Malam tadi saya hadir dalam satu pertemuan dengan persatuan kuil Cina Parit Buntar di dalam bilik mesyuarat yang terletak di bahagian belakang kuil tersebut. Seawalnya sekitar jam 8.00 malam saya telah berada disana untuk membincangkn masalah satu tapak perkuburan yang sekian lama digunakan di Denisstown. Kehadiran saya bersama pembantu peribadi, En Tajuddin Hawari dan En. syamsul Md. Isa.
Ucapan awal saya dalam pertemuan itu, ialah saya rasa gembira kerana berada di dalam satu kuil di mana sebelum ini juga saya penah hadir ditempat sebegitu di Kelantan sehinggalah saya memeluk Islam 22 tahun yang lepas. Kalau dulu saya pergi ke kuil untuk sembahyang sebagai penganut Buddha tetapi sekarang saya berada di sini sebagai wakil rakyat untuk menyelesaikan masaalah kaum tionghua dan penganut Buddha.
Penjelasan juga saya berikan bahawa tidak timbul masalah perselisihan antara bangsa dan kaum kerana dalam keyakinan orang Islam asal manusia adalah dari satu keturunan Adam dan Hawa seperti yang dijelaskan di dalam Al Quran. Namun kerana kedudukan pertempatan dalam keadaan geografi dan iklim yang berbeza meraka berbeza warna kulit dan sebagainya.
Saya menjelaskan di negara China terdapat sekitar 100 juta penganut Islam dari 1.3 billion jumlah keseluruhan penduduk China. Kebanyakan di Wilayah Lanzhou, Xinjiang, Xian dan semua tempat yang kita sampai di negara China pasti kita akan bertemu dengan orang Islam.
Ditegaskan juga dalam ucapan saya bahawa di negara China terdapat 56 suku dan saya adalah dari dari suku "Han" yang kebanyakan mereka telah berhijrah keluar termasuk ke Tanah Melayu suatu masa dulu. Asal orang Han adalah bukan beragama Islam. Kalau yang beragama Islam adalah bersuku" Hui" dengan nama belakangnya ditambah "Ma" . Bermaksud umat Nabi Muhammad S.a.w.
Termasuk apa yang saya jelaskan berkaitan perlaksanaan hukuman sebat oleh Maharaja Shi Huang Ti pada tahun 216 M telah melaksanakan hukum sebat/rotan seperti yang disebutkan dalam ajaran Islam kepada pesalah. Jadi tida ada alasan kaum lain takut kepada ajaran Islam dan penganutnya.
Pada pertemuan tersebut saya memberi kenyataan resmi kepada dua orang wartawan akhbar Cina yang hadir mengenai masalah parking.
"Sebagai wakil rakyat yang berada di kawasan parking di bandar Parit Buntar, saya tetap menyedari masaalah parking adalah masaalah utama yang perlu diselesaikan dan berharap semua penduduk bersabar dan bertenang sebelum keputusan resmi berkaitan parking diselesaikan. Semua keputusan akan diambil apabila kita telah meneliti segala unsur yang berkaitan dengan peruntukan undang-undang, perjanjian dan bidang kuasa yang diberikan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Saya tegaskan semua keputusan yang akan diambil nanti sangat berkait rapat dengan dasar kerajaan Pakatan Rakyat iaitu "negeri berkebajikan". Saya yakin dengan kerjasana yang baik dari semua pihak akan dapat menyelesaikan masalah ini"