19 Februari 2014

Debat ilmiah: Mahu Kassim menjawab tohmahannya

19 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
Kasim Ahmad bukanlah nama kecil dalam pergulatan sosio politik negara ini semenjak dasawarsa 70-an, sosok ini pernah mendekam dalam tahanan politik ISA kamunting kerana anutan politiknya. Juga mantan presiden PSRM ini menggegerkan tanah air dengan isu gerakan anti hadith yang ditentang hangat oleh tokoh-tokoh PAS dalam dekad 70-an dan 80-an seperti Ustaz Amaluddin Darus dan Ustaz Abu Bakar Hamzah. Kasim Ahmad tidak keseorangan dalam membawa jalur pemikiran mengkritik hadith dengan erti kata lain menyanggah kemuliaan Ar Rasul SAW, beliau mempunyai khalayak dan peminatnya yang tersendiri termasuk tokoh-tokoh besar negara ini.

Legasi kesesatan kelompok anti hadith pernah bersarang dalam JAM atau jamaah al-Quran Malaysia, seterusnya Forum Islam Liberal yang juga menjadi pemicu kepada tersebarnya fahaman Islam liberal dan jua pluralisme agama di tanah leluhur ini. Negara ini juga harus berterima kasih kepada agamawan dan gerakaan Islam yang berusaha membendung aliran anti hadith yang juga mengakar di bumi Mesir dan juga Indonesia.

Hairan bagaimana Mahathir terpengaruh ajaran sesat - Harussani

19 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
IPOH: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengecam mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yang juga peneraju Perdana Leadership Foundation kerana menyokong dan mempertahankan pemikiran songsang, Kassim Ahmad.

Menurutnya, tindakan itu telah memberi ruang untuk menyegarkan semula fahaman terpesong itu walaupun ianya telah difatwakan oleh kebanyakan negeri sebagai pemikir yang sesat dan menyeleweng dari ajaran Islam.

"Saya hairan bagaimana Mahathir boleh terpengaruh dengan ajaran sesat Kassim Ahmad hingga sanggup mempertahankannya.

Jakim: Pandangan Kassim Ahmad bercanggah dengan akidah

19 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini membuat pendirian bahawa pandangan yang dikemukakan Kassim Ahmad dalam satu seminar di Putrajaya minggu lalu adalah bercanggah dengan prinsip ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi asas pegangan masyarakat Islam di Malaysia.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata pihaknya memandang serius perkara yang dibangkitkan dalam "Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Satu Penilaian" itu.

"Saya telah meminta pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk mengambil tindakan dengan pendekatan yang bersesuaian dalam perkara ini. 

MAS rugi RM1.174 bilion

19 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

SYARIKAT penerbangan Malaysia Airlines (MAS) mencatatkan kerugian RM1.174 bilion sepanjang tahun lalu, iaitu hampir tiga kali ganda lebih tinggi berbanding kerugian RM433 juta dicatatkannya pada 2012.

Kerugian itu direkodkan di sebalik peningkatan pendapatan kasar sebanyak 36 peratus iaitu RM254 juta bagi tempoh 12 bulan berakhir 31 Disember 2013 berbanding RM187 juta pada akhir 2012.

Kerusi Parlimen Bagan Datoh kekal milik BN

19 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kerusi Parlimen Bagan Datoh, Perak, kekal milik Barisan Nasional (BN) selepas Mahkamah Pilihan Raya, hari ini, menolak petisyen PKR untuk membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bagi kawasan itu. 

Berikutan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, kekal sebagai Ahli Parlimen Bagan Datoh. 


Hakim Mahkamah Pilihan Raya, Datuk Hasnah Mohamed Hashim, membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan awal dikemukakan Ahmad Zahid, yang memenangi kerusi terbabit. 

Pahang Kawal Ketat Tapak Fosil Dinasor

19 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

Dr Masatoshi menunjukkan gigi dinasor sewaktu mendedahkan penemuan itu di Universiti Malaya. Foto SHAARI CHEMAT / THE STAR
PETALING JAYA: Kerajaan negeri Pahang akan mengawal ketat tapak penggalian fosil dinasor di mana gigi yang hanya sepanjang 23mm dikatakan milik spesis tersebut ditemui di negeri itu.
"Sehingga kawasan itu ditutup sepenuhnya, kita tidak boleh mendedahkan lokasi sebenar tapak berkenaan," kata Profesor Madya Dr Masatoshi Sone dari Jabatan Geologi Universiti Malaya, yang merupakan penyelidik utama dalam ekspedisi yang bermula pada September 2012.

'Misi Keamanan' Bangkok makan korban nyawa

19 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

Mungkin ia dikenali sebagai 'Misi Keamanan Bagi Bangkok' namun hasilnya bertentangan sama sekali apabila tindakan pihak berkuasa semalam untuk mengusir penunjuk perasaan antikerajaan di beberapa kawasan mencetuskan pertempuran yang mengorbankan empat orang manakala 64 lagi cedera.

Beberapa jam selepas berlaku pertempuran, Suruhanjaya Anti Rasuah Kebangsaan Thailand mengumumkan bahawa Perdana Menteri sementara Yingluck Shinawatra berdepan pertuduhan mengabaikan tugas berhubung peranannya dalam skim subsidi beras yang mana kerajaan kini berhutang lebih 120 bilion Baht kepada petani.

Piala FA: Kelantan ketuai 4 pasukan ke separuh akhir

19 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -


Juara bertahan, Kelantan mengetuai senarai empat pasukan yang mengesahkan slot ke separuh akhir Piala FA selepas menewaskan lawan masing-masing pada suku akhir kedua, malam ini.

Bangkai ayam, cat merah disimbah di tangga pejabat Teresa

19 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -


Cat merah telah disimbah di tangga ke pusat perkhidmatan Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok.

Seekor bangkai ayam dan gambar Teresa juga ditemui seorang kakitangannya yang tiba di pejabat kira-kira jam 9 pagi ini.

Tiada saksi dipanggil perbicaraan pasangan Malaysia di Sweden

19 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Tiada saksi dipanggil oleh pihak pendakwa untuk memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan pasangan rakyat Malaysia di mahkamah daerah Solna di Stockholm, Sweden, kata Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (Sukaguam) Datuk Khairul Anwar Rahmat.
    
Khairul Anwar, yang tiba di Stockholm pagi semalam berkata perbicaraan sebaliknya menyaksikan pihak pendakwa mengemukakan rakaman video polis Sweden dengan anak bongsu pasangan itu, Arif.

Siasat penganjur seminar, bimbing Kassim Ahmad

19 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
Pelbagai pihak melahirkan kritikan terhadap kenyataan tidak beradab serta bertentangan dengan prinsip Islam yang dikeluarkan oleh Kassim Ahmad.

Kenyataan beliau bukanlah perkara baru, bahkan buku beliau turut diharamkan dan diyakini boleh membawa kerosakan aqidah.

Pelbagai fatwa serta kecaman telah dilakukan sebelum ini, nampaknya ia tidak berkesan untuk mengubah pendirian dan kefahaman salahnya terhadap ajaran Islam.

Melihat latar belakang beliau, pandangannya bukanlah sesuatu yang pelik kerana kejahilan adalah musuh utama manusia, namun tidak menyedari kejahilan adalah lebih besar lagi.