28 Rejab 1433H. [MOD] -
JERMAN yang sebelum ini 'sebelah kaki' dengan rekod tanpa kalah menepati ramalan apabila layak ke pusingan suku akhir.
Ia mengatasi Denmark 2-1 dengan penuh bergaya pada perlawanan terakhir saingan Kumpulan B, Euro 2012 di Stadium Arena, Lviv, sebentar tadi.
Awal babak pertama perlawanan, kedua-dua pasukan menampilkan permainan berhati-hati dan seimbang.
Naib Juara 2008 ini banyak mendominasi permainan manakala Denmark juga menampilkan serangan balas berbahaya ke gawang Jerman yang dikawal ketat benteng dan penjaga gawang, Manuel Neuer.
Jerman membuka tirai jaringan melalui Lukas Podolski di minit yang ke-19 menewaskan penjaga gawang Denmark, Stephen Andersen.
Denmark bangkit mengikat kedudukan melalui jaringan Michael Krohn-Dehli di minit ke-24. Keputusan kekal sehingga waktu rehat.
Masuk babak kedua, Denmark mula mengatur serangan demi memburu gol. Percubaan pertama melalui Simon Poulsen terkena tiang pada minit ke-49. Namun serangan balas anak-anak buah Martin Olsen masih belum mendatangkan hasil.
Pertahanan Denmark mengawal rapi pergerakan Bastian Schweinsteiger dan Mesut Ozil yang bertahan secara baik.
Kedua-dua pasukan bermain dengan tahap disiplin yang tinggi kerana tidak mengutip sebarang kad. Pujian harus diberikan kepada mereka kerana menampilkan corak permainan yang bersih.
Sepuluh minit sebelum tamat perlawanan, pemain tengah Jerman, Lars Bender mengatasi Denmark dengan menjaringkan gol kedua, sekali gus menyingkirkan Denmark yang terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada kejohanan ini.
Anak-anak didik Joachim Loew menunjukkan prestasi cemerlang dengan mengumpul sembilan mata dengan rekod tanpa kalah menjuarai Kumpulan B.
Kali terakhir mereka bertemu ialah pada Ogos 2010, menyaksikan Jerman dan Denmark seri 2-2 dalam aksi persahabatan.
Pada aksi sebelum ini, Jerman menang dua perlawanan iaitu menentang Portugal dan Belanda. Denmark melakukan kejutan pada perlawanan pembukaan kumpulan membenam Belanda 1-0 dan tewas 3-2 kepada Portugal.
Sekilas fakta perlawanan:
- Keputusan semasa: (1) Denmark (2) Jerman
- Penguasaan bola: (43%) Denmark (57%) Jerman
- Percubaan ke arah gawang: (10) Denmark (12) Jerman
- Sepakan sudut: (5) Denmark (3) Jerman
- Kad kuning: Tiada
Barisan pemain Denmark:
01 Andersen
03 Kjaer
04 Agger
05 S Poulsen
06 Jacobsen
07 Kvist
08 Eriksen
19 J Poulsen
21 Zimling
09 Krohn-Delhi
11 Bendtner
Barisan pemain Jerman:
01 Neuer
05 Hummels
14 Badstuber
16 Lahm
06 Khedira
07 Schweinsteiger
08 Ozil
13 Mueller
15 Bender
10 Podolski
23 Gomez
Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan