19 Februari 2014

Kerusi Parlimen Bagan Datoh kekal milik BN

19 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kerusi Parlimen Bagan Datoh, Perak, kekal milik Barisan Nasional (BN) selepas Mahkamah Pilihan Raya, hari ini, menolak petisyen PKR untuk membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bagi kawasan itu. 

Berikutan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, kekal sebagai Ahli Parlimen Bagan Datoh. 


Hakim Mahkamah Pilihan Raya, Datuk Hasnah Mohamed Hashim, membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan awal dikemukakan Ahmad Zahid, yang memenangi kerusi terbabit. 


Petisyen itu dikemukakan calon PKR, Madhi Hasan dan seorang pengundi, Azmi Sulaiman. 

Sehubungan itu, pempetisyen diperintah masing-masing membayar kos RM25,000 kepada responden.

Tiada ulasan: