07 April 2008

Usrah bulanan PAS Perak Penuh dengan peserta

TAIPING, 5 April:- Kedatangan peserta Usrah Bulanan yang diadakan pada malam tadi bertempat di Markaz Tarbiyah PAS Perak di Ayer Kuning mendapat sambutan luar biasa malam tadi. Kebiasaannya peserta hanya memenuhi ruang dewan utama yang boleh menampung sekitar 500 orang peserta. Namun untuk malam tadi pengunjung bukan sahaja memenuhi ruang utama tetapi memenuhi bahagian luar dan melimpah sampai di tepi jalan utama.

Ledakan peserta usrah untuk kali ini dikaitkan dengan kemenangan di Perak apa tertubuhnya Kerajaan Pakatan Rakyat, yang Menteri Besarnya adalah dari PAS.

Peserta yang penuh di bahagian luar dewan disediakan sebuah skrin besar yang telah disediakan lebih awal bagi menampung jangkaan kehadiran yang ramai itu. Sepertilah sambutan luar dugaan berlaku untuk program Sambutan mauludur Rasul di Ipoh pada bulan lepas, demikianlah kejutan kehadiran peserta yang saya jangkan bertambah 5 kali ganda dari biasa.

Proogran seawalnya dimulai dengan sembahyang maghrib berjamaah diikuti oleh kuliah maghrib. Sesudah itu peserta disediakan makan malam secukupnya.

Acara kemuncaknya adalah majlis ucapan dan amanat dari Pimpinan yang dimulai sesudah sembahyang Isya berjemaah.

Ucapan dimulai oleh Ustaz Dahlan selaku setiausaha Lajnah Tarbiyah Negeri. Beliau mengucapkan berbanyak terimkasih dan menegaskan perhimpunan kali ini berlainan dari sebelumnya kerana kita berhimpun dalam keadaan sudah memerintah Perak.

Permulaan majlis adalah doa wehdah secara beramai-ramai yang di ketua oleh YDP Kawasan Tanjung Malim yang juga SU Dewan Ulama Negeri, Ust. Zulqarnain Hassan.

Selain itu peserta juga berkesempatan mendengar ucapan dari Wakil Ahli Parlimen yang menang iaitu diwakili oleh ahli Parlimen Parit Buntar,YB. Dr. Mujahid Yusuf Rawa, dan Ucapan dari Wakil ADUN diwakili oleh ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim.

Kandungan ucapan mereka berdua berkisar mengenai pengisian kepada kemenangan dan wala kepada keputusan yang ditetapkan oleh pucuk pimpinan.

Ucaptamanya adalah oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Ahmad Awang. Hadirin sedikitpun tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing sehingga ucapan berakhir.

3 ulasan:

Selongsong berkata...

YB Al-Fadhil Tuan Guru Dr Khalil Idham Lim,

Ana cadangkan kepada TGKIL agar mengendalikan Usrah online bulanan melalui YM atau MSN atau yang sewaktu dengannya.

selongsong.pencucuh

Muhammad Fahmi berkata...

Salam sejahtera buat Ustaz,

Setelah mengikuti program semalam, saya berpuas hati dengan ucapan Ustaz Ahmad Awang. Memang saya terkejut dgn sikap Mufti Perak tapi apa boleh buat sebab itu mungkin kelemahan beliau.

Sesungguhnya seluruh ahli PAS Perak cukup beruntung kerana diterajui oleh Ustaz Ahmad Awang kerana sangat bijak membuat keputusan yang tepat di saat yang sangat genting.

Untuk pengetahuan Ustaz, saya adalah lulusan ijazah dari luar negara dan saya amat peka tentang sikap profesionalisma. Pada pandangan saya apa yang PJ lakukan itu adalah satu pendekatan yang amat baik kerana beliau memang cukup berpengalaman (kerajaan, NGO dan parti).

Malangnya dari soalan/cadangan yang dikemukakan pada hujung sesi agak mengecewakan. Hanya cadangan Ustaz Zakaria yang bernas. Yang lainnya melambangkan sikap lama yang amat sukar diubah.

Adakah ahli2 PAS ini tidak tahu meletakkan 'priority' mana yang lebih penting? 6 YB PAS sudah berjaya, YAB Nizar sudah jadi MB, Exco sudah dilantik dan Kerajaan Pakatan Rakyat sudah mula bergerak. Apa yang mereka perlukan ialah sokongan dan doa munajat supaya semuanya dapat berjalan dengan lancar.

Saya cukup sedih bila permintaan yang bukan-bukan dikeluarkan (tentang ketua kampung, upgrade markaz, tak puas hati dgn calon/YB dll). Mungkin sebab itulah Allah tidak izinkan YAB Nizar datang. Kalau beliau hadir saya pasti beliau akan kecewa kerana pengorbanannya seolah-olah tidak dihargai.

Ustaz,

Kita amat perlukan budaya hormat kepada pemimpin apatah lagi YAB Nizar bukan setakat YB PAS tapi MB kepada sebuah negeri. Juga budaya menggunakan akal sebelum bertanya soalan atau memberi cadangan supaya apa yang diluahkan adalah bernas dan tidak keluar dari keutamaan. Kita perlu menasihatkan ahli2 tentang perkara ini. Budaya 'kampung' ini perlu dibuang terus dari PAS kerana ianya bukan setakat tidak mendatangkan kebaikan malah lebih memburukkan keadaan.

Harap pimpinan PAS Perak dapat mengambil langkah-langkah seperti mengadakan kursus berkaitan motivasi/kesedaran/kepimpinan untuk memperbaiki keadaan ini. Ini amat penting untuk memupuk ilmu dan sikap yang positif kepada ahli2.

Sebelum berundur saya mengucapkan tahniah atas kejayaan YB dlm PRU12. Jika ada apa-apa lagi pandangan akan saya keutarakan lagi di kemudian hari.

Sekian, terima kasih.

Pengasas berkata...

Assalamu 'Alaikum!
Saya sokong cadangan Selongsong. Itu pun jika YB ada masa.
Atau, YB setup sebuah universiti maya untuk setiap rakyat. Barangkali ramai antara kita yang sanggup bersama untuk menjayakannya, terutama para pesara. Ibadat bokan sekadar solat sahaja kan?.
Pandangan Bona juga amat bernas. Keadaan begitu berlaku juga di Selangor dan mungkin di mana-mana.
Salam untuk semua!