10 Oktober 2021

Pemimpin berhaluan kanan Itali ditahan

 Ratusan peserta berdemonstrasi membantah pendekatan membendung COVID-19 di tengah Rom. - Foto AFP

Ratusan peserta berdemonstrasi membantah pendekatan membendung COVID-19 di tengah Rom. - Foto AFP

ROM: Polis Itali hari ini memberkas pemimpin dan anggota parti berhaluan kanan, Forza Nuova susulan demonstrasi yang bertukar menjadi insiden keganasan.

Pakaian Pengantin Perempuan

 图片默认标题_fororder_hunlixiqing 

Mengikut kepercayaan masyarakat China, warna merah dipilih bagi menggambarkan nasib yang baik.

Sindiket Forex: Polis ambil keterangan peguam, ‘Datuk Seri’ guna nama TMJ

 

Ayob Khan Mydin Pitchay meminta orang ramai tidak terpengaruh dengan pelbagai komen di media sosial berkaitan kes pemalsuan dokumen pertukaran mata wang asing yang menyalahgunakan nama Tunku Mahkota Johor. (Gambar Bernama)

JOHOR BAHRU: Polis telah mengambil keterangan seorang wanita didakwa “Datuk Seri” dan seorang lelaki yang merupakan peguam dipercayai terlibat dalam kes pemalsuan dokumen surat aku janji bagi menjalankan urusan pertukaran mata wang asing (Forex) menggunakan nama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam.

Wanita maut diserang buaya di Kalabakan

 

Mayat Fosanih Nansel ditemui penduduk kampung yang mencarinya pada 8 pagi tadi, selepas beliau dilaporkan hilang di sungai kampung itu sejak semalam. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang wanita maut dipercayai akibat diserang buaya di Kampung Serudung Laut dekat Kalabakan, Sabah, hari ini.

Mayat Fosanih Nansel, 22, ditemui penduduk kampung yang mencarinya pada 8 pagi tadi, selepas beliau dilaporkan hilang di sungai kampung itu sejak semalam.

Polis serbu mesyuarat pertubuhan tidak berdaftar, 52 ditahan

 

Sebahagian daripada 52 anggota pertubuhan haram yang ditahan dalam serbuan di sebuah hotel di Kuala Terengganu kelmarin.


KUALA TERENGGANU – Seramai 52 orang termasuk enam wanita dipercayai anggota sebuah pertubuhan haram ditahan dalam serbuan polis di sebuah hotel di bandar raya ini pada kelmarin.

Parti Penaja Kuasa Rakyat dilancarkan

 

Kamarazaman berucap pada Majlis Peluncuran Parti Kuasa Rakyat, di The Diplomat, di sini hari ini.


PETALING JAYA – Parti Penaja Kuasa Rakyat yang diasaskan oleh abang Perdana Menteri, Kamarazaman Yaakob secara rasminya dilancarkan di The Diplomat, Pekarangan Tun Ismail, di sini hari ini.

Polis tutup sekatan jalan di sempadan negeri

 Sekatan jalan raya di sempadan negeri ditutup mulai tengah malam ini. FOTO NSTP

Sekatan jalan raya di sempadan negeri ditutup mulai tengah malam ini. FOTO NSTP

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menutup semua sekatan jalan raya (SJR) di sempadan negeri seluruh negara, bermula tengah malam ini.

Populasi dewasa lengkap divaksin kini 89.7 peratus

 

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatat 89.7 peratus populasi dewasa atau 21,003,074 orang telah lengkap menerima dos vaksinasi Covid-19 setakat 11.59 malam tadi (9 Okt), menjadikan sasaran untuk mencapai 90 peratus hanya berbaki 0.3 peratus.

Malaysia Airlines tawar tiket serendah RM59

 MALAYSIA Airlines. FOTO BERNAMA

MALAYSIA Airlines. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Malaysia Airlines menawarkan tiket penerbangan serendah RM59 sehala serta diskaun sehingga 50 peratus bagi pakej MHholiday sempena dengan kebenaran rentas negeri yang diberikan kerajaan bermula esok.

Hanya individu lengkap divaksin boleh tunai umrah

 Masjidilharam, Makkah. FOTO fail AFP

Masjidilharam, Makkah. FOTO fail AFP

Riyadh: Hanya individu yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin yang diiluluskan oleh Arab Saudi dibenarkan untuk menunaikan umrah dan mengunjungi Masjidilharam, Makkah dan Masjid Nabawi, Madinah.

'Jika hargai frontliner, kita perlu lebih bertanggungjawab' - Khairy

 KHAIRY Jamaluddin Abu Bakar. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali

KHAIRY Jamaluddin Abu Bakar. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali

Kuala Lumpur: Pengumuman kerajaan yang membenarkan individu lengkap vaksinasi Covid-19 melakukan pergerakan rentas negeri tanpa perlu mendapatkan kebenaran polis bermula esok adalah satu penghargaan kepada petugas barisan hadapan.

Pemeriksaan rawak diteruskan

 


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan pemeriksaan secara rawak tetap dilaksanakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Lakukan saringan COVID-19 sebelum balik kampung

 

 Foto fail BERNAMA
Foto fail BERNAMA


KUALA LUMPUR: Mereka yang mahu pulang ke kampung digalakkan melakukan Ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) atau Rapid Test Kit (RTK) Antigen termasuk secara kendiri.

Dibenar keluar negara tanpa melalui #MyTravelPass

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kebenaran rentas negeri dibenarkan mulai esok pada sidang media di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto BERNAMA
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kebenaran rentas negeri dibenarkan mulai esok pada sidang media di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Kerajaan membenarkan rakyat Malaysia melakukan perjalanan ke luar negara, termasuk untuk melancong tanpa melalui MyTravelPass Jabatan Imigresen, berkuat kuasa esok.

Rentas negeri mulai esok untuk individu lengkap vaksin

 

Rentas negeri mulai esok untuk individu lengkap vaksin. - Foto fail NSTP


KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju memberi kebenaran kepada Keluarga Malaysia yang sudah menerima vaksinasi lengkap untuk melakukan pergerakan rentas negeri bermula esok.

Jangkitan harian COVID-19 Singapura melebihi 3,500 kes

 Orang ramai memasuki pusat vaksinasi COVID-19 di sebuah pusat masyarakat di Singapura. - Foto AFP

Orang ramai memasuki pusat vaksinasi COVID-19 di sebuah pusat masyarakat di Singapura. - Foto AFP

SINGAPURA: Kes harian COVID-19 Singapura melebihi 3,000 jangkitan dua hari berturut-turut sejak kelmarin, dengan 3,577 kes dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan (MOH).

Berbaki 0.3 peratus untuk rentas negeri

KUALA LUMPUR: Hanya berbaki 0.3 peratus lagi sebelum kelonggaran perjalanan rentas negeri dapat dinikmati rakyat Malaysia selepas sekatan itu dikuatkuasakan sejak Mei lalu.