07 April 2008

Kisah ayam...

Di Malaysia kira-kira ada sebanyak 14 ekor ayam, ayam di Kelantan terlepas sejak tahun 1990. sampai sekarang BN cuba hendak tangkap tetapi tidak berjaya. Sudah banyak yang kecewa dan hampir bunuh diri. Walaupun dengan macam- macam helah dan tipu daya , namun ayam Kelantan tetap terlepas bebas. Adakah hendak dibeli dengan harga jutaan ringgi tapi orang tak mahu jual.



BN berhajat sangat hendak tangkap ayam Kelantan pada tahun 1999, ayam Terengganu terlepas juga. nasib baik dapat tangkap balik pada tahun 2004.

Maka berkerjalah kuat-kuat mereka nak tangkap ayam Kelantan baru-baru ni. Nasib malang terlalu nak tangkap ayam Kelantan, tidak sedar sangkar ayam-ayam di pantai barat terbuka luas. Lalu melopatlan ayam-ayam di pantai barat keluar dari sangkar BN.

Kedah terlepas, Pulau Pinang apalagi, Perak pun terbang keluar, Negeri Selangor juga melayang.

Demikianlah nasib BN . yang tinggal cuma ayam Sabah dan Sarawak yang menguatkan nya. Itupun nampaknya mereka tidak berani lawan kita, malah nak masuk sangkar kita.
Itulah yang memeningkan tuan ayam yang benama Pak Lah. Sekarang ni dia berada disana untuk jaga ayamnya supaya jangan terlepas.

Sekali ini kalau ayam Sabah dan Sarawak terlepas, jatuhlah kerajaan BN.......

3 ulasan:

Selongsong berkata...

YB Al-Fadhil Tuan Guru Khalil Idham Lim,

Jom kita sembelih satu ayam buat masak barbeque.

Nyam, nyam. Sedap!

Selongsong berkata...

Bercakap mengenai ayam, ada seorang sahabat ana, buat reban ayam dalam penghawa dingin di Parit Buntar.

Mungkin TGKIL kenal beliau. Untuk pengetahuan TGKIL, ana dulu satu MRSM dan KMB bersama dengan beliau.

Gambar reban ayam dalam penghawa dingin.

TheTruth berkata...

kalau ayam satu malaysia dah abis,apa kata kita wat gulai bar bie lak, stok dijangka akan ada sbb kerajaan selangor nak bukak ladang tu nanti, besar betul ladang tu sampai RM100 juta duit rakyat digunakan...