mohroslan"Artikel ini berbeza dengan artikel biasa saya yang berkaitan politik. Artikel kali ini berhubung pengalaman saya mengislamkan ramai sahabat dari kaum bukan Melayu dan sikap kaum Melayu yang seakan-akan benci melihat orang masuk Islam, secara tidak sedar. Ini lebih ketara dalam kes Shahrukhkhan dan Micheal Jackson. Mari lihat analisa lengkap dalam isu ini.
1.Tiada hajat pun
Kebanyakan orang melayu suka mencerca kaum Cina dan kaum bukan Islam lain tetapi tidak pernah berhasrat mengislamkan sesiapa. Sekiranya berhasrat, anda boleh memperkemaskan ilmu anda berhubung akidah lalu menyertai NGO seperti ABIM khususnya di bahagian Outreach.
2. Suka pertikai keikhlasan saudara baru
Inilah yang saya paling menyampah sekali! Suka benar tanya ikhlas atau tak ikhlas nak masuk Islam. Yang dah Islam 30 tahun pun belum tentu ikhlas betul jadi tak payah kecoh la dengan saudara baru. Dia baru nak belajar Islam. Ada kes seorang saudara baru ingin masuk Islam (dari German) yang datang ke Malaysia dan berhasrat nak masuk Islam. Selepas di'soal siasat' berhubung keikhlasan beliau hendak masuk Islam, samada ikhlas atau hendak berkahwin dan sebagainya, alih-alih dia balik aje, tak jadi masuk Islam! Bodo sungguh institusi terbabit. Nabi pun mengembangkan Islam dengan perkahwinan sebagai satu cara dakwah, jadi apa yang nak kecoh sangat?!
3. Isu Micheal Jackson
Ramai yang kecoih samada Micheal Jackson betul-betul Islam atau tidak. Kalau dah ada saudara baru buat sidang media kata dia masuk islam, nak tanya apa lagi?. Kenapa ramai yang teringin sangat nak bertanya samada dia Islam atau tidak? macam tak selesa sangat bila orang masuk islam.
4. isu Shahrukhkhan
Ramai benar yang iya-iya nak bunuh Shah Rukh Khan kerna tak mengikut ajaran Islam. Sepatutnya kita dakwah dia dulu. Dampingi dan jelaskan Islam padanya dulu. HAri tu dia dah datang Melaka, sepatutnya kita bagi senaskah buku ringkas yang ada penjelasan tentang kesyumulan Islam. Kalau setakat nak maki cerca aje, yes, itulah stail lazim orang Melayu..
Marilah kita berubah. Wassalam
Mederator Cina Islam :
Pagi ini YB menerima email yang memanggilnya dengan panggilan "PAS muaalaf" dan kami menjawab email tersebut seperti berikut....
"awas, kalau panggilan muaalaf ditujukan kepada saya , saya membantahnya, saya sudah 22 tahun masuk Islam mana lagi boleh dipanggil muaalaf. Inilah perangai rakyat melayu malaysia , suka sangat memanggil bangsa lain dengan muaalaf, macamlah Islam hanya milik orang melayu sahaja. sudah lama bangsa saya di malaysia dihina dengan panggilan ini, sedangkan nenek moyang kami lebih dulu dari orang melayu masuk Islam di negara china."







1. 










Pada zaman Dinasti Han Timur, di sekitar bandar Luoyang, ibu nergara China pada ketika itu, sering berlaku gempa bumi. Menurut catatan sejarah, dalam tempoh lebih 50 tahun, iaitu bermula tahun 89 hingga tahun 140 Masihi, 33 kali gempa bumi telah berlaku di kawasan tersebut, mengakibatkan banyak bangunan musnah, dan banyak orang dan binatang ternakan terbunuh. Rakyat jelata sangat takut akan bencana itu. Maharaja pada ketika itu, menganggapnya sebagai hukuman Maharaja Kayangan atas tingkah laku manusia yang tidak menghormati dewa-dewi. Maka, baginda pun meningkatkan kutipan cukai dalam kalangan rakyat, untuk mengadakan aktiviti memuja dewa-dewi. Bagaimanapun, seorang ahli sains yang bernama Zhang Heng, menganggap bencana gempa bumi ini sebagai satu fenomena alam sahaja, cuma ia belum dikenali oleh manusia. Maka, dia pun mempercepat penyelidikannya terhadap bencana tersebut.