18 Jun 2012

Gempa 6.1 magnitud landa Pulau Luzon

28 Rejab 1433H. [MOD] -

MANILA: Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud melanda pantai barat Pulau Luzon di negara ini semalam, kata ahli seismologi Amerika Syarikat, tetapi tiada kemalangan jiwa dan tiada amaran tusnami dikeluarkan.

Badan Penyelidikan Geologi AS berkata, gempa itu melanda pada kedalaman 35 kilometer kira-kira jam 6.18 pagi, 182 kilometer dari barat laut Manila. Institut Gunung Berapi dan Gempa Filipina mengukur gempa itu berukuran 6.0 magnitud.

Gempa itu dirasai di sesetengah kawasan, termasuk Manila, tetapi tiada laporan kerosakan atau kemalangan jiwa, kata Ketua Pertahanan Awam, Benito Ramos. Filipina berada di lingkaran api Pasifik - rantaian di sekeliling Lautan Pasifik yang dipenuhi dengan gunung berapi aktif dan garis lautan yang tidak stabil.

Satu daripada garisan itu terletak betul-betul di bawah Manila, kota metropolis yang dihuni lebih 12 juta penduduk dan ahli seismologi kerajaan memberi amaran bandar raya itu belum bersedia untuk menghadapi gempa yang besar. Pada Februari lalu, gempa bumi berskala 6.7 magnitud yang melanda tengah negara itu mengakibatkan tanah runtuh menyebabkan lebih 100 orang maut dan hilang. - Philippines Inquirer

Kelibat buaya Miri menakutkan

28 Rejab 1433H. [MOD] -

SALAH seekor buaya tembaga yang berehat di tebing Sungai Adong, Miri kelmarin.

MIRI - Penduduk Kampung Pujut Corner di sini hidup dalam ketakutan berikutan kemunculan dua ekor buaya tembaga sepanjang dua meter di Sungai Adong sejak kelmarin.

Walaupun reptilia tersebut setakat ini belum mendatangkan ancaman kepada penduduk, mereka tetap bimbang kerana sungai itu kerap digunakan oleh penduduk untuk aktiviti harian.

Seorang penduduk kampung yang hanya mahu dikenali sebagai Voong, 56, berkata, dua ekor buaya tersebut sering berjemur di tepi pasir landai di tepi sungai berkenaan.

"Kita bimbang dengan keselamatan penduduk kampung khususnya kanak-kanak yang sering bermain dan mandi-manda di sungai tersebut.

"Jika buaya-buaya itu tidak ditangkap, selagi itulah penduduk hidup dalam ketakutan dan dan saya bimbang ada yang menjadi mangsa serangan reptilia itu," katanya di sini kelmarin.

Jelasnya, kemunculan buaya di sungai itu bukanlah kali pertama berlaku kerana ia pernah dilihat tahun lalu.

kosmo/-

479,843 PATI belum melalui proses pemutihan Program 6P

28 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Seramai 479,843 atau 47.2 peratus Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang didaftar secara sah untuk tujuan bekerja di negara ini masih belum melalui proses pemutihan Program 6P, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop.

Beliau berkata proses pemutihan ini mula dilaksanakan pada 10 Oktober tahun lepas bertujuan mendaftarkan PATI melalui Program 6P bagi membolehkan mereka bekerja secara sah di negara ini.

"Walaupun proses ini telah tamat 10 April lepas namun proses temuduga masih diteruskan bagi membolehkan majikan yang telah diberi tarikh temu janji untuk temuduga.

"Proses temuduga ini dijadualkan tamat pada penghujung bulan ini. Saya menyeru mereka yang masih belum melaksanakan proses pemutihan ini supaya bertindak segera," katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) yang ingin tahu jumlah pekerja asing berjaya didaftarkan serta gagal didaftarkan di bawah program pemutihan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata sehingga 14 Jun ini, seramai 536,009 daripada 1,015,852 PATI yang bekerja dengan 100,233 majikan daripada pelbagai sektor perkilangan, perkhidmatan, pembinaan, peladangan dan pertanian telah menjalani proses pemutihan.

Sementara itu, sehingga kini seramai 287,364 PATI didaftarkan untuk dihantar pulang ke negara masing-masing manakala seramai 161,843 PATI telah dihantar pulang dan baki seramai 125,521 PATI sedang dalam proses untuk dihantar pulang. - Bernama

H1N1: 65 pelatih Kem Dusun Resort masih dikuarantin

28 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA NERANG: Seramai 63 pelatih Program Khidmat Negara (PLKN) kem Dusun Resort, di sini masih dikuarantin manakala dua lagi masih dirawat di Hospital Kuala Nerang akibat jangkitan virus influenza A (H1N1).

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata bilangan pelatih yang dikuarantin berkurangan berbanding jumlah asal 78 orang.
"Saya yakin dalam masa terdekat dua pelatih (perempuan) yang dirawat di hospital akan dibenar pulang, manakala 63 pelatih dikuarantin dalam blok khas dalam kem.

"Pelatih-pelatih yang diasingkan melakukan aktiviti sesama mereka sahaja. Mereka rehat, makan dan mempunyai ubat yang secukupnya," katanya kepada pemberita pada lawatan kerja Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), di kem Dusun Resort di sini, hari ini.

Terdapat 303 pelatih sedang menjalani latihan PLKN di kem Dusun Resort yang akan berakhir 14 Julai ini.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi berkata semua aktiviti luar akan dibatal jika Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100, manakala jika IPU antara 95 hingga 99 pelatih perlu memakai topeng muka dan aktiviti luar akan dikurangkan. - BERNAMA

Tangan terikat, warga emas mati akibat serangan jantung

28 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA KANGSAR - Seorang warga emas ditemui mati dengan keadaan kedua-dua tangannya terikat dalam satu kejadian samun bersenjata di kediamannya di Taman Highland, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, Zulkifli Shamsudin, 62, dikatakan baru sahaja pulang bersama isterinya selepas selesai menjalankan perniagaan yang terletak tiga kilometer dari kediaman mereka.

Bagaimanapun, sebaik tiba di rumah itu, mangsa bersama isteri yang ketika itu sedang berehat di bahagian dapur rumah, secara tiba-tiba diserang empat lelaki bertopeng yang menyerbu masuk lalu mengikat mangsa. Mangsa yang turut mengalami kesan cedera di bahagian bawah dagu diikat menggunakan wayar telefon manakala isterinya, Radiah Kamaruddin, 62, diikat dengan wayar periuk nasi.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Abdul Gaffar Muhammad berkata, isteri mangsa yang berjaya meloloskan diri keluar melalui pintu belakang dan meminta bantuan penduduk berhampiran untuk menghubungi polis.

Menurutnya, polis yang menerima laporan berhubung kejadian itu segera ke lokasi dan berjaya memberkas seorang daripada ahli kumpulan berkenaan.

“Ketika itu, tiga yang lain berjaya melarikan diri, bagaimanapun seorang daripada mereka berusia 47 tahun berjaya diberkas selepas didapati tersangkut pada bahagian siling rumah mangsa.

“Siasatan awal mendapati, kesemua penjenayah masuk ke rumah berkenaan melalui bumbung sebelum menyerang dan melarikan wang tunai serta barang kemas mangsa bernilai hampir RM20,000,” katanya. Abdul Gaffar berkata, daripada pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian, polis turut menemui sebilah pisau yang dipercayai digunakan kumpulan berkenaan dalam kejadian rompakan itu.

Bagaimanapun katanya, hasil bedah siasat, Zulkifli yang ditemui terbaring di lantai dengan keadaan kedua-dua tangan terikat disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat sakit jantung.

Lima jam selepas insiden itu, gerakan pasukan khas yang ditubuhkan polis berjaya menjejaki dua lagi ahli kumpulan berkenaan di sekitar pekan Kuala Kangsar kira-kira jam 10 pagi semalam.

Beliau berkata, dengan penahanan dua lelaki berusia lingkungan 30-an itu, polis kini sedang menjalankan gerakan untuk mencari seorang lagi ahli kumpulan berkenaan yang dipercayai sedang menyembunyikan diri.

Radiah ketika ditemui mengakui masih trauma mengingati detik kejadian itu. “Sebaik tiba di rumah saya terus ke dapur untuk memasak air, tiba-tiba kami diserang sekumpulan lelaki dengan pisau, kami diugut agar tidak melawan dan menyerahkan wang serta barang kemas, apabila saya nggan bekerjasama, mereka bertindak memukul saya,” katanya.

Radiah tidak menyangka, perubahan arwah yang agak kurang selera makan dua hari sebelum insiden itu menjadi petanda pemergian suaminya itu. Difahamkan, kejadian semalam adalah yang kedua berlaku sejak tahun lalu.

Abang mangsa, Zainul Ariffin Shamsudin, 67, berkata, kali terakhir dia bertemu dengan adiknya itu sekitar dua minggu lalu di sebuah majlis kenduri. “Arwah sangat rapat dengan adik-beradik dan mempunyai ramai kenalan,” katanya.

Jenazah Allahyarham Zulkifli selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lubuk Merbau selepas solat Zuhur.

Sinar Harian

Api menjulang beberapa meter

28 Rejab 1433H. [MOD] -

PASIR MAS – Letupan kuat apabila sebuah kereta Proton Iswara terbakar pada jam 1 pagi, semalam, menggemparkan penduduk. Kebakaran itu, bagaimanapun tidak mendatangkan sebarang bahaya mahupun kecederaan kepada penduduk dekat sini.

Penduduk yang hanya mahu dikenali Pak Ya berkata, ketika kejadian dia sedang menonton perlawanan bola sepak bersama rakannya. Terkejut dengan bunyi letupan itu, mereka keluar dan melihat api marak sehingga ke paras beberapa meter.

“Kami tidak pasti sama ada pemandu kereta itu sempat menyelamatkan diri atau tidak,” katanya. Sementara itu, Ketua Operasi, Pegawai Kanan Bomba II (PBK), Azuhan Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.09 pagi, semalam. “Kami bergegas ke tempat kejadian menggunakan satu jentera dengan kekuatan enam anggota.

“Bagi mengelakkan berlakunya letupan kedua, kami berusaha memadam api di bahagian tangki minyak,” katanya semalam. Beliau berkata, empat tong minyak berada di bahagian bonet belakang menyebabkan api marak dengan pantas.

Menurutnya, pihak Bomba dan Penyelamat Pasir Mas berjaya memadamkan kebakaran 15 minit kemudian. “Saya menasihati semua penduduk dan pemandu agar mengutamakan keselamatan diri agar kejadian seumpama ini tidak berulang,” katanya di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian terbabit. “Kita masih menyiasat sama ada kereta ini diubah suai untuk aktiviti penyeludupan atau sebaliknya,” katanya. Api menjulang
beberapa meter

Sinar Harian

Anak tidak sangka bapa maut selepas hantar ibu ke stesen bas

28 Rejab 1433H. [MOD] -

DUNGUN – Hiba dan terkejut, itulah perasaan Mohd Hafizan Mamat, 26, seorang kakitangan swasta sebaik melihat jasad bapanya, Mamat Taib, 57, yang ditutup surat khabar terbujur kaku di tepi jalan raya.

Mamat maut dalam kemalangan tragedi ngeri membabitkan sebuah kereta dan lori di sini, pagi semalam. Dalam kemalangan kira-kira jam 11.20 pagi itu, kereta dipandu mangsa dari arah Dungun menghala ke Paka dipercayai masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah lori sarat muatan bawang.

Akibat pertembungan itu, mangsa tersepit di tempat duduk pemandu setelah bahagian hadapan Proton Wira dipandunya remuk teruk, manakala lori yang dari arah Paka menghala ke Dungun itu terbalik. Mangsa yang parah pada bahagian kepala selepas terbabit dalam nahas ngeri di Kilometer 95 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berdekatan Klinik Kesihatan Kampung Nyiur itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Bapa pulang selepas hantar ibu MENURUT Mohd Hafizan yang ditemui di tempat kejadian, sebelum kemalangan, bapanya yang juga peneroka Felda Kerteh Enam dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Ketengah Jaya selepas menghantar ibunya, Khafiah Yusuf, 54, ke Stesen Bas Dungun. Mohd Hafizan berkata, arwah bapanya itu keluar rumah sejak jam 8.30 pagi lagi bagi memastikan ibunya tidak ketinggalan bas ekspres untuk ke Shah Alam, Selangor kerana melawat kakak iparnya yang baru melahirkan anak kedua.

Katanya, sebelum bertolak pulang ke Ketengah Jaya, ketika dia berada di tempat kerja di Kerteh, dan arwah bapanya sempat menghubungi melalui telefon bimbit memaklumkan bahawa sudah menaiki bas untuk menuju ke Shah Alam.


Beria-ia mahu ibu ke Shah Alam

“SEBELUM kejadian, dia begitu beria-ia mahu ibu ke Shah Alam untuk melihat anak saudara saya yang baru dilahirkan, “Tak sangka pula dalam perjalanan pulang dia terlibat dengan kemalangan yang mengorbankan nyawanya,” katanya. Kata Mohd Hafizan, dia tidak menyangka bapanya yang difahamkan baru mendapat durian runtuh duit Felda sebanyak RM5,000 itu akan pergi begitu cepat berikutan tiada sebarang perubahan ditunjukkan mangsa.

“Baru beberapa jam saya bercakap dengannya menerusi telefon, kini dia sudah tiada,” katanya. Jalan sesak di kedua-dua arah SEMENTARA itu, akibat kemalangan terbabit, jalan raya di kedua-dua hala turut mengalami kesesakan teruk sejauh lebih tiga kilometer.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ismail Abdullah berkata, beberapa anggota polis dibantu anggota Rela dikejarkan ke lokasi sebaik menerima maklumat berkaitan tragedi itu. “Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat. “Jenazahnya dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Ketengah Jaya, Dungun,” katanya.

Sinar Harian

Euro 2012: Polis Johor tumpas sindiket judi bola RM10 juta

28 Rejab 1433H. [MOD] -

JOHOR BAHRU - Polis Johor menumpaskan sindiket judi termasuk bookie bola sepak, melibatkan wang pertaruhan RM10 juta sempena kejohanan Euro 2012 yang sedang berlangsung.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, seramai 10 individu yang dipercayai menjalankan aktiviti bookie bola selain nombor ekor haram dan bookie kuda dalam empat serbuan berasingan di Johor Bahru sepanjang tempoh empat hari yang lalu.

Keseluruhan nilai wang pertaruhan, nombor ekor haram dan bookie kuda melibatkan RM14 juta.

Agency

Polis rampas eramin 5 bernilai RM 5.4 juta

28 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Polis menumpaskan sindiket mengedar dadah eramin 5 yang aktif di sekitar Lembah Klang sejaka enam bulan lepas dengan nilai rampasan berjumlah kira-kira RM5.4 juta serta tertangkapnya enam anggota sindiket itu.

Enam suspek, empat lelaki dan dua wanita berumur antara 20 tahun hingga 40 tahun ditahan dalam dua serbuan di kawasan apartmen di sini dan Damansara serta Petaling Jaya 31 Mei lepas.

Pengarah Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim dalam sidang media di sini hari ini berkata polis turut merampas 44,930 pil eramin 5 bernilai RM898,600 dalam dua serbuan tersebut.

Susulan itu pasukan polis menyerbu pula sebuah rumah kedai di Taman Pinggiran Senawang, Negeri Sembilan yang dipercayai dijadikan setor penyimpanan dadah berkenaan oleh sindiket pada Khamis lepas.

Pada serbuan itu polis merampas 225,500 biji pil eramin 5 bernilai RM4.5 juta.

Noor Rashid berkata polis tidak menemui sebarang makmal untuk memproses dadah tersebut kerana kesemua dadah itu telah dibungkus.

"Kita masih menyiasat dari mana dadah itu diperolehi," katanya sambil menegaskan kerjasama daripada orang ramai amat dialukan untuk membanteras penyalahgunaan dadah yang menjadi musuh negara.

Beliau berkata kesemua suspek telah ditahan dan didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952. - Bernama

Sinar Harian

Bekas Timbalan Menteri Pelajaran sertai PAS

28 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 18 Jun: Bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Salleh Jafaruddin secara rasmi menyertai PAS hari ini.

Beliau menyerahkan borang keahlian kepada Presiden sendiri, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut sambil disaksikan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid.

Salleh berkata, beliau menyertai PAS atas pilihan sendiri dan yakin dengan petunjuk Allah selepas melakukan solat istikharah.

"Selepas bermesyuarat dengan ahli Parlimen PAS bulan lepas, saya terus berfikir, istikharah minta petunjuk dari Allah.

"Kalau PAS ini baik untuk saya, baik untuk perjuangan keluarga, agama dan negara saya minta Allah tunjukkan.

"Mungkin hidayah atau petunjuk yang diilhami daripada istikharah itulah yang membuatkan saya buat keputusan untuk masuk PAS," kata beliau ketika ditemui selepas itu.

Salleh, 68 pernah menjadi Adun dan ahli Parlimen Sarawak dan pernah bertanding sebagai calon Bebas menentang Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di kerusi DUN Balingian pada Pilihan Raya Negeri Sarawak, tahun lalu.

Salleh yang berketurunan Melanau dari Oya, merupakan dua pupu Taib.

Beliau merupakan anak emas Tun Rahman Yaakob ketika menjadi ketua menteri dan gabenor dalam tahun 70-an dan 80-an itu, turut bersama Rahman dalam insiden Ming Court 1987 untuk menjatuhkan Taib.

Kini, Salleh giat melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah secara persendirian di Sarawak dan membuka beberapa sekolah tahfiz.

"Saya ada aktiviti dakwah untuk menyebarkan syiar Islam secara persendirian di Sarawak sebab kedudukan saya sebagai pembangkang, sukar saya nak mendapatkan laluan ataupun kemudahan daripada kerajaan.

"Bahkan saya nak mengadakan sekolah tahfiz 19 tahun lalu guru-guru agama datang dari Indonesia saya terpaksa hantar ke Sabah," katanya.

Tambahnya lagi, selepas mengenali PAS dengan lebih dekat, beliau yakin dengan perjuangan PAS membawa Islam.

Penyertaan beliau ke dalam PAS menambahkan lagi bilangan tokoh-tokoh pentadbir dan teknokrat yang bersama-sama dalam perjuangan Islam.

Harakah Daily

Shura, Mapim lancar Tabung Bantuan Rohingya

28 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Persidangan Tergempar Ulama Asean yang bersidang pada 16 Jun di Kuin , Alor Setar dihadhiri oleh wakil ulama dari Malaysia, Kemboja, Indonesia, Thailand telah melancarkan Tabung Bantuan Mustadh'afin Rohingya (TMR) untuk bantuan kemanusiaan kepada mangsa keganasan etnik di Arakan.

“Tabung ini adalah di bawah pengendalian Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan beberapa NGO Islam yang lain yang bersetuju untuk segera bekerja mengumpul dana kemanusiaan untuk dihantar kepada mangsa Rohingya,” kata setiausaha kedua-dua NGO itu, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar).

Katanya, tabung itu bertujuan untuk mengembleng rakyat Malaysia segera menyumbang bagi membela nasib warga Rohingya yang kini menderita akibat serangan etnik Rakhine yang mendapat sokongan dari pihak keselamatan Myanmar.


Menurutnya, sehingga ini lebih 1,000 rumah di 40 perkampungan Rohingya sudah dibakar, 10 masjid dimusnahkan, 30,000 menjadi pelarian.

Malah, ujarnya testimoni yang diterima langsung dari Arakan Merali telefon ialah keganasan menjadi-jadi sehingga ke tahap memperkosa anak gadis, mencincang mayat dan dicampak ke dalam rumah yang dibakar, menyerbu ke dalam rumah etnik Rohingya, menangkap dan menembak mati seisi rumah.


Katanya, keadaan di sempadan Arakan-Bangladesh semakin meruncing bila pihak keselamatan Bangladesh tidak membenarkan ribuan pelarian Rohingya untuk masuk menyelamatkan diri dari serangan kaum Rakhine dan polis Hluntin Myanmar.

Justeru, ujarnya bot yang dipenuhi kanak-kanak, wanita, orang tua, dan yang cedera ditembak oleh tentera dan polis Myanmar dipaksa berpatah balik ke Arakan.

Mereka, jelasnya lagi menyabung nyawa kerana makanan dan ubatan tidak dibekal oleh mana-mana pihak sekalipun.

Setakat ini, katanya pihak UNHCR telah mengeluarkan petugas dari kawasan Arakan kerana didapati keadaan semakin merbahaya.

“Kami dengan ini mengumumkan bahawa sumbangan untuk TMR boleh disalurkan kepada Akaun Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia BIMB bernombor 12047010037282.

“Sidang ulama Asean ini juga telah memutuskan agar bantuan dari sumbangan orang ramai akan dihantar segera kepada mangsa dikalangan umat Islam Rohingya, Arakan,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, rancangan sedang digerakkan untuk menghantar bantuan melalui kapal laut bagi memastikan pelarian mendapat bantuan makanan, ubatan secepat mungkin.

Justeru, ujarnya seluruh pertubuhan masyarakat yang cintakan kebenaran dan keadilan diseru agar melancarkan kutipan derma untuk pihak sekretariat Mapim dan Shura sampaikan kepada pihak yang beramanah amanah di Arakan.

Harakah Daily

PRU musim haji: Majlis Fatwa perlu bertindak

28 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) ingin bertegas untuk mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan agar mengeluarkan fatwa atau sekurang-kurangnya pendirian umum Majlis Fatwa berkenaan dengan isu mengadakan pilihan raya dalam musim haji.

Timbalan Ketuanya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz (gambar) berkata ini ekoran kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan PAS, Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man supaya ahli-ahli dan para penyokong PAS yang akan menunaikan haji pada tahun ini menundakan haji mereka untuk mengutamakan Pilihan raya Umum ke-13 mendapat hentaman hebat bertubi-tubi daripada pihak media arus perdana yang dikelolai Umno dan BN.

Beliau berkata, seandainya Datuk Seri Najib Razak tetap ingin mengadakan pilihan raya semasa musim haji, maka seramai lebih kurang 20 ribu rakyat Malaysia yang sedang menunaikan haji telah terlepas dan terhalang haknya untuk memilih dan mengundi.

"Apa yang membimbangkan DPPM dan mengecewakan seluruh rakyat Malaysia amnya, sehingga hari ini Perdana Menteri Malaysia masih bermain tarik tali untuk membubarkan parlimen dan sekaligus mengumumkan tarikh pilihanraya umum ke-13," ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, jika Majlis Fatwa Kebangsaan Jakim mampu bersuara dan mengeluarkan fatwa untuk aktiviti yang berkaitan dengan pihak pembangkang, maka amatlah wajar Majlis Fatwa untuk mengeluarkan fatwa dan pendirian berhubung dengan isu yang amat besar ini walaupun ia berkaitan dengan Kerajaan Malaysia.

Beliau berkata, selari dengan fungsi yang ditetapkan oleh pihak Jakim terhadap bahagian Pengurusan Fatwa, Majlis Fatwa menjadi penasihat kepada Kerajaan Persekutuan dalam hal-hal berkaitan dengan fatwa dan juga menjadi sumber rujukan dengan mengemukakan fatwa sebagai penyelesaian terhadap setiap permasalahan berkaitan hukum-hakam.

"Isu mengadakan pilihanraya semasa musim haji adalah isu yang amat besar dan serius, kerana ia melibatkan kehormatan kita sebagai umat Islam terhadap musim ibadah tersebut dan juga hak rakyat Malaysia seramai lebih kurang 20 ribu orang yang terjejas dan kehilangan hak memilih, Majlis Fatwa mesti bertindak cepat sebelum terlambat," katanya lagi.

Ini, jelasnya mengambil ibrah tercetusnya perjanjian Hudaibiyah, apabila Rasulullah S.A.W dan para sahabat bermusafir ke Makkah dengan berpakaian ihram dan tidak membawa senjata kerana menghormati asyhurul ahram (bulan-bulan mulia yang diharamkan peperangan oleh Allah).

"Saya mewakili DPPM berharap agar pihak yang berwajib yang menanggung amanah ini tidak mengambil sikap sambil lewa dalam menangani permasalahan umat seperti ini, janganlah bersikap memilih bulu pihak-pihak berkepentingan sahaja dalam hal ini demi menjaga kemaslahatan yang lebih besar," ujarnya.

Harakah Daily

Gelombang Hijau empat negeri

28 Rejab 1433H. [MOD] -

Bermula dengan kejayaan besar PAS melancarkan Himpunan Hijau di Stadium Darul Aman, Alor Setar 1 Jun lalu dengan mengumpulkan lebih 100,000 ahli dan penyokong, kini himpunan itu menjadi gelombang hijau dan sudah sampai ke Johor, Perak dan Selangor.

Gelombang hijau di Batu Pahat dan Muar Johor dan di Bagan Serai Perak dua hari lalu disertai lebih sepuluh ribu orang. Bagi negeri Johor yang selama ini dianggap oleh sesetengah pihak sebagai kubu Umno, kini sudah semakin jelas kubu itu akan runtuh segera, walaupun ia dinafikan oleh pemimpin Umno. Ini berdasarkan sambutan rakyat Johor terhadap PAS semakin meningkat.

PAS Selangor pula merancang mengadakan Himpunan Hijau 2 di Stadium Kuala Selangor, kawasan parlimen Dr. Dzulkefly Ahmad dari PAS. Himpunan tersebut akan berlansung pada 15 Julai dan sasarannya ‘seramai yang boleh’ , kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Rani Othman.

Semalam (Ahad), PAS Selangor telah mengadakan Himpunan Hijau Fasa 1 peringkat negeri di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK, Shah Alam. Kira-kira 2,000 petugas pilihanraya PAS Selangor telah hadir. Ia berupa pembentangan kertas kerja oleh Dato’ Kamarudin Jaafar. Dr. Khairuddin At-Takiri dan Dr. Hatta Ramli.

Himpunan di Shah Alam itu dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan penutupnya mendengar amanat Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abd Hadi Awang. Di majlis itu, Muhamad Sabu melancarkan laman sosial facebook PAS Selangor, sementara Presiden melancarkan stesen TV Impian. Ia adalah sebuah stesen televisyen internet yang menyediakan lima saluran alternatif untuk dinikmati rakyat Selangor dan lain-lain negeri.
Pengguna hanya perlu membeli dekoder untuk mendapatkan siaran dan tiada bayaran bulanan dikenakan. TV ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada rakyat Selangor untuk mendapat maklumat tepat yang tidak disiarkan oleh media kerajaan BN.

Sementara itu, dua hari lalu di Johor , ribuan rakyat pelbagai kaum telah hadir di Himpunan Hijau negeri itu di Ledang, sebuah kawasan tidak jauh dari Gunung Ledang. Rekod kehadiran memperlihatkan bahawa sokongan rakyat Johor terhadap PAS demikian menyerlah.

Program itu bermula dengan jamuan rakyat pada paginya yang turut dihadiri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum disambung sebelah petangnya dengan majlis Hi-Tea bersama Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Kemuncak program malam itu ialah munajat dan ceramah oleh pimpinan PAS khususnya mendengar amanat Presiden yang menyaksikan lebih 5,000 hadir.
Ketua Penerangan PAS Negeri Johor, Ghazaley Ayub berkata, sasaran kehadiran ahli dan penyokong PAS Sabtu itu tercapai.

"Jadi kita anggarkan ahli dan penyokong yang hadir pada Himpunan Hijau ini bermula dari jamuan rakyat hingga ke program kemuncak adalah mencapai sasaran lebih 10,000 orang," katanya.

Presiden PAS telah menyampaikan amanat dan turut berucap Naib Presiden Salahuddin Ayub, Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr. Mahfodz Mohamed. Turut hadir, Tuan Guru Abdullah Hussin dan Saudara Hassan Karim.

Sementara itu Himpunan Hijau PAS Perak di Bagan Serai pada hari yang sama juga dihadiri lebih 10,000 orang yang kebanyakanya para pesawah, menunjukkan mereka juga mendukung perjuangan PAS.

Di majlis tersebut, seorang lagi bekas pegawai tinggi kerajaan telah menyertai PAS, iaitu bekas Ketua Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia, Ahmad Zabidi Shamsuddin. Beliau telah menyerahkan borang menyertai PAS kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang hadir dan menyampaikan ucapan di majlis tersebut.

Zabidi sebelum ini pernah berkhidmat dengan kerajaan selama 33 tahun, dengan 10 tahun beliau diletakkan di Kementerian Pelajaran. Selain itu, beliau juga pernah menjadi Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu dan bertugas sebagai pengetua di beberapa buah sekolah.

Turut menyerahkan borang keahlian PAS ialah AJK Umno Bahagian Gopeng Haji Nazri Nordin.

Sebelum Zabidi, Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi Prof Datuk Dr Nik Zain Nik Yusof telah pun menyertai PAS awal bulan lalu. Nik Zain telah menjawat jawatan sebagai KSU sejak 1998 hingga 2002 di kementerian tersebut.

Sebelum ini, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari telah menyerahkan borang keahlian PAS secara rasmi dan sebelum ini juga, PAS telah menerima keahlian bekas penyanyi terkenal, Aishah atau Wan Aishah.

Di Melaka, Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Melaka akan diadakan pada 24 Jun 2012 di mana Mohamad Sabu menjadi tetamu utama program tersebut. Di samping itu PAS turut mengundang pimpinan Pakatan Rakyat Negeri ke Himpunan tersebut.

Wakil daripada NGO Anti Lynas juga turut dijemput. Di samping itu Zulkifly Mohamad Omar selaku pengerusi Lujnah Alam Sekitar PAS Malaysia yang akan turut hadir.

Semua perkembangan menarik ini adalah sebahagian usaha PAS/Pakatan Rakyat menyusun gerak kerja yang menyeluruh untuk menang dalam PRU Ke-13 nanti, yang akan menghantarnya ke pusat kuasa di Putrajaya.

Negeri Johor, Perak dan Selangor menjadi negeri tumpuan perhatian pelbagai pihak, terutama penganalisis politik, justru pertarungan di tiga negeri tersebut dalam PRU akan datang sangat crucial. PAS Johor bersama rakannya dalam Pakatan Rakyat berusaha keras untuk meruntuhkan tembok kekuatan Umno/BN di negeri itu. Jika temmbok ini berjaya diruntuhkan, ia menjadi sejarah penting tanah air, bahawa kerajaan Umno yang mendominasi negeri itu sejak lebih setengah abad akan mengakhiri zamannya.

Selangor pula sedang dicabar dengan hebatnya oleh BN untuk merampasnya kembali setelah kalah pada 2008 di tangan Pakatan Rakyat. Demikian juga Perak, di mana Pakatan Rakyat pula bertekad untuk ‘mengambil semula’ negeri itu dari Umno/BN yang merampasnya dua tahun lali. Gelombang atau Himpunan Hijau akan diadakan di negeri yang belum mengadakannya dalam waktu terdekat.

Gelombang hijau bukan sekadar air yang berombak, tetapi ia gelombang rakyat yang secara simbolis mahukan perubahan. Tidak mustahil gelombang hijau ini akan menjelma menjadi kuasa yang menakutkan Umno/BN.

Harakah Daily

Calon Ikhwan menang p'raya Presiden Mesir

28 Rejab 1433H. [MOD] -

KAHERAH: Setelah tamatnya tempoh mengundi pada jam 10 malam, proses pengiraan undi pusingan kedua pilihan raya Presiden terus berjalan di setiap pusat-pusat mengundi di seluruh Mesir.

Ia berjalan lancar dan tidak ada sebarang kekacauan besar yang dilaporkan berlaku setakat ini di seluruh Mesir. Akan tetapi pertandingan pusingan kedua ini telah menyerlahkan lagi pertembungan sengit antara calon dari gerakan Islam Ikhwan Muslimin dengan calon yang ditaja dari saki-baki pimpinan rejim Mubarak serta pihak tentera SCAF.

Proses pengiraan undi berjalan lancar terutama apabila baru-baru ini Parlimen telah mengeluarkan ketetapan bahawa hendaklah dibuat kiraan undi tempat undian itu sendiri bagi lebih menjamin ketelusan dan mengelakkan sebarang penipuan. Proses pengiraan ini dikawal selia oleh seorang hakim dan wakil-wakil calon yang bertanding. Salinan keputusan di peti undi tersebut diberi kepada setiap wakil calon dengan ditandatangani sendiri oleh seorang hakim yang memang menyelia peti undi di sepanjang tempoh pengundian.

Keputusan tidak rasmi yang di keluaran setakat ini menunjukkan calon Ikhwan Muslimin Dr. Mohamad Morsi mendahului di kebanyakan daerah mengundi. Keputusan awal tidak rasmi mendapati Dr Mohamad Morsi mendapat 52.5% undi iaitu lebih 12.7 juta undi manakala calon tajaan bekas rejim Mubarak, Ahmed Syafik mendapat 47% undi dengan 11.3 juta undi dan ketinggalan lebih satu juta undi di belakang Dr. Morsi.

Suasana di pejabat FJP nampaknya ceria dengan berita yang diterima setiap minit tentang keputusan bilangan undi yang banyak memihak kepada calon mereka Dr. Morsi. Pemuda-pemuda Ikhwan yang menjadi tenaga penting sepanjang pilihanraya ini kelihatan amat sibuk menyediakan bahan-bahan media dan juga melayan ramai pemberita-pemberita tempatan dan antarabangsa yang berkumpul di pejabat FJP.

Ya, keputusan tidak rasmi ini yang meletakkan calon Ikhwan Dr. Mohamad Morsi menang sebagai Presiden pertama dalam sejarah Mesir yang dipilih secara demokratik oleh rakyat. Kemenangan ini juga bakal menjadi ‘mimpi ngeri’ bagi Kuasa Barat yang selama ini menjadikan rejim Mubarak sebagai alat bagi melindungi Israel dan menjaga kepentingan strategik mereka di Timur Tengah. Begitu juga dengan saki-baki rejim Mubarak yang masih dapat memperalatkan institusi kehakiman dan polis serta pihak tentera SCAF yang banyak melakukan tindakan bertentangan dengan perlembagaan Mesir sendiri bagi melindungi kepentingan kedudukan mereka.

Seperti yang telah dimaklumi, Parlimen Mesir baru sahaja dibatalkan oleh Mahkamah Perlembagaan Mesir dan pihak tentera SCAF terus membubarkan Parlimen dengan kuasa yang ada pada mereka. Lebih parah lagi dengan menjangkakan kemenangan akan berpihak kepada calon FJP, pihak tentera SCAF telah melakukan 8 ‘pindaan kilat’ kepada perlembagaan Mesir yang dilihat adalah untuk menjamin kuasa yang ada pada pihak tentera. Antara pindaan yang dilaksanakan adalah; memberi kuasa penuh kepada SCAF bagi menentukan pindaan perlembagaan yang baru, Presiden berkuasa mengisytiharkan Perang hanya dengan ‘kelulusan’ dari SCAF dan sekiranya berlaku sebarang kekacauan dalam negara, Presiden boleh memanggil pihak tentera hanya dengan kebenaran SCAF.

Dari pengamatan saya sepanjang kempen pilihanraya Presiden berjalan, kuasa-kuasa besar Barat serta sekutunya Israel telah berusaha keras dengan menjalankan pelbagai propaganda jahat bagi memastikan calon ‘tajaan’ mereka menang dalam pilihan raya ini. Ahmad Syafik telah diberikan pelbagai publisiti besar oleh media yang masih dikuasai oleh saki-baki pro-Mubarak. Ia juga turut dibantu oleh media barat terutamanya BBC dan CNN yang melebalkan Syafik ‘sebagai calon penyalamat’ bagi membangun semula Mesir selepas kejatuhan rejim Mubarak. Calon Ikhwan FJP Dr. Mohamad Morsi pula, telah di serang habis-habisan dengan pelbagai tuduhan negatif serta kempen menakut-nakut pengundi terutamanya dari kalangan yang beragama Kristian akan ‘bahaya’ kemenangan parti Islam yang akan membawa Mesir kembali kepada zaman unta.

Namun kekuatan jentera pilihanraya dari calon Ikhwan Muslimin peru diberikan pujian. Mereka telah berjaya menyaingi jentera media barat ini dengan banyak menggunakan kempen melalui media baru seperti Twitter dan Facebook. Bgitu juga dengan kempen dari rumah ke rumah yang dijalankan oleh pemuda dan muslimat ikhwan di seluruh pelosok Mesir tanpa mengenal penat an lelah telah menampakkan hasil yang positif.

Keputusan rasmi penuh hanya akan diumumkan pada Khamis depan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Mesir. Namun keputusan tidak rasmi yang didapati setakat ini menunjukkan bahawa Mesir selepas kejatuhan rejim zalim Mubarak akan terus berubah dengan “Kuasa rakyat’ akan terus memimpin. Masa depan Ikhwan Muslimin dan gerakan Islam adalah cerah setelah mereka kini dapat sedikit bernafas dengan bebas dan telus di medan demokrasi yang disanjung Barat. Kemenangan calon Ikhwan ini juga akan juga menjadi inspirasi dan semangat kepada PAS bagi menghadapi PRU13 akan datang di negara kita Malaysia. Tahniah Dr. Morsi...

Harakah Daily

Maki, belasah warga emas

28 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU - Seorang warga emas bukan sahaja dihamburkan kata-kata kesat, malah lebih melampau, hanya kerana kegagalannya mengawal kereta sehingga hampir terlanggar seorang pemuda, menyebabkan dia teruk dibelasah dalam satu kejadian di Kampung Raja Baram, Chendering, di sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu, mangsa, 59, yang memandu kereta dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya sebelum hampir terlanggar suspek, 31, yang sedang menunggang basikal datang dari arah bertentangan.

Menurut sumber, mangsa yang langsung tidak perasan kehadiran suspek kerana basikal yang ditungganginya tidak berlampu, nyaris terlanggar suspek yang menyebabkan dia terbabas ke bahu jalan.

“Disebabkan tidak berpuas hati apabila menyedari dia hampir dilanggar, suspek naik angin lalu terus membuka pintu kereta yang dipandu mangsa dan menghamburkan kata-kata kesat.

“Tidak cukup dengan itu, dia turut menumbuk dan menerajang badan mangsa sehingga menyebabkan bengkak di bahagian pipi kanan dan luka-luka di bahagian badan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, mangsa yang masih trauma dengan kejadian itu mengambil keputusan membuat laporan di Balai Polis Chendering, di sini, selepas kejadian.

Susulan itu, suspek telah ditahan di kediamannya di Kampung Ketapang, Chendering, kira-kira jam 1.30 pagi semalam dan menerima perintah tahanan reman selama empat hari untuk siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi Sinar Harian semalam mengesahkan menerima laporan kejadian.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah,” katanya.

Sinar Harian

Euro 2012: Fakta ringkas perlawanan (Hari ke-10)

28 Rejab 1433H. [MOD] -

BERIKUT fakta ringkas dan statistik perlawanan Kejohanan Euro 2012 setakat hari ke-10. Kejohanan bermula 8 Jun lalu dan 18 perlawanan telah selesai.

PENJARING:
3 gol - Alan Dzagoev m-15, m-79, m-37 (Rusia), Mario Gomez m-72, m-24, m-38 (Jerman); Mario Mandzukic m-3, m-72 (Croatia)

2 gol - Cristiano Ronaldo m-28, m-74 (Portugal); Andriy Shevchenko m-54, m-61 (Ukraine) Vaclav Pilar m-54, m-6, Petr Jiracek m-3, m-72 (Republik Czech); Nicklas Bendtner m-41, 80 (Denmark); Cesc Fabregas m-64, m-83, Fernando Torres m-4, m-70 (Sepanyol); Olof Melberg m-49, m-59 (Sweden); Giorgos Karagounis m-47, m-45 (Greece); Michael Krohn-Dehli m-24, m-24 (Denmark),

1 gol - Roman Pavlyuchenko m-83, Roman Shirokov m-24 (Rusia), Dimitris Salpingidis m-51, Theofanis Gekas m-53, (Greece); Robert Lewandowski m-17, Jakub Blaszczykowsl m-57 (Poland), Antonio Di Natale m-60, Andrea Pirlo m-39 (Itali), Nikica Jelavic m-43 (Croatia), Sean St Ledger m-19 (Republik Ireland), Joleon Lescott m-30, Andy Carroll m-23, Theo Walcott m-64, Danny Welbeck m-78 (England), Samir Nasri m-39, Jeremy Menez m-53, Yohan Cabaye m-56 (Perancis); Zlatan Ibrahimovic m-52 (Sweden); Helder Postiga m-36, Kleper Pepe m-24, Silvestre Varela m-84 (Portugal), Robin Van Persie m- 72, Rafael Van Der Vaart m-10 (Belanda); David Silva m-49 (Sepanyol); Lukas Podolski m-19, Lars Bender m-80 (Jerman)

PERCUBAAN TEPAT KE PINTU GOL:
13 - Cristiano Ronaldo (Portugal)
8 - Karim Benzema (Perancis)
7 - Vaclav Pilar (Republik Czech); Andres Iniesta (Sepanyol); Robin Van Persie (Belanda)
6 - Alan Dzagoev (Rusia)
5 - Xavi Hernandez (Sepanyol); Robert Lewandowski (Poland); Claudio Marchisio (Itali); Nicklas Bendtner (Denmark)
4 - Yohan Cabaye (Perancis); Andriy Shevchenko (Ukraine); Mario Gomez, Lukas Podolski (Jerman); Mario Mandzukic, (Croatia); Cesc Fabregas, Fernando Torres, David Silva (Sepanyol); Zlatan Ibrahimovic (Sweden); Wesley Sneijder (Belanda)
3 - Michael Krohn-Dehli, Christian Eriksen, Niki Zimling (Denmark); Cesc Fabregas, Andres Iniesta (Sepanyol); Florent Malouda, Jeremy Menez (Perancis); Tomas Rosicky, Roman Shirokov, Igor Denisov (Rep Czech); Nikica Jelavic, Luka Modric (Croatia); Eugen Polanski, Jakub Błaszczykowski (Poland)
2 - Roman Pavlyuchenko (Rusia); Keith Andrews (Rep Ireland); Darjio Srna (Croatia); Claudio Marchisio (Itali); Markus Rosenberg (Sweden); Dimitris Salpingdis, Fanis Gekas (Greece); Silvestre Varela (Portugal)
1 - Aleksandr Kokorin (Rusia); Lasse Schone (Denmark); Antonio Di Natale, Antonio Cassano (Itali); Klass-Jan Huntelaar (Belanda); Jan Rezek (Rep Czech); Kevin Doyle (Republik Ireland); Christian Wilhelmsson (Sweden);


DIBUANG PADANG:
Sokratis Papastathopoulos (Greece), Wojciech Szczesny (penjaga gol Poland)

JUMLAH GOL DIJARING:

- Tujuh (hari pertama) - Kumpulan A: Rusia (4); Poland (1); Greece (1); Republik Czech (1)
- Dua (hari kedua) - Kumpulan B: Denmark (1); Belanda (0); Jerman (1); Portugal (0)
- Enam (hari ketiga) - Kumpulan C: Sepanyol (1); Itali (1); Croatia (3); Republik Ireland (1)
- Lima (hari keempat) – Kumpulan D: Perancis (1); England (1); Ukraine (2) Sweden (1)
- Lima (hari kelima) - Kumpulan A: Greece (1); Republik Czech (2); Poland (1); Rusia (1)
- Lapan (hari keenam) - Kumpulan B: Denmark (2); Portugal (3); Belanda (1); Jerman (2)
- Enam (hari ketujuh) - Kumpulan C: Itali (1); Croatia (1); Sepanyol (4); Republik Ireland (0)
- Tujuh (hari kelapan) - Kumpulan D: Ukraine (0); Perancis (2); Sweden (2); England (3)
- Dua (hari kesembilan) - Kumpulan A: Rusia (0); Greece (1); Republik Czech (1); Poland (0)
- Enam (hari ke-10) - Kumpulan B: Portugal (2); Belanda (1); Denmark (1); Jerman (2)

JUMLAH KAD KUNING:

Empat pada hari pertama kejohanan (Kumpulan A; Poland lawan Greece)
Tiga pada hari kedua (Kumpulan B; Denmark lawan Belanda); Empat ketika Jerman melawan Portugal (juga Kumpulan B)
Enam pada hari ketiga (Kumpulan C; Sepanyol lawan Itali); Tiga ketika Republik Ireland melawan Croatia (juga kumpulan C)
Dua pada hari keempat (Kumpulan D; Perancis lawan England); dua ketika Ukraine melawan Sweden (juga Kumpulan D)
Enam pada hari kelima (Kumpulan A; Greece lawan Republik Czech); empat ketika Poland melawan Rusia (juga Kumpulan A)
Empat pada hari keenam (Kumpulan B; Denmark lawan Portugal); tiga ketika Belanda melawan Jerman (juga Kumpulan B)
Tiga pada hari ketujuh (Kumpulan C; Itali lawan Croatia); lima ketika Sepanyol melawan Republik Ireland (juga Kumpulan C)
Lima pada hari kelapan (Kumpulan D; Ukraine lawan Perancis); empat ketika Sweden melawan England (juga Kumpulan D)
Enam pada hari kesembilan (Kumpulan A; Greece lawan Rusia); lapan ketika Republik Czech melawan Poland (juga Kumpulan A)
Tiga pada hari ke-10 (Kumpulan B; Portugal lawan Belanda) tiada ketika Denmark melawan Jerman (juga Kumpulan B)

KAD KUNING:

2 - Sokratis Papastathopoulos, Giorgos Karagounis, Jose Holebas (Greece); Eugen Polanski (Poland); Alan Dzagoev (Rusia); Jetro Willems (Belanda)

1 - Helder Postiga, Fabio Coentrao (Portugal); Kyriakos Papadopoulos, Vassilis Torossidis, Dimitris Salpingidis (Greece); Mark Van Bommel, Nigel de Jong, Robin Van Persie (Belanda); Jerome Boateng, Holger Badstuber (Jerman); William Kvist, Simon Poulsen, Lars Jacobsen, Jakob Poulsen (Denmark); Keith Andrews, Sean St Ledger, Glenn Whelan, Robbie Keane (Republik Ireland); Luka Modric, Niko Krancjar, Gordon Schildenfeld (Croatia); Jordi Alba, Fernando Torres, Alvaro Arbeloa, Xabi Alonso, Javi Martinez (Sepanyol); Mario Balotelli, Christian Maggio, Leonardo Bonucci, Giorgio Chiellini, Thiago Motta, Riccardo Montolivo (Itali); Alex Oxlade-Chamberlain, Ashley Young, James Milner (England), Kim Kallstrom, Rasmus Elm, Jonas Olsson, Olof Melberg, Anders Svensson (Sweden); Tomas Rosicky, Petr Jiracek, Daniel Kolar, David Limbersky, Jaroslav Plasil, Tomas Pekhart (Republik Czech); Igor Denisov, Aleksandr Anyukov, Yuri Zhirkov, Pavel Pogrebnyak (Rusia); Robert Lewandowski, Rafal Murawski, Marcin Wasilewski, Damien Perquis, Jakub Blaszczykowski (Poland); Cristiano Ronaldo, Raul Meireles, Joao Pereira (Portugal); Jerome Boateng (Jerman); Jeremy Menez, Phillipe Mexes, Mathieu Debuchy (Perancis); Echen Selin, Anatoly Tymoshchuk (Ukraine)

OFSAID:
Dimitris Salpingidis (5, Greece)
Robbie Keane (5, Republik Ireland)
Milan Baros (3, Republik Czech)
Fernando Torres (3, Sepanyol)
Karim Benzema (2, Perancis)
Antonio Cassano (2, Itali)
David Silva (3, Sepanyol)
Cesc Fàbregas (2, Sepanyol)
Dennis Rommedahl (3, Denmark)
Simon Poulsen (2, Denmark)
Andrey Arshavin (2, Rusia)
James Milner, Ashley Young (2, England)
Kostas Fortounis, Fanis Gekas, Giorgos Samaras, Kostas Katsouranis, Giorgos Fotakis (1, Greece)
Jeremy Menez (1, Perancis)
Antonio Di Natale (1, Itali)
Jan Rezek, Vaclav Pilar, Milan Petržela (1, Republik Czech)
Javi Martinez (1, Sepanyol)
Cristiano Ronaldo (2, Portugal)
Helder Postiga (3, Portugal)
Andriy Shevchenko (2, Ukraine)
Mesut Ozil, Mario Gomez (2, Jerman)
John Heitinga (1, Belanda)
Luka Modric, Nikica Jelavic (1, Croatia)
Danny Welbeck (1, England)
Markus Rosenberg (1, Sweden)
Andriy Voronin, Artem Milevskiy (1,Ukraine)
Roman Pavlyuchenko, Aleksandr Kerzhakov (1,Rusia)
Arjen Robben, John Heitinga (1,Belanda)
Andre Schurrle, Miroslav Klose (1, Jerman)

SEPAKAN SUDUT:
Portugal (24)
Belanda (22)
Rusia (21)
Perancis (17)
Croatia, Jerman (10)
Sepanyol, Republik Czech (15)
England, Greece - (9)
Poland - (14)
Itali, Ukraine - (8)
Denmark - (16)
Sweden - (5)
Republik Ireland (3)

Sinar Harian

Dipenjara akibat bakar muka isteri

28 Rejab 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU- Gara-gara membakar muka isterinya menggunakan wang RM1 seorang penganggur terpaksa meringkuk di dalam penjara selama setahun selepas mengaku bersalah semalam.

Majistret Muhamad Hafiz Mohd Noor menjatuhkan hukuman itu terhadap Wan Mustafa Mamat, 40, kerana didapati bersalah mencederakan muka Rohana Abdullah, 40, sehingga melecur menggunakan wang RM1 yang dibakarnya.

Mengikut pertuduhan, Wan Mustafa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Rohana menggunakan kerusi dan wang yang dibakar di rumahnya di Kampung Kedai Buloh, kira-kira jam 9.30 malam pada 2 Febuari lalu.

Berikutan itu, Wan Mustafa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Ketika prosiding berlangsung, Wan Mustafa merayu hukuman ke atasnya dikurangkan bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Nizam meminta supaya hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran.

Sebelum ini akhbar melaporkan seorang suami bukan sahaja tergamak memukul isterinya dengan kerusi bahkan mencucuh mata kiri wanita itu dengan api sehingga melecur.

Dalam kejadian itu, dilaporkan lelaki terbabit yang juga bekas banduan meminta wang daripada anak perempuannya berusia 19 tahun untuk membeli dadah.

Dilaporkan selepas itu, suspek tersebut bertindak membakar wang kertas RM1 menggunakan emetik api lalu mencucuh mata kiri isterinya.

Sinar Harian

Apa pendirian kerajaan berhubung tafsiran Islam

28 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: PAS meminta Perdana Menteri menyatakan pendirian rasmi Kerajaan Persekutuan berhubung tafsiran Islam dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Malaysia, adakah ia bermaksud agama upacara (ceremonial religion) atau sebagai sistem kehidupan yang sempurna (al-Din).

Demikian soalan bagi jawab lisan yang dikemukakan oleh Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Berikut ialah pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan yang dikemukakan oleh ahli-ahli parlimen PAS pada persidangan Dewan Rakyat hari ini yang bermula jam 10.00 pagi.

Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan bentuk kerjasama yang diwujudkan di antara negara-negara pengeluar getah asli dan kelapa sawit untuk menjamin prospek masa depan kedua-dua komoditi tersebut.

Salahuddin Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh manakah kajian kemungkinan dari segenap aspek yang dibuat sebelum ahli lembaga pengarah Khazanah Nasional Berhad yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri mempersetujui penggabungan MAS dan Air Asia.

Mohd. Nasir Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan jumlah pinjaman MARA yang diluluskan di Padang Terap mengikut jenis projek dan kadar kutipan semula.

Nasharudin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sehingga 31 Mei 2012, berapa peratuskah dan nilainya sekali, perbelanjaan yang telah digunakan bawah peruntukan pembangunan di bawah RMK-10.

Che Uda Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan memandangkan arah kejatuhan moral masyarakat, jenayah sosial, murtad dan sebagainya yang menjalar dalam masyarakat kini, adakah Kerajaan bermatlamat untuk memasukan semula Sekolah Agama Rakyat dalam Arus Aliran Pendidikan Kebangsaan yang telah dipencilkan sejak 2003.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan sejauh mana Global of Moderates Movement (GMM) berjaya diperkenalkan di luar negara dan di dalam negara.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pendirian rasmi Kerajaan Persekutuan berhubung tafsiran Islam dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Malaysia, adakah ia bermaksud agama upacara (ceremonial religion) atau sebagai sistem kehidupan yang sempurna (al-Din).

Siti Zailah Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah usaha Kerajaan untuk memartabatkan Islam sebagai agama Persekutuan dari semua sudut termasuk menaikkan taraf perundangan Islam dan institusi kehakiman.

Muhammad Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang mengisytiharkan jenis perniagaan yang mengganggu ketenteraman seperti menjual burger di hadapan rumah Datuk S. Ambiga baru-baru ini sebagai satu kesalahan dari segi undang-undang.

Dr. Siti Mariah Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan status masalah gangsterisme dalam negara dan sebab musabab masalah ini masih berleluasa. Nyatakan juga peratusan penglibatan mengikut kaum dan apakah usaha dan strategi Kerajaan untuk menangani masalah ini di kalangan remaja.

Harakah Daily

Parlimen Mesir dibubar

28 Rejab 1433H. [MOD] -

KAHERAH - Pemerintah Tentera Mesir, kelmarin mengeluarkan arahan membubbubarkan Parlimen susulan daripada keputusan Mahkamah Tinggi Perlembagaan, Khamis lalu yang mengumumkan keputusan pilihan raya lalu sebagai tidak sah kerana bercangggggah dengan Perlembagaan.

Media melaporkan keputusan mahkamah itu turut memberi kuasa kepada ketua tentera, Hussein Tantawi untuk melaksanakan undangundang melarang mana-mana ahli memasuki Parlimen tanpa mendapat kebenaran.

Dalam satu kenyataan, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) di bawah Gerakan Ihkwanul Muslimin memberi amaran sebarang tindakan melulu akan mencetuskan revolusi kebangkitan baru menentang kerajaan tentera yang bakal menerima nasib sama seperti bekas presiden digulingkan, Hosni Mub arak.

"Pembubaran Parlimen perlu dilaksanakan dengan pungu tan suara yang adil.
Tindakan tentera ini menunjukkan mereka sebenarnya mahu memonopoli kuasa daripada mempertimbangkan tuntutan rakyat," kata jurucakap FJP.

Beberapa pihak berpendapat pembub aran Parlimen itu mungkin akan mencetuskan Perang Saudara seperti yang berlaku di Algeria pada 1992, di mana tentera menghalang parti Islam mengambil alih kuasa sehingga menyebabkan keganasan terburuk dan meragut lebih 100,000 nyawa.

Keputusan pilihan raya pada awal tahun lalu menyaksikan parti Islam mengu asai dua pertiga kerusi Parlimen dan sehingg a kini perlembagaan baru negara tersebut masih belum dirangka.

Sinar Harian

Nasib 60 kaki lumba haram

28 Rejab 1433H. [MOD] -

BUKIT MERTAJAM – Seramai 60 kaki lumba terpaksa menolak motosikal sejauh kira-kira tiga kilometer dari stesen minyak Shell dekat Plaza Tol Juru arah Utara ke Balai Polis Bukit Tengah, dekat sini, awal pagi semalam.

Ia sebagai pengajaran selepas mereka ditahan dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan polis daerah SPT bersama Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, Polis Bantuan, Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan Pasukan Gerakan Am (PGA).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Abd Lah berkata, operasi yang dikenali sebagai Ops Cegah Jenayah/ Ops Cegah Lumba Haram yang bermula dari jam 10 malam dan berakhir
kira-kira jam 4 pagi itu melibatkan 150 anggota, termasuk 15 pegawai.

Menurutnya, operasi selama enam jam itu menumpukan dua lokasi panas di Juru, selepas Plaza Tol Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara dan Butterworth-Kulim Expressway (BKE) di Kubang Semang, selain jalan sekitar
enam balai SPT.

“Semua yang ditahan berusia antara 16 hingga 30 tahun dan menggunakan laluan lebuh raya sebagai litar untuk menunjukkan kehebatan masing-masing kepada penyokong dan pemerhati tanpa menyedari bahaya yang
menanti di depan.

“Berdasarkan siasatan, ada dalam kalangan mereka yang terlibat dengan kegiatan curi motosikal dan memasangkan bahagian yang dicuri itu ke badan motosikal mereka dengan pelbagai tujuan.

Justeru, operasi ini diadakan bertujuan bagi mengekang kegiatan lumba haram dan aktiviti jenayah seumpamanya,” katanya.

Dalam pada itu, pelbagai alasan diberikan mereka yang ditahan, termasuk mahu menjemput saudara yang turun dari bas di plaza tol berkenaan, mahu mengisi minyak dan membeli makanan.

Tidak kurang ada juga yang sanggup bergadai nyawa berpatah balik dan menunggang motosikal melawan arus bagi mengelak daripada ditahan.

Namun, anggota polis yang sudah masak dengan alasan itu bertindak merampas kunci motosikal, seterusnya melakukan pemeriksaan sebelum diambil tindakan.

Mereka yang didapati bersih dilepaskan, sementara yang kantoi terpaksa menolak kenderaan masing-masing ke Balai Polis Bukit Tengah.

Sementara itu, Ketua Trafik/Ketenteraman Awam IPD SPT, Asisten Superintendan S Manogaran yang mengetuai operasi berkata, sebanyak 444 motosikal diperiksa dalam operasi berkenaan melibatkan 510 individu.

Tiga individu berusia 24 hingga 32 tahun turut ditahan, termasuk seorang wanita selepas ujian saringan air kencing mereka positif dadah.

“Sebanyak 152 saman dikeluarkan dan sebanyak 58 motosikal turut disita dan dibawa ke IPD SPT untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sinar Harian

Putera Salman dijangka dilantik Putera Mahkota Saudi

28 Rejab 1433H. [MOD] -

RIYADH - Putera Arab Saudi, Putera Nayef bin Abdul Aziz al-Saud yang mangkat di Geneva kelmarin, disemadikan di Makkah semalam.

Putera Nayef juga merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.

Jenazah Putera Nayef diterbangkan ke Jeddah dari Geneva semalam. Baginda meninggal dunia ketika menerima rawatan di sebuah hospital di Geneva.

Pemimpin-pemimpin antarabangsa dan anggota keluarga diraja memberi penghormatan terakhir kepada Putera Nayef yang hanya dilantik sebagai Putera Mahkota setahun lalu.

Adik Almarhum, Putera Salman, yang berusia 76 dijangka diisytiharkan sebagai Putera Mahkota Arab Saudi.

Putera Salman kini menyandang jawatan Menteri Pertahanan dan gabenor Riyadh.

Raja Arab Saudi, Raja Abdullah kini berusia 88 tahun.

Laporan Reuters menyebut bahawa pelantikan Putera Mahkota yang baru tidak akan membawa perubahan besar dalam dasar-dasar dibawa Arab Saudi dalam jangka pendek, tetapi kemungkinan akan mempengaruhi

pembaharuan-pembaharuan dibawa Raja Abdullah.

"Kami memohon kepada ALLAH membantu Raja Abdullah memilih orang yang betul, yang boleh memikul beban jawatan ini pada masa yang sukar kami hadapi sekarang, di kedua-dua peringkat negara Arab dan juga komuniti Islam," kata Putera Mishaal bin Abdullah bin Turki al-Saud dipetik Reuters.

Sinar Harian

DAP Selangor yakin menang semua kerusi

28 Rejab 1433H. [MOD] -

KLANG - DAP Selangor yakin dan telah bersiap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan diadakan pada bila- bila masa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pinang, Teng Chang Kim berkata, setelah hampir empat tahun diberi kepercayan menerajui Selangor, beliau yakin sokongan rakyat kepada DAP dan Pakatan Rakyat terutamanya sokongan dari penduduk kawasan luar bandar semakin meningkat.

“DAP telah memenangi 13 kerusi dari 15 buah kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang dipertandingkan pada PRU lalu, kali ini kami yakin akan memenangi seratus peratus dari kerusi yang dipertandingkan itu,” katanya selepas merasmikan kempen gotong-royong perdana membasmi aedes di Taman Kembara, Rantau Panjang, di sini semalam.

Turut hadir Ahli Majlis Perbandaran Klang, Robert Choo Teck Keong; Pegawai Jabatan Kesihatan Majlis Perbandaran Klang (MPK) Sharifah Nurainul Basirah Syed Mohmad Faudzi; Pengerusi Persatuan Penduduk, Abdul Latif Mat Shuid.

Menurutnya, pelbagai program yang dijalankan parti dan pakatan rakyat di Selangor memperlihatkan reaksi positif dari rakyat, di mana mereka akan terus memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk terus menerajui kepimpinan negeri Selangor.

Pada PRU lalu, DAP Selangor berjaya memenangi 13 daripada 15 kerusi Dun yang dipertandingkan iaitu Dun Sekinchan, Dun Teratai, Dun Balakong, Dun Seri Kembangan, Dun Kinrara, Dun Subang Jaya, Dun Bukit Gasing, Dun Kampung Tunku, Dun Damansara Utama, Dun Sungai Pinang, Dun Pandamaran, Dun Kota Alam Shah dan Dun Teluk Datuk.

Dalam program tersebut, Chang Kim turut mengingatkan penduduk setempat agar menguruskan pembuangan sampah secara teratur bagi mengelakkan pembiakan nyamuk aedes.

Katanya, pengurusan sampah yang baik dapat menjimatkan kos dan bagi sampah yang boleh dikitar semula mungkin boleh menambah pendapatan jika diuruskan dengan baik.

Chang Kim turut memuji komuniti Dun Sungai Pinang yang dilihat antara komuniti paling aktif menjalankan program kemasyarakatan di negeri ini.

Sinar Harian

Grup B: Portugal layak ke suku akhir

28 Rejab 1433H. [MOD] -

PORTUGAL mengesahkan tempat ke suku akhir setelah menundukkan Belanda 2-1 dalam perlawanan menarik Kumpulan B, sekali gus meranapkan impian Belanda untuk mengakhiri pertemuan terakhir grup dengan kemenangan.

Portugal yang turun untuk menutup mulut pengkritik ekoran tahap prestasi kurang menonjol pada perlawanan sebelum ini, membuktikan mereka masih berbisa apabila jaringan menarik Cristiano Ronaldo memberikan kemenangan berharga untuk melangkah ke suku akhir.

Ronaldo menjaringkan dua gol yang penting dan berharga buat Portugal dalam perlawanan ini.

Gol pertamanya dijaringkan pada minit ke-73 untuk menjarakkan mata dan mengukuhkan kedudukan layak ke suku akhir.

Sebelum ini, Belanda yang menguasai babak awal perlawanan menunjukkan taring apabila menjaringkan gol menerusi Rafeal Van Der Vaar pada minit ke-10 untuk mendahului 1-0.

Portugal yang tersentak dengan jaringan awal Belanda, cuba menjaringkan gol dengan percubaan bahaya. Namun berjaya dikekang oleh pertahanan The Oranje.

Asakan demi asakan akhirnya meruntuh pertahanan Belanda di mana hantaran cantik Ronaldo pada minit ke-29 berjaya membolosi gawang lawan untuk mengikat kedudukan 1-1. Ronaldo menambah jaringan pada separuh masa kedua.

Berdasarkan rekod pertemuan mereka sebelum ini, Portugal menewaskan Belanda 1-0 pada 2006.

Dalam dua perlawanan sebelum ini, Portugal mengutip tiga mata untuk berada di kedudukan ketiga manakala Belanda di tangga tercorot setelah tiada sebarang mata berjaya diperoleh.

Pada pertemuan suku akhir yang akan berlangsung 23 Jun ini, Portugal akan bertemu Republik Czech.

Sekilas fakta permainan:

Kedudukan: Portugal (2); Belanda (1)

Penguasaan permainan: 43% (Portugal); 58% (Belanda)

Sasaran ke gawang: 23 (Portugal); Belanda (13)

Sepakan penjuru: 7(Portugal); 5 (Belanda)

Kad kuning: 2 (Willems dan Van Persie; Belanda); 1 (Joao Pereira)


Barisan pemain Portugal:

12 Rui Patricio
21 Joao Pereira
2 Bruno Alves
3 Pepe
5 Fabio Coentrao
16 Raul Meireles
4 Miguel Veloso
8 Joao Moutinho
17 Nani
23 Helder Postiga
7 Cristiano Ronaldo


Barisan pemain Belanda:

1 Marten Stekelenburg
2 Gregory Van Der Wiel
3 John Heitinga
4 Joris Mathijsen
15 Jetro Willems
23 Rafeal Van Der Vaart
8 Nigel De Jong
10 Wesley Sneijder
11 Arjen Robben
9 Klaas Jan Huntelaar
16 Robin Van Persie

Sinar Harian

Jerman atasi Denmark, juara Grup B

28 Rejab 1433H. [MOD] -

JERMAN yang sebelum ini 'sebelah kaki' dengan rekod tanpa kalah menepati ramalan apabila layak ke pusingan suku akhir.

Ia mengatasi Denmark 2-1 dengan penuh bergaya pada perlawanan terakhir saingan Kumpulan B, Euro 2012 di Stadium Arena, Lviv, sebentar tadi.

Awal babak pertama perlawanan, kedua-dua pasukan menampilkan permainan berhati-hati dan seimbang.

Naib Juara 2008 ini banyak mendominasi permainan manakala Denmark juga menampilkan serangan balas berbahaya ke gawang Jerman yang dikawal ketat benteng dan penjaga gawang, Manuel Neuer.

Jerman membuka tirai jaringan melalui Lukas Podolski di minit yang ke-19 menewaskan penjaga gawang Denmark, Stephen Andersen.

Denmark bangkit mengikat kedudukan melalui jaringan Michael Krohn-Dehli di minit ke-24. Keputusan kekal sehingga waktu rehat.

Masuk babak kedua, Denmark mula mengatur serangan demi memburu gol. Percubaan pertama melalui Simon Poulsen terkena tiang pada minit ke-49. Namun serangan balas anak-anak buah Martin Olsen masih belum mendatangkan hasil.

Pertahanan Denmark mengawal rapi pergerakan Bastian Schweinsteiger dan Mesut Ozil yang bertahan secara baik.

Kedua-dua pasukan bermain dengan tahap disiplin yang tinggi kerana tidak mengutip sebarang kad. Pujian harus diberikan kepada mereka kerana menampilkan corak permainan yang bersih.

Sepuluh minit sebelum tamat perlawanan, pemain tengah Jerman, Lars Bender mengatasi Denmark dengan menjaringkan gol kedua, sekali gus menyingkirkan Denmark yang terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada kejohanan ini.

Anak-anak didik Joachim Loew menunjukkan prestasi cemerlang dengan mengumpul sembilan mata dengan rekod tanpa kalah menjuarai Kumpulan B.

Kali terakhir mereka bertemu ialah pada Ogos 2010, menyaksikan Jerman dan Denmark seri 2-2 dalam aksi persahabatan.

Pada aksi sebelum ini, Jerman menang dua perlawanan iaitu menentang Portugal dan Belanda. Denmark melakukan kejutan pada perlawanan pembukaan kumpulan membenam Belanda 1-0 dan tewas 3-2 kepada Portugal.



Sekilas fakta perlawanan:

- Keputusan semasa: (1) Denmark (2) Jerman

- Penguasaan bola: (43%) Denmark (57%) Jerman

- Percubaan ke arah gawang: (10) Denmark (12) Jerman

- Sepakan sudut: (5) Denmark (3) Jerman

- Kad kuning: Tiada



Barisan pemain Denmark:

01 Andersen
03 Kjaer
04 Agger
05 S Poulsen
06 Jacobsen
07 Kvist
08 Eriksen
19 J Poulsen
21 Zimling
09 Krohn-Delhi
11 Bendtner



Barisan pemain Jerman:

01 Neuer
05 Hummels
14 Badstuber
16 Lahm
06 Khedira
07 Schweinsteiger
08 Ozil
13 Mueller
15 Bender
10 Podolski
23 Gomez

Sinar Harian

Cadang Majlis Fatwa haramkan PRU musim haji

28 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Pensyarah Fakulti Ilmu Wahyu Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Mazlee Malek meminta Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa bahawa mengadakan pilihan raya di musim haji adalah haram.

"Majlis Fatwa harus berani mengeluarkan fatwa yang PRU adalah haram diadakan di musim Haji," katanya kepada Harakahdaily.

Dr Mazlee mengulas polimik isu ini apabila Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan agar ahli PAS yang terlibat dengan PRU menangguh pemergian mereka ke tanah suci jika PRU diadakan di masa itu juga.

Bagi Dr Marslee, isunya bukan hukum menangguhkan haji kerana PRU, perspektif menyikapi isu ini perlu diperbetulkan.

"Sepatutnya, kita perlu sedar bahawa setiap hak setiap warga yang sah untuk mengundi adalah dijamin oleh perlembagaan.

"Maka, setiap warga Malaysia yang sah yang menetap di luar negara wajib diberi peluang untuk mengundi.

Mengadakan pilihan raya di musim haji jelasnya akan menjejaskan peluang warga Malaysia yang menunaikan haji untuk menjalankan hak mereka yang telah diperuntukkan oleh perlembagaan persekutuan.

Bagi Mazlee, mengundi juga merupakan kewajipan setiap individu muslim untuk menentukan kelangsungan masa depan negara dan menepati Maqasid al-Syari'ah.

"Perlu ada precedence pada SPR bahawa PRU samasekali tidak boleh diadakan di musim haji," katanya.

Harakah Daily

Bekas Ketua Jemaah Nazir KPM sertai PAS

28 Rejab 1433H. [MOD] -

BAGAN SERAI: Belum reda isu kemasukan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi Prof Datuk Dr Nik Zain Nik Yusof menyertai PAS, kini seorang lagi bekas pegawai kanan kerajaan mengikut jejak langkah sama.

Terbaru, bekas Ketua Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia, Tuan Haji Ahmad Zabidi Shamsuddin malam tadi menyerahkan borang menyertai PAS.

Beliau menyerahkan borang permohonan keahliannya kepada Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Aziz Nik Mat ketika Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Negeri Perak,semalam.

Beliau berkhidmat di dalam kerajaan selama 33 tahun dan di Kementerian Pelajaran hampir 10 tahun.

Ahmad Zabidi juga pernah menjadi Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu dan bertugas sebagai pengetua di beberapa buah sekolah.

Dalam ucapannya sulungnya berkata, disepanjang beliau berkhidmat di kementerian pelajaran, pelbagai kezaliman dan penindasan berlaku.
Katanya, kuasa politik pemerintah telah menguasai pentadbiran kerajaan.

“Orang yang tidak menyokong BN akan dikenakan tindakan dan mereka ditukarkan jauh dari tempat asal,” katanya di hadapan 30ribu hadirin.

Ujar Ahmad Zabidi, tindakan itu semata mata guru-guru tersebut tidak sehaluan dengan kerajaan dan bukannya atas kesalahan yang berat.

“Yang tukar itu bukanlah Pengarah Pelajaran tetapi tindakan tersebut atas desakan oleh pemimpin Umno dan BN ,” jelasnya.

Beliau menjelaskan, tindakan seperti ini masih berterusan dan lebih giat dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran atas arahan oleh Umno dan BN.

Tambahnya, antara faktor lain mendorongnya menyertai PAS ialah dasar yang diperjuangkan oleh Umno ketika ini berkisarkan sistem sekular ciptaan manusia.

Turut menyerahkan borang keahlian PAS ialah AJK Umno Bahagian Gopeng Tuan Haji Nazri Nordin yang bergelumang lebih 30 tahun dalam parti itu kini hilang keyakinan dan melihat perjuangan PAS adalah benar serta mewarisi perjuangan Rasulullah.

Harakah Daily

Kempen R: ADUN BN hina OKU

28 Rejab 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Tindakan Adun BN Nenggiri, Mohd Yusof Abdul Ghani mengaitkan simbol 'R' untuk Perjuangan Rakyat dalam menuntut Royalti, hak pendaratan minyak dan gas ke bumi Kelantan adalah menghina bahasa isyarat golongan itu.

(Isyarat jari bersilang adalah untuk huruf 'R' dalam bahasa OKU Pekak-Bisu.)

(Tuan Guru Nik Aziz serta penyokong kempen Royalti semasa melancarkan kempen ini)

Setiausaha Gabungan Profesional Menuntut Royalti,Pendaratan Minyak dan Gas (Royalti), Mohammad Hisyamuddin Ghazali berkata, tindakan berkenaan juga seolah menghina Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yangturut menyokong pendaratan Gas di Kelantan.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi bagi mengulas kenyataan Adun Nenggiri yang mendakwa Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengangkat dua jari sebagai simbol kristian.

Adun Nenggiri itu berkata Nik Aziz menunjukan simbol tangan sebagai tanda salib sebagaimana posting yang ditulis dalam Umno-tumPAS.

“Ia adalah satu perbuatan yang tidak wajar dilakukan ke atas seorang ulama apa lagi simbol tangan yang ditunjukkan oleh Tuan Guru adalah simbol 'R' bukannya simbol salib," kata Hisyamuddin.
Katanya, simbol berkenaan diguna pakai oleh golongan berkenaan di seluruh negara dan mungkin dunia bagi menghubungkan sesama mereka.

"Sebagai seorang Adun yang dipilih oleh rakyat, sepatutnya yang berhormat perlu lebih peka simbol bahasa yang digunakan oleh golongan OKU yang juga ada di kalangannya pengundi yang berhormat.

“Tindakan Adun itu telah menghina kelompok OKU yang juga turut bersama berjuang dalam usaha tuntutan ini,”ujarnya.

Sehubungan itu, katanya tindakan fitnah berkenaan adalah satu tindakan yang tidak wajar dan akan diambil tindakan undang-undang sekiranya Adun Nenggiri itu tidak menarik balik kenyataan tersebut.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Hak Asasi, Majlis Peguam Malaysia, Mohammad Che Yusoff, menyokong penuh usaha yang dilakukan oleh Royalti untuk menuntut bayaran royalti pada kerajaan Kelantan.

Katanya, sebagai penggerak kempen Gerakan Bersama Kebangkitan OKU Tahun 2012, beliau menyifatkan penafian pembayaran royalti kepada kerajaan negeri satu penghinaan jelas terhadap rakyat yang selama ini akur kepada sistem demokrasi berparlimen.

“Katanya, pembayaran royalti Petronas kepada kerajaan Kelantan bukan sekadar memenuhi kontrak yang telah ditandatangani pada 1974 yang lalu.

“Namun ianya suatu tindakan yang perlu disempurnakan sebagai memenuhi tanggungjawab oleh kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri dalam amalan federalism yang Malaysia amalkan selama ini," tegas beliau.

Apatah lagi dalam usaha membangunkan OKU, tuntutan mengembalikan pembayaran royalti tersebut tentunya akan menambah keupayaan kerajaan negeri dalam membangunkan golongan OKU di negeri ini ke arah yang lebih sempurna.

“Sebagai mewakili kumpulan OKU, saya amat kesal dengan sikap dangkalpihak-pihak tertentu yang saya difahamkan telah memberi tanggapan salah kepada penggunaan simbul (R) dalam kempen menuntut royalti,”ujarnya.

Tambahnya, mereka seolah-olah tidak cakna kepada OKU apabila mempertikaikan penggunaan isyarat itu yang dikaitkan sebagai lambang agama lain.

“Justeru, saya menyeru untuk seluruh rakyat Kelantan terus sama-sama menyokong dan berpadu suara dalam menuntut hak rakyat Kelantan dalam isu pembayaran royalti oleh Petronas kepada kerajaan rakyat di Kelantan,”ujarnya.

Harakah Daily

Abby Abadi harap temu jodoh dengan ustaz

28 Rejab 1433H. [MOD] -

TEMERLOH: Pelakon siri Gerak Khas, Abby Abadi dalam nada seloroh mengharapkan bertemu jodoh dengan ustaz untuk memberikan bimbingan dalam kehidupannya setelah ‘berhijrah’.

Beliau menyatakan demikian pada program Talk Show di Dataran Kerdau malam ini yang dipengerusikan oleh AJK Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Kamal Ashaari.

Turut menjadi ahli panel ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi dan Ketua Dewan Muslimat PAS Pahang, Ustazah Salamiah Mohd Nor.

Abby menjelaskan beliau seronok berada di dalam majlis seperti itu kerana dapat menambahkan ilmu.

“Saya suka majlis macam ni dapat ilmu agama,” ujarnya yang menjelaskan sudah beberapa kali berada sepentas dengan kepimpinan Pemuda PAS.

Beliau juga berharap suatu hari nanti dapat mengemukakan hujah bersandarkan nas al-Quran pada program seumpama itu.

Justeru, Abby yang mengakui amat naif dengan ilmu agama amat berharap mendapat bimbingan agama yang sewajarnya daripada golongan ustaz.

“Saya berharap bertemu jodoh dengan ustaz.

“Di sini ramai ustaz, kan?” ujarnya seloroh yang ditujukan kepada para hadirin.

Abby turut meminta para hadirin mendoakan agar beliau istiqamah dengan perubahan yang berlaku kepadanya.

“Saya mengharapkan perubahan yang positif pada diri saya.

“Doakan saya dalam keadaan begini sehingga bertemu Ilahi, saya nak juga mati syahid, saya harap doa dari semua,” katanya di hadapan kira-kira 5,000 hadirin.

Harakah Daily

Majlis perkahwinan unik

28 Rejab 1433H. [MOD] -

WATTSBURG, Amerika Syarikat - Satu pasangan pengantin, Beth Meabon dan Drew Robinson menaiki sebuah traktor gergasi di sini kelmarin.

Meabon, 20, dan Robinson, 22, memandu traktor itu selepas mereka melafazkan ikrar perkahwinan semasa berdiri di atas bahagian tempat membawa muatan trak pikap di belakang rumah Meabon.

Lebih 150 orang menghadiri majlis perkahwinan pasangan penternak itu. - Agensi

15 hilang angkara bot karam

28 Rejab 1433H. [MOD] -

JAKARTA: Seramai 15 orang hilang selepas sebuah bot kayu kecil dinaiki mereka tenggelam awal pagi semalam di tengah lautan di timur perairan Indonesia, kata pihak berkuasa semalam.

Bot itu yang membawa 27 orang dan kru tenggelam selepas dihempas ombak hingga lima meter tinggi di wilayah Maluku, kata ketua pasukan pencari dan penyelamat, Amin Bin Tongke kepada media. “Seramai 12 daripada 27 orang berjaya diselamatkan.

Kami masih mencari 15 lagi yang masih hilang,” katanya. Bot itu yang turut membawa makanan dan bahan pembinaan meninggalkan bandar Ambon Sabtu lalu, tetapi dihempas ombak dan angin kencang dua jam selepas berlepas, kata jurucakap Agensi Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho. - Jakarta Post

Salahuddin: Isu Nizar tak jejas PR di Johor

28 Rejab 1433H. [MOD] -

JOHOR BAHRU - Peluang Pas dan parti-parti komponen lain dalam Pakatan Rakyat (PR) tidak sesekali terjejas walaupun pembangkang dihimpit isu kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung bidaan nombor pendaftaran WWW 1.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, rakyat Johor mampu membuat keputusan berdasarkan kematangan masing-masing dalam politik sekali gus faham mengenai isu yang dibangkitkan.

“Saya tidak rasa sama sekali peluang Pas termasuklah PR di negeri ini terjejas kerana rakyat Johor sudah dapat untuk membuat sesuatu keputusan berdasarkan kematangan mereka dalam berpolitik. Isu seperti ini tidak menjejaskan kita kerana rakyat boleh faham tentang isu dibangkitkan.

“Mengenai penentangan terhadap Raja-raja Melayu, saya rasa Umno mempunyai sejarah yang begitu panjang. Mengenai kebiadapan dan keterlanjuran mereka menghina Raja-raja Melayu. Rakyat boleh faham dan ada maklumat mengenai hal ini.

“Jadi saya rasa ia tidak akan memberikan apa-apa kesan terhadap peluang PR dalam Johor kerana kita tidak langsung menyentuh isu yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutusan dan undang-undang negeri sekali gus Pas menghormati prinsip raja berpelembagaan,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke tapak projek perumahan Taman Desa Kempas di sini, semalam.

Mengulas lanjut mengenai surat memohon perkenan menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar oleh Nizar bagi menjernihkan kekalutan yang berlaku, Salahuddin yang akan bertanding kerusi di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menyerahkan segalanya kepada pertemuan yang bakal berlaku jika diberikan perkenan oleh baginda.

“Saya serahkan perkara ini kepada beliau (Nizar). Permohonan sudah dibuat, jadi kita tunggulah dulu. Dari segi adab sebagai rakyat, Nizar sudah penuhi dengan memohon menghadap Tuanku.

“Mengenai tindakan yang bakal dikenakan kepada beliau oleh pucuk pimpinan parti pula, kita lihat sama ada beliau berjaya menghadap Tuanku Sultan Johor atau tidak. Selepas itu, kita lihat perkembangan seterusnya,” katanya.

Kelmarin, Nizar menghantar surat memohon perkenan menghadap Sultan Johor, bagi mengzahir permohonan maaf berhubung kenyataan beliau menyentuh pembidaan nombor pendaftaran WWW 1.

sinar harian/-