PETALING JAYA: Kerajaan negeri Pahang akan mengawal ketat tapak penggalian fosil dinasor di mana gigi yang hanya sepanjang 23mm dikatakan milik spesis tersebut ditemui di negeri itu.
"Sehingga kawasan itu ditutup sepenuhnya, kita tidak boleh mendedahkan lokasi sebenar tapak berkenaan," kata Profesor Madya Dr Masatoshi Sone dari Jabatan Geologi Universiti Malaya, yang merupakan penyelidik utama dalam ekspedisi yang bermula pada September 2012.
"Kadang-kadang mereka yang bukan penyelidik mungkin pergi dengan penggali dan menggali tanah," kata beliau sambil menambah insiden itu pernah berlaku di Thailand dan Laos; hanya dua negara Asia Tenggara lain yang menemui fosil dinosaur.
Fosil yang ditemui di kawasan pedalaman di Pahang, ianya dikatakan adalah fosil milik dinosaur jenis spinosauridae yang dipercayai dari lewat era Mesozoic dan, kemungkinan besar dari tempoh Cretaceous.
Para penyelidik telah tidak menjalankan pengiraan radiometrik yang merupakan satu kaedah untuk menentukan usia geologi itu.
Bagaimanapun mereka mengatakan bahawa gigi itu ditemui dalam enapan batu dari era Mesozoik.
Era Mesozoik adalah selang masa geologi, yang juga dikenali sebagai usia reptilia, iaitu kira-kira 252 juta - 66 juta tahun lalu.
Cretaceous ditakrifkan sebagai tempoh antara 145 dan 75 juta tahun lalu, tempoh terakhir bagi era Mesozoik, berikutan Jurassic dan berakhirnya zaman itu dengan kepupusan dinosaur.
Gigi tersebut dikatakan merupakan tinggalan pertama dinosaur yang ditemui di Malaysia.
"Kami belum mengenal pasti spesis yang tepat dinosaur ini atau sekiranya ia adalah spesies baharu," kata Dr Masatoshi, sambil menambah bahawa mereka mengenal pasti gigi berkenaan berdasarkan ciri-ciri utama gigi spinosaurid.
Spinsauridae adalah sebuah keluarga dinosaur carnivourous tertentu, dengan ciri-ciri menyerupai tengkorak buaya yang panjang dan gigi kon kecil.
Penemuan fosil dinosaur di Malaysia dianggap sebagai penemuan pakar paleontologi di seluruh dunia.
Penemuan digi tersebut diumumkan di hadapan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, di universiti itu di sini, Selasa.
Turut hadir ialah Naib Canselor UM, Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin dan Dekan Fakulti Sains universiti itu, Prof Datuk Dr Mohd Sofian Azirun.
Dr Masatoshi berkata, terdapat kemungkinan wujudnya tulang-tulang lain yang akan dibongkarkan nanti.
Sebelum ini, ahli paleontologi lain memberitahunya bahawa tiada fosil dinosaur di Malaysia kerana "mereka tidak pernah menjumpainya sebelum ini".
"Fosil pertama sering kali menjadi yang paling sukar untuk dicari, tetapi sebaik sahaja ia dijumpai, mungkin banyak lagi boleh ditemui. Sekarang kita tahu spesis spinosaurids turut pernah berada di Malaysia," kata Dr Masatoshi.
Sementara itu, Adnan berkata, beliau telah mengarahkan Jabatan Perhutanan dan polis untuk memelihara kawasan yang digali.
Beliau akan mengadakan pertemuan dengan pihak-pihak yang terlibat pada Rabu untuk membincangkan langkah-langkah khusus, sebagai contoh, sekiranya rondaan akan diperlukan atau adakah menutup kawasan itu sudah mencukupi.
mStar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan