25 April 2008

3 jam bersama 2 wartawan Guang Ming Daily.

Kelmarin 24 April, hari yang penuh berarti apabila temujanji yang sekian lama direncanakan dengan wartawan akhbar cina, Guang Ming Daily Ipoh berhasil juga akhirnya. Walaupun temujanji yang sebenarnya sekitar jam 11 pagi tetapi mereka sampai juga akhirnya di pejabat saya di Parit Buntar sekitar jam 12 tengahari.

Mungkin agak payah dan kali pertama sampai di Parit Buntar, saya dengan pemandu menjemput mereka yang menunggu saya dihadapan Bank Islam Parit Buntar. Miss. Hoo Chin Yee dan En. Liow Chien Ying yang ditugaskan khas menerumah saya untuk akhbarnya saya bawa ke pejabat Khidmat Wakil Rakyat Titi Serong yang terletak tidak berapa jauh dari Bank Islam.

Sebagaimana biasanya, saya menyiapkan teh cina yang menjadi kegemaran peribadi dan keluarga untuk dihidangkan kepada mereka. Beberapa pos yang istemewa semasa saya menyiapkan teh dari awal hingga akhir diambil gambar oleh mereka. Apa lagi antara topik dan persoalan yang difokuskan dalam pertemuan ini adalah tentang pengamalam budaya cina yang saya masih amalkan.

banyak soalan yang telah diajukan kepada CINA ISLAM dan semuanya saya sampaikan khususnya untuk menjelaskan kepada bangsa saya dan meyakinkan semua pihak bahawa saya bukannya masuk Melayu tetapi saya masuk Islam. Saya katakan orang cina perlu berbanga dengan jumlah penganut Islam di China yang dikatakan menjangkau jumlah 100 juta orang. Kemanapun kita sampai di China kita akan bertemu dengan cina Islam dan disana ada mesjid dan restoran halal.

Saya menegaskan kepada mereka bahawa sampai saat ini saya sangat berpuashati dengan usaha peribadi untuk meyakinkan semua pihak bahawa saya masih lagi berbangsa Cina, jadi saya adalah CINA ISLAM. Selain itu saya juga menjelaskan kepada mereka bahawa saya juga yakin bahawa mereka khususnya masyarakat tionghua juga telah menyakini bahawa saya adalah cina Islam. Walaupun semuanya melalui suatu proses waktu yang agak panjang tetapi saya menunggunya dengan penuh kesabaran.

Saya juga menjawab kepada mereka mengenai latarbelakang keluarga. Saya jelaskan bahawa dari 8 beradik, 3 orang dari kami memeluk agama Islam dan 5 yang lain masih beragama Buddha. banyak lagi soalan-soalan lain berkaitan dengan larat belakang keluarga, masyarakat tempat saya dibesarkan, pendidikan, keluarga dan kehidupan sebagai wakil rakyat yang baru diamanahkan.

Mengenai persoalan adakah saya masuk Islam kerana ingin khawin dengan orang Melayu, saya tegaskan bahawa saya masuk Islam setelah melalui proses pengamatan dan kajian serta membuat pilihan sendiri tanpa dipujuk dan dipaksa oleh mana-mana pihak termasuklah bukan kerana hendak khawin dengan gadis Melayu.

Setelah hampir satu jam setengah , temuramah berakhir. Pembantu saya En. Ahmad Tajuddin Hawari memberi isyarat bahawa makan tengahari telah siap dihidang untuk 2 tamu istemewa itu. Kami makan tengah hari bersama dipejabat dengan menu iastewa , kari kepala ikan.

Distinasi kami yang berikutnya ke rumah saya di Taman Wawasan. Disana saya sekali lagi menghidangkan teh cina dan benyak keping gambar diambil antaranya gambar saya berdiri disamping tulisan khat cina yang dihadiahkan oleh pensyarah saya semasa belajar diChina. Menariknya tercatat nama saya di khat tersebut.

Kebetulan kami sekeluarga berada di rumah termasuklah anak lelaki yang sulung yang belajar di maahad tahfiz Darul Furqan balik bercuti kerna demam campak. Permintaan untuk bergambar satu keluarga dapat kami penuhi dan mengembirakan mereka.

Distinasi terakhir ialah ke kedai menjual teh cina yang terletak sekitar 100 meter dari rumah kediaman saya. Kebetulan pemilik kedai merupakan kawan baik. Kami dilayan dengan dihidabkan sekitar 4 jenis teh. Kerana bergegas untuk balik ke pejabat, saya mohon untuk balik dahulu dari mereka.

Seingat saya sudah hampir semua akhbar cina telah datang menerumah ramah saya. Mereka sanggup menggunakan sehalaman penuh menceritakan mengenai CINA ISLAM. termasuk temuramah ini saya yakin adalah untuk satu muka penuh.

Cuma yang belum bertemu saya adalah akhbar-akhbar Melayu ?

7 ulasan:

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE berkata...

YB,

Dah lama dulu lagi saya berpendapat kalau orang Cina memikul tanggungjawab agama Islam , masyarakat Islam akan menjadi lebih hebat . Kepada kekawan saya yang bukan beragama Islam , saya selalu sebutkan bahawa jangan tengok Islam dari kacamata masyarakat Melayu . Kalau tengok Melayu susah awak nak paham Islam.
Dalam satu tulisan Prof. Khoo Kay Kim , dia pun hairan orang2 Cina di Malaysia masih tak erti apa itu Islam , walaupun dah 50 tahun merdeka. Orang Melayu tak pandai dakwah , sikit-sikit potong lancau .Di majlis2 agama orang2 Cina tak dijemput,walaupun mereka tinggal berhampiran mesjid dan kekawan Melayu. Depa tak tau apa itu mikraj,maulid,dsgnya. Mereka buat hadhari dan orang Melayu pun tak paham apa itu hadhari.

Langkah YB saya cukup sokong.Moga Allah tambahkan Taufik dan Hidayah.

Wassalam.

mangchikla berkata...

Ya Syeikh! Assalamu 'alaikum. tunjuklah dalam blog nih gambar gambar yg diambil semasa temuramah, kalau tidak keberatan lah. Wassalamu 'alaikum.

Idham Lim (林川興) berkata...

mengenai gambar, nampaknya ana mengaku kelemahan yang ada pada team pejabat wakil rakyat titi serong pada masa ini. Ana dah rencanakan ada juru gambar khusus biar semua peristiwa penting ada kenangannya.

mangchikla berkata...

takpe syeikh, kita ambl iktibar, dan setiap benda untuk tujuan dakwah Insya Allah. Allahu Akbbar!

Ini Aku berkata...

Menunggu temuramah wartawan akhbar melayu? Mungkin akan ada nanti yg datang temuramah YB. Cumanya takut lesen penerbitan jadi suash nak sambung macam makkal osai tu. Dendam melayu kuat YB, ana kagum pada tranformasi di penang. Depa macam tak peduli sngt siapa memerintah tapi ekonomi mesti dijaga. Ekonomi tu periuk nasi mereka. Bukan macam sesetengah YB melayu yang bukan meletakkan ekonomi sebagai periuk nasik tapi jawatan dan status sebagai periuk nasi. Ekonomi perkara kedua ,yang penting diri sendiri dan keluarga kaya dulu macam berlaku pada negeri-negeri yang dirampas PR. Sebelumnya pelbagai skandal dan isu melibatkan kewangan negeri tidak dapt dihebahkan kerana bukti yang terhad.

saya tetap yakin dengan tema PAS for All.

OrangeMaples berkata...

assalamualaikum..really looking forward for a chinese muslim mosque in Perak

mangchikla berkata...

Ade masjid cina di Kelantan ke? Negeri lain macam mana?