08 Julai 2009

Adun Sekinchan sambut cabaran Khir Toyo jadi ejen jual rumah mewahnya

SHAH ALAM, 7 Julai - Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan dari DAP, Ng Suee Lim Selasa menyahut cabaran bekas menteri besar Selangor Dato' Seri Dr Muhamad Khir Toyo untuk menjadi ejen hartanah bagi menjual rumah agam yang didakwa bernilai RM24 juta di Seksyen 7 di sini dengan komisyen 50 peratus.

"Hari ini, saya secara rasmi menerima tawaran untuk menjadi broker beliau. Berikan saya surat tawaran terbuka (untuk menjadi ejen), surat pemberian kuasa dan kunci-kunci rumah. Saya akan jual rumah itu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini, seperti dilaporkan Bernama kelmarin.

Ng mendakwa beliau sudah mempunyai empat pembeli berpotensi yang sanggup untuk membayar lebih daripada RM8 juta bagi rumah agam berkonsepkan Bali, yang menunjukkan tawaran sedemikian membuktikan bahawa ia bernilai lebih daripada RM3.5juta memandangkan para pembeli menawarkan sekali ganda jumlah tanpa melihat rumah agam itu.

Semalam, Dr Khir yang juga Adun Sungai Panjang menafikan bahawa rumah itu dan dua lot tanah seluas 0.5hektar itu berharga RM24 juta tetapi beliau membeli tanah itu termasuk banglo yang terletak di salah satu daripada tanah yang diperoleh melalui pinjaman dengan tempoh bayaran balik selama 30 tahun dengan bank HSBC tiga tahun lalu.

Beliau juga mencabar Ng untuk menjadi ejen hartanah dan menjual rumah agam dengan harga RM24 juta dan akan memberikan Ng komisyen 50 peratus.

Dr Khir dilaporkan dalam sebuah akhbar tempatan hari ini bahawa beliau bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ng atas dakwaan itu.

Harakahdaily.

6 ulasan:

Baba siam berkata...

ni lah hasi DEB utk membantu Bumiputera....
membasmi kemiskinan konon.tapi yg kaya raya tu siapa? Tokoh UMNO & kroni2 dia lah.

harap kaum bumiputera akn sedar dgn dasar ni lah melayu tidak boleh maju,hakikatnya Org besar Umno lah yg mengaut keuntungan utk anakcicik mereka....

Tanpa Nama berkata...

Salam.. inilah akibatnya tak memehami bahasa al-Quran yang mulia yang Allah turunkan memberi peringatan sebagai ancaman dan khabar gembira.. orang yang mengumpul harta dengan cara batil balasannya Neraka.. wal'iyazubillah.. harta hala pun kalau tak digunakan sebagai infak akan ke neraka juga..

zackeye berkata...

Khir Toyo ni kena siasat berapa rumah dia ada? Masa mula jadi MB dia kata dia beli tanah diBangi dari PKNS pada kadar diskaun kerana dia belum ada tanah nak bina rumah. Sekarang pun bina rumah pada kadar diskaun juga. Nampaknya dia ni memang diskaun king.
Tapi pergi makan angin pun pakai peruntukan rakyat. Baju mahal pun dihadiah oleh persatuan isteri. Bila kisah dia keluar dia kata orang cuba nak menjatuhkan dia. Tapi sedarlah yang dia selalu cuba nak menjatuhkan orang dengan memberi penyapu, pembangkang sifar dan lain-lain. Nampaknya mungkin Khir Toyo yang jadi sifar.

apit berkata...

sedikit kupas mengenai Perpaduan yang diwar-warkan

http://apisapiz.blogspot.com/2009/06/urm-enaknya.html

yes berkata...

Ya Khir , anda yang mencabar dan sekarang ADUN Sekinchan telah menyahut cabaran itu, apa lagi jual lah. Tunjuk kan anda adalah bukan orang yang cakap tak serupa bikin.
Sila jawab di blog anda secepat mungkin agar rakyat dapat berita terkini.

Tanpa Nama berkata...

Khir toyol.... sila duduk diam..diam. Zaman awak penuh $$$$$$$$$$$$$$$$$$$. Bagi can orang yang lebih amanah dan utk rakyat selangor.