25 April 2008

Isu loncat : Kenyataan siapakah yang paling berasas ?

Barisan Nasional (BN) tidak bimbang mengenai khabar angin bahawa anggota Parlimen BN di Sabah mungkin menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagaimana didakwa Penasihatnya, Anwar Ibrahim.Menteri Penerangan, Ahmad Shabery Cheek berkata, sebaliknya, Pakatan Rakyat sepatutnya berasa bimbang dengan kemungkinan anggota Parlimen mereka menyertai BN ekoran kemarahan rakyat terhadap projek babi berteknologi tinggi RM100 juta di Selangor.

Tidak cukup dengan kenyataaan ahmad Shabery, hari ini Najib pula berkata, beliau tidak menjangkakan ada di kalangan anggota Barisan Nasional (BN) yang akan mengikuti jejak bekas Timbalan Setiausaha Agung Parti Gerakan, Datuk Lee Kah Choon dengan meninggalkan parti.

Timbalan Perdana Menteri berkata, semua anggota BN termasuk dari parti-parti komponen diminta agar taat dan setia kepada parti memandangkan BN telah banyak berjasa kepada negara.

Kenyataan-kenyataan di atas mengambarkan isu baru ini bukan lagi andaian. Semuanya mengalihkan perhatian bhukan sahaja ke negeri bawah lindungan bayu itu. Tetapi kepada semua Ahli Parlimen. Siapa akan meloncat ?

3 ulasan:

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE berkata...

YB,

Di sisi Allah ia bukan mustahil .
Firaun yang perkasa pun boleh kecundang bila nusrahNya mendatangi Musa a.s.

Tanpa Nama berkata...

Ahli Parlimen PR menyertai BN hanyalah khayalan menteri penerangan yang cuba mencari publisiti murahan. Jangan haraplah wahai menteri penerangan.Kerusi yang dato duduk tu pun belum panas lagi, nanti ada orang lain pulak yang akan duduk tempat tu. Jangan bermimpi disiang hari,nanti syaitan masuk dato akan jadi pening pulak. Tunggulah sikit masa lagi,masa dan keadaan yang akan menentukan segalanya.

Nurfirdaus berkata...

Kita sedih kerana wakil2 rakyat BN masih tak nampak dan sedar tentang kepincangan yang berlaku selama lebih 50 tahun pemenrintahan BN (dulu Perikatan) di bumi Malaysia yang tercinta ini.

Kita tidak nafi bahawa ada banyak pembangunan yang dibuat, tetapi pada masa yang sama kemusnahan 'kemanusiaan' jauh mengatasi kemajuan kebendaan yang dikecapi.

Kita lihat sahaja di sekeliling kita. Dari isu penyalahgunaan kuasa (dibaca kezaliman) oleh pemimpin2 yang rakus, tamak, dengki, berdendam, gejala rasuah, penyalahgunaan dadah, kerosakan akhlaq remaja dan dewasa, jenayah, jurang miskin-kaya, polarisasi kaum, dan banyak lagi masalah sosial dan psikologi yang dihadapi oleh sebahagian dari rakyat ketika ini.

Namun pemimpin2 BN masih sombong dan membutakan hati mereka daripada menilai dan menyelesai masalah2 ini secara bersungguh2. Pada hal bumi Malaysia ini amat bertuah kerana di kurnaikan pelbagai sumber kekeyaan, dari minyaknya, tanah yang subur, hutan belantara, air bersih, dsb jika nak dibandingkan dengan Korea selatan, singapura, German, dll.

Tetapi mereka ada pemimpin yang bijaksana (memikir jauh ke hadapan) sedang kita ada pemimpin yang hanya bijaksini (memikir untuk mengaut kekayaan dan kemewahan duniawi dan survival kini).

Cukuplah rakyat meletakkan kepercayaan kpd mereka selama ini. Marilah kita insaf, bertaubat, dan melakukan islah. Bersama membina Malaysia untuk semua atas keadilan, kebenaran dan kebaikan Islam.

Wahai insan, belajarlah untuk memahami dan hidup sebagai seorang muslim dan mukmin yang dikasihi Allah SWT dan Ar-Rasul (SAW).

Sekian,.... wassalam.