26 Mac 2011

Ali Abdullah sedia serah kuasa kepada orang dipercayai

21 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

SANAA 26 Mac - Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh dalam ucapannya di hadapan penyokongnya berjanji akan menyerahkan kuasanya tetapi hanya kepada orang yang boleh dipercayai.

“Kami akan berdiri teguh dengan kamu.. Terus setia berdepan dengan pelbagai cabaran.

“Kita tidak perlu kuasa. Kita perlu menyerahkannya kepada orang yang boleh dipercayai, dan bukan kepada tangan yang mengamalkan korup dan perlakuan terkutuk,” ujarnya kepada orang ramai di ibu negara lalu disusuli dengan tepukan gemuruh. - AFP

Banjir di Daerah Kerian beransur pulih

21 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

IPOH 26 Mac — Keadaan banjir di Daerah Kerian beransur pulih dengan 258 penduduk masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan petang ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir daerah berkata, kesemua mangsa berada di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Merak dan SK Alor Pongsu dan akan dibenarkan pulang setelah air di kampung mereka surut.

Menurutnya, pusat pemindahan banjir di SK Haji Dahalan dan Dewan Orang Ramai di Alor Pongsu ditutup sementara selepas semua mangsa yang ditempatkan di situ dibenarkan pulang sejak semalam,

Penyelamat sukar sampai ke kawasan gempa bumi Myanmar

21 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

YANGON: Anggota pasukan penyelamat berhempas pulas hari ini untuk sampai ke kawasan pedalaman yang terjejas akibat gempa bumi sehingga mengorbankan 75 orang memandangkan jalan raya di kawasan itu rosak teruk dan rumah papan musnah.

Gempa bumi berukuran 6.8 magnitud yang melanda bahagian timur negara itu berdekatan sempadan Thailand dan Laos dapat dirasami sehingga ke Hanoi, ibu negara Vietnam. Bandar Tarlay, Tachileik dan perkampungan berdekatan wilayah Shan, Myanmar adalah paling teruk terjejas akibat gempa bumi itu apabila ratusan kediaman runtuh manakala biara dan bangunan kerajaan turut musnah. - AFP

Ismail minta warga PDRM jaga kesihatan

21 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Pegawai dan anggota polis dinasihatkan supaya menjaga kesihatan masing-masing termasuk dengan menukar tabiat makan bagi mengelak diserang penyakit kronik seperti sakit jantung.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata penyakit jantung boleh menjejaskan keupayaan warga Polis DiRaja Malaysia untuk memberi perkhidmatan cemerlang kepada masyarakat. Beliau berkata, sebanyak 657 kes penyakit jantung dilaporkan di kalangan pegawai, anggota, penjawat awam dan pesara PDRM pada 2010 dan daripada jumlah itu, sebanyak 111 kematian direkodkan di kalangan mereka. "Kita tahu anggota polis ini sibuk dengan jadual kerja mereka yang ketat dan bebanan tugas yang padat. Bila tak sempat makan di rumah, mereka akan makan di luar dan tiada kawalan, jadi kita harus tukar "habit" kita ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Gaya Hidup Sihat di Pusat Latihan Polis di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin Ismail dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.

Berikutan itu, Ismail berkata, melancarkan program itu dengan mengedar buku rekod kesihatan kepada anggotanya supaya mereka boleh mengemas kini dan merekod tahap kesihatan mereka dari masa ke semasa.

Beliau berkata, program itu yang diadakan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan, akan memberi pendedahan, pameran, kesedaran dan garis panduan kesihatan khususnya kepada warga PDRM mengenai kepentingan menjaga kesihatan masing-masing.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai penahanan dua individu berhubung isu video seks, beliau bagaimanapun enggan mengulas namun memberitahu bahawa siasatan masih dijalankan.

"Kita masih jalankan siasatan secara menyeluruh, terbuka dan profesional. Jangan bimbang, yang pasti kita akan memklumkan perkembangan semasa kepada pihak media melalui kenyataan media yang kita keluarkan dari masa ke semasa," katanya. - BERNAMA

Tahniah Dewan Muslimat Pas Kawasan Parit.

21 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
SU DPP Parit

Titi Gantung , 26 Mac 2011 – Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit merakamkan ucapan tahniah kepada Dewan Muslimat Pas Kawasan Parit yang baru sahaja melangsungkan Mesyuarat Agung Tahunannya bertempat di Markaz Pas Titi Gantung hari ini.

Mesyuarat Agung tersebut yang bermula dari jam 9.00 pagi dan berakhir jam 4.00 petang telah mengekalkan kepimpinan Dr Najihah Solehah Ahmad selaku ketuanya dan beberapa rombakan kecil dalam tanzim yang juga disebut sebagai kabinet pilihanraya.

Pengekalan Dr Najihah selaku Ketua Dewan Muslimat Pas Kawasan Parit dilihat sebagai suatu kekuatan kerana ketokohan beliau dalam memimpin organisasi dewan tersebut sejak beberapa penggal yang lalu selain turut merupakan bekas calon di Parlimen Parit pada pilihanraya yang lalu.

Memetik ucapan Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit, Ustaz Mohd Al-Hakimi As-Syah Alami, “Pemuda Pas Kawasan Parit merakamkan ucapan tahniah kepada Dewan Muslimat Pas Kawasan Parit kerana berjaya menjalankan mesyuarat agungnya dengan baik. Kami berharap usahasama antara Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda akan terus erat dan utuh apatah lagi menjelang pilhanraya yang semakin hampir.”

Untuk rekod, Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit telah selesai bermesyuarat agung 2 minggu yang lalu dan menyaksikan pertukaran kepimpinan dimana Ustaz Mohd Al-Hakimi As-Syah Alami telah diangkat menjadi ketua dewan tersebut yang baru.

Ceramah Anwar diganggu FRU, tiga ditahan


21 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Tiga anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) ditahan polis dan kekecohan berlaku semasa ceramah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Gombak malam tadi.

Kira-kira 10 anggota polis bertindak menghalang ketua umum
PKR itu daripada berucap lebih daripada 15 minit yang dibenarkan.

Anwar ketika itu sedang berucap di majlis pelancaran kempen DNA (Datuk Najib Altantuya) yang dihadiri kira-kira 1,500 orang, kebanyakannya penyokong PKR.

Hadirin tidak puashati dengan arahan supaya Anwar berhenti berucap, dan keadaan menjadi kecoh. Kerusi, botol air, bata dan kayu kelihatan dibaling ke arah anggota polis anti-rusuhan.

Pada satu ketika, apabila anggota polis menghampiri pentas, para penyokong mula berkumpul di situ dan enggan memberi laluan.

Anggota Unit simpanan persekutuan (FRU) kemudiannya terpaksa
menggunakan perisai untuk menolak mereka yang menutup laluan.

Bagaimanapun , Anwar dan timbalannya Azmin Ali, yang juga ahli parlimen Gombak, dibawa beredar dari pentas, tetapi orang ramai yang kelihatan marah tetap berkumpul di situ.

Anggota polis akhirnya terpaksa berundur apabila hadirin menjadi agresif.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin berkata tiga orang yang ditahan ialah Maslan Abdul Raus dan Helmi Rizal manakala seorang lagi yang belum dikenali, dan masing-masing dibawa ke balai polis Hulu Kelang dan ibupejabat polis Ampang.

Anwar, yang menghadiri satu lagi majlis makan malam PKR di Kuala Selangor, tiba 30 minit sebelum kekecohan itu berlaku.

Para hadirin berdiri menyambut ketibaan beliau kerana mereka mahu mendengar penjelasannya ekoran pendedahan terbaru video seks yang dikaitan dengannya.

Harakahdaily/-

TULISAN ZUL KULIM `COVER LINE' APABILA KANTOI

21 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
Oleh: WFAUZDIN NS

ZUL Kulim nampaknya sudah mula berputar lidah apabila terang lagi bersuluh terkantoi kenyataannya di TV yang percaya 110 % pelaku itu adalah pemimpin pembangkang yang kontroversi yang semua orang faham maksudnya adalah Anwar. Apabila kes video seks ini kantoi juga dengan pengakuan `Three Strooges' Datuk T, maka kelam kabut Zul Kulim minta kita percaya apa yang dia tulis di dalam blog, bukan apa yang dia cakap di dalam TV.

Ertinya, yang bercakap di dalam TV itu bukan Zul Kulim, mungkin hantu syaitan berkopiah agaknya. Zul Kulim yang betul adalah di dalam blog beliau. Bijak tidak boleh diikut loyar ini. Jika benar TV tersebut yang menyiarkan gambar dan kenyataannya itu diputar belitkan, masakan Zul Kulim seorang peguam tidak mahu mengambil tindakan menyaman TV berkenaan? Mudah dibaca langkah pencak silat sumbang MP Kulim yang tidak berparti ini.

Beliau menulis berkaitan video seks yang kantoi itu dipetik begini, "

"Bolehkah mike percaya isu Jantan-X menyudu dalam videoseks tu dikatakan perbuatan kerajaan. Masuk akai ke yop? Berapa lama nak kena bohong dan kelentong yop? Orang yang menamakan diri dia Datuk T tu kata dia kawan Anwar. Dia yang diminta Anwar ambil jam yang tertinggal dalam bilik hotel tempat menyudu" tersebut. Kawan Anwar ni yang jumpa video tu. Kawan Anwar ni yang buat kenyataan akhbar tu. Kawan Anwar ni yang tunjuk videoseks itu kepada wartawan. Kawan Anwar ni yang ugut Anwar supaya letak jawatan. Kawan Anwar ni juga yang kata setelah melihat video itu dia yakin Anwar tidak layak menjadi pemimpin. Kawan Anwar ni yang desak dia dan bini dia supaya berundur. Itu semua dibuat oleh Datuk T iaitu kawan Anwar sendiri. Takde kena mengena dengan sesiapa pun, apatah lagi Kerajaan."

Hujah saya, mana Zul Kulim tahu Datuk T itu kawan rapat Anwar? Siapa dia di antara `three strooges' itu kawan rapat Anwar? Mungkin Anwar ada berurusan dengan salah seorang daripada mereka sewaktu dahulu tetapi adakah itu bermakna kawan rapat? Berapa banyak kawan rapat Anwar? DS Anwar sendiri beritahu tiada seorang pun di antara mereka itu kawan rapatnya. Tiba-tiba Zul Kulim yang lebih tahu sepertimana dia tahu dan percaya 110 % pelaku Seks di dalam video berkenaan. Cukuplah berbohong wahai lebai malang !!

Apabila terkantoi di dalam isu video seks, Zul Kulim beralih kepada isu DNA. Bersungguh benar Zul Kulim mahu DS Anwar serahkan DNAnya untuk membuktikan air mani siapa yang bertakung di dalam dubur `haji' Saiful. Petikan tulisan Zul Kulim seterusnya begini;

"Yang penting sekarang ialah; Anwar wajib berikan sampel darah dia untuk ujian DNA bagi menentukan siapa Jantan-Y yang mengunyitkan Saiful dan meninggalkan airmani bertakung dalam karung Saiful!!! Period!!! Full stop!!! "

Hujah saya, mengapa Zul Kulim bertanya tentang jantan Y sahaja? Mengapa tidak bertanya jantan J, K, L, M, N, O, P, Q yang dikatakan terlalu banyak DNA nya di lubang belakang `haji' Saiful? Hipokrit sungguh lebai malang ini. Jelas, sasaran Zul Kulim hanya Anwar sahaja. Beliau tidak mahu ambil tahu betapa `haji' Saiful mungkin telah `dianiayai' oleh beberapa orang lagi. Sebagai seorang lebai jika tidak ustaz sekali pun, sepatutnya Zul Kulim patut mencadangkan agar kes liwat seperti ini hendaklah kembali kepada kaedah Islam. Itu pun jika Zul Kulim masih yakin dengan perundangan Islam atau mahkamah Syariah. Jika tidak, apa bezanya Zul Kulim dengan beberapa pemimpin DAP yang menentang hukum Islam itu?

Tulisan Zul Kulim tersebut ternyata hanya sebagai `cover line' setelah banyak orang mula mencacinya kerana terlibat dengan tuduhan jahat terhadap Anwar tanpa usul periksa. Apa-apa pun, kita ucapkan tahniah kepada beliau kerana dikhabarkan baru sahaja mendapat anugerah Datuk dari Pahang. Mudah-mudahan anugerah itu akan menyelamatkan lebai ini di depan Rabbul Jalil nanti. FULL STOP./wfauzdin.blogspot.com

Kezaliman dan kemungkaran BN mesti dihentikan segera.

21 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -.
Oleh : :Hafizi Pauzi

PARIT BUNTAR, 25 Mac : ADUN Titi Serong, YB Drs. Khalil Idham Lim menegaskan bahawa BN tidak ambil cakna dan peduli apakah itu yang dikatakan keadilan untuk dinikmati bersama dengan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa.

“BN nampaknya tidak berusaha untuk beri peluang kepada rakyat bagi menikmati manfaat dari kekayaan hasil negara secara adil dan saksama tanpa mengira agama dan bangsa ” katanya ketika ditemui di sini.

Tambahnya BN selama memegang teraju pemerintahan negara telah meletakkan parti itu terus berada dalam kezaliman .

“BN bukan sahaja zalim terhadap rakyat yang tidak menyokongnya bahkan mereka zalim terhadap diri mereka sendiri apabila nikmat kekayaan negara dinafikan juga untuk penyokong mereka sindiri" katanya

Bila ditanya apakah punca sebenar keadaan itu boleh berlaku , beliau menegaskan antaranya disebabkan perjuangan UMNO dan BN yang tidak bersandarkan kepada dosa dan pahala.

“Perjuangan UMNO menafikan aspek ajaran Islam iaitu pahala dan dosa yang yang memberi impak syurga dan neraka, walaupun disebut ianya adalah pemanis mulut sahaja” jelasnya.

YB Khalil yang juga Ketua Penerangan PAS Perak menjelaskan, sedangkan Nabi Muhammad SAW sebagai tauladan sejagat telah menghuraikan Islam secara lengkap termasuklah dalam soal politik dan pemerintahan negara.

"Justeru PAS mengambil wadah politik bagi menyampaikan dakwah kepada sesiapa sahaja yang cenderung menyokong gerakan islam di Malaysia dengan hasrat melahirkan sebuah negara yang ditadbir secara lebih baik tanpa menggadai prinsip-prinsip Islam yang selama ini diperjuangkan" jelasnya

"Halatuju PAS itu telah dihormati dan diterima oleh rakan lain dalam Pakatan Rakyat "katanya

Melihat dari aspek Perak untuk kembali merampas semula kerajaan negeri dari BN, beliau yakin bahawa agenda membela rakyat dengan janji pengagihan kekayaan negeri dengan saksama tanpa mengira agama. dan bangsa akan dijadikan agenda utama.

“Pakatan Rakyat Perak komited dan konsisten dengan agenda membela rakyat, agenda ini tiada dalam perjuangan BN, katanya lagi.

Menyentuh perkembangan mengenai isu "video lucah" beliau melahirkan rasa kesal dan malu dengan tahap mentaliti dan pengamalan politik kotor dalam negara Malaysia.

“Perkembangan terkini politik tanah air menyaksikan BN sudah hilang pertimbangan untuk memikirkan sesuatu yang lebih penting untuk rakyat" katanya

"Sepatutnya mereka mesti menggunakan segala sumber dan masa yang ada untuk memikirkan dasar-dasar yang mesra rakyat dalam segenap aspek dan keperluan" jelasnya.

"Nampaknya pemimpin BN menghabiskan masa dan tenaga untuk burukkan pimpinan Pakatan Rakyat yang amat jelas ia sengaja direka dengan niat jahat mereka"tegasnya

Baginya rakyat mestilah memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat bagi menghentikan segala kemungkaran dan kezaliman yang dilakukan sekian lama oleh pemimpin BN dengan segera.

“Rakyat perlu menyokong gerakan kebangkitan bagi menyingkir kemungkaran dan kezaliman yang dilakukan sekian lama oleh pemimpin BN pada PRU akan datang” tegasnya.