMNO, Pemuda, Wanita dan Puteri, tidak hadir pada majlis taklimat Presiden parti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di ibu negara hari ini dengan alasan mereka bertiga menghadiri tugas rasmi dan perkara itu dimaklumkan kepada parti.

Hishammuddin Tun Hussein yang juga Menteri Pelajaran dikatakan kini berada di Paris, Perancis, bagi menjalankan tugas rasminya sebagai anggota Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).Beliau dimaklumkan akan menghadiri mesyuarat pertama lembaga itu selama tiga hari yang akan bermula esok. Hishammuddin dilantik ke jawatan itu pada 24 Oktober tahun lepas.

Ketua Penerangan Puteri UMNO, Shahaniza Shamsuddin ketika dihubungi berkata ketuanya, Datuk Noraini Ahmad yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia kini berada di Sabah bagi menghadiri program rasmi kementerian itu. Persoalannya adakah sabah sangat jauh sehingga Noraini tidak dapat balik sebentar mendengar taklimat. Pak lah juga baru balik dari Sabah.Sedangkan peserta taklimat juga terdiri dari pemimpin UMNO Sabah.

Saya mengambil gambaran umum tentang pergolakan Azlina yang merupakan bekas Ketua Puteri dengan Rafidah ketua Wanita. Noraini dilihat tidak berkecuali apabila beliau nampaknya menyokong bekas ketuanya jadi ketua wanita.

Difahamkan Ketua Wanita UMNO , Rafidah Aziz juga mempunyai program rasmi melibatkan Wanita UMNO menyebabkan beliau tidak dapat hadir pada majlis taklimat di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu.

Hebatnya Kak Fidah, program wanita UMNO nampaknya lebih besar dari taklimat persidennya, nampaknya marah sungguh dia kepada Pak Lah yang tidak lantik dia sebagai menteri. Kemarahanya tidak dapat disembunyikan lagi.

Kisah ayam...

Di Malaysia kira-kira ada sebanyak 14 ekor ayam, ayam di Kelantan terlepas sejak tahun 1990. sampai sekarang BN cuba hendak tangkap tetapi tidak berjaya. Sudah banyak yang kecewa dan hampir bunuh diri. Walaupun dengan macam- macam helah dan tipu daya , namun ayam Kelantan tetap terlepas bebas. Adakah hendak dibeli dengan harga jutaan ringgi tapi orang tak mahu jual.



BN berhajat sangat hendak tangkap ayam Kelantan pada tahun 1999, ayam Terengganu terlepas juga. nasib baik dapat tangkap balik pada tahun 2004.

Maka berkerjalah kuat-kuat mereka nak tangkap ayam Kelantan baru-baru ni. Nasib malang terlalu nak tangkap ayam Kelantan, tidak sedar sangkar ayam-ayam di pantai barat terbuka luas. Lalu melopatlan ayam-ayam di pantai barat keluar dari sangkar BN.

Kedah terlepas, Pulau Pinang apalagi, Perak pun terbang keluar, Negeri Selangor juga melayang.

Demikianlah nasib BN . yang tinggal cuma ayam Sabah dan Sarawak yang menguatkan nya. Itupun nampaknya mereka tidak berani lawan kita, malah nak masuk sangkar kita.
Itulah yang memeningkan tuan ayam yang benama Pak Lah. Sekarang ni dia berada disana untuk jaga ayamnya supaya jangan terlepas.

Sekali ini kalau ayam Sabah dan Sarawak terlepas, jatuhlah kerajaan BN.......

Usrah bulanan PAS Perak Penuh dengan peserta

TAIPING, 5 April:- Kedatangan peserta Usrah Bulanan yang diadakan pada malam tadi bertempat di Markaz Tarbiyah PAS Perak di Ayer Kuning mendapat sambutan luar biasa malam tadi. Kebiasaannya peserta hanya memenuhi ruang dewan utama yang boleh menampung sekitar 500 orang peserta. Namun untuk malam tadi pengunjung bukan sahaja memenuhi ruang utama tetapi memenuhi bahagian luar dan melimpah sampai di tepi jalan utama.

Ledakan peserta usrah untuk kali ini dikaitkan dengan kemenangan di Perak apa tertubuhnya Kerajaan Pakatan Rakyat, yang Menteri Besarnya adalah dari PAS.

Peserta yang penuh di bahagian luar dewan disediakan sebuah skrin besar yang telah disediakan lebih awal bagi menampung jangkaan kehadiran yang ramai itu. Sepertilah sambutan luar dugaan berlaku untuk program Sambutan mauludur Rasul di Ipoh pada bulan lepas, demikianlah kejutan kehadiran peserta yang saya jangkan bertambah 5 kali ganda dari biasa.

Proogran seawalnya dimulai dengan sembahyang maghrib berjamaah diikuti oleh kuliah maghrib. Sesudah itu peserta disediakan makan malam secukupnya.

Acara kemuncaknya adalah majlis ucapan dan amanat dari Pimpinan yang dimulai sesudah sembahyang Isya berjemaah.

Ucapan dimulai oleh Ustaz Dahlan selaku setiausaha Lajnah Tarbiyah Negeri. Beliau mengucapkan berbanyak terimkasih dan menegaskan perhimpunan kali ini berlainan dari sebelumnya kerana kita berhimpun dalam keadaan sudah memerintah Perak.

Permulaan majlis adalah doa wehdah secara beramai-ramai yang di ketua oleh YDP Kawasan Tanjung Malim yang juga SU Dewan Ulama Negeri, Ust. Zulqarnain Hassan.

Selain itu peserta juga berkesempatan mendengar ucapan dari Wakil Ahli Parlimen yang menang iaitu diwakili oleh ahli Parlimen Parit Buntar,YB. Dr. Mujahid Yusuf Rawa, dan Ucapan dari Wakil ADUN diwakili oleh ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim.

Kandungan ucapan mereka berdua berkisar mengenai pengisian kepada kemenangan dan wala kepada keputusan yang ditetapkan oleh pucuk pimpinan.

Ucaptamanya adalah oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Ahmad Awang. Hadirin sedikitpun tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing sehingga ucapan berakhir.