28 Rejab 1433H. [MOD] -
PASIR MAS – Letupan kuat apabila sebuah kereta Proton Iswara terbakar pada jam 1 pagi, semalam, menggemparkan penduduk. Kebakaran itu, bagaimanapun tidak mendatangkan sebarang bahaya mahupun kecederaan kepada penduduk dekat sini.
Penduduk yang hanya mahu dikenali Pak Ya berkata, ketika kejadian dia sedang menonton perlawanan bola sepak bersama rakannya. Terkejut dengan bunyi letupan itu, mereka keluar dan melihat api marak sehingga ke paras beberapa meter.
“Kami tidak pasti sama ada pemandu kereta itu sempat menyelamatkan diri atau tidak,” katanya. Sementara itu, Ketua Operasi, Pegawai Kanan Bomba II (PBK), Azuhan Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.09 pagi, semalam. “Kami bergegas ke tempat kejadian menggunakan satu jentera dengan kekuatan enam anggota.
“Bagi mengelakkan berlakunya letupan kedua, kami berusaha memadam api di bahagian tangki minyak,” katanya semalam. Beliau berkata, empat tong minyak berada di bahagian bonet belakang menyebabkan api marak dengan pantas.
Menurutnya, pihak Bomba dan Penyelamat Pasir Mas berjaya memadamkan kebakaran 15 minit kemudian. “Saya menasihati semua penduduk dan pemandu agar mengutamakan keselamatan diri agar kejadian seumpama ini tidak berulang,” katanya di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian terbabit. “Kita masih menyiasat sama ada kereta ini diubah suai untuk aktiviti penyeludupan atau sebaliknya,” katanya. Api menjulang
beberapa meter
Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan